Wednesday, 19 September 2012

Aufa Shopping di Carrefour Alamanda

Apabila shopping jak mesti baby Aufa adalah orang yang paling suka tapi mun di engkah tempat duduk dalam troli Aufa akan menunjukkan aksi gimnastiknya untuk keluar dari tempat duduk ya. 


Eiikkk...nok kuar!!!


Apa boleh buat...


Abah...tengok, apa Aufa boleh buat hehehe....


Aufa nak kuar nie...

Sunday, 16 September 2012

Sempena Konvokesyen NATC

Dapat jugak merasa pakai baju konvo sempena Konvokesyen NATC di PWTC. Sempena Konvokesyen jugak diadakan Karnival Kerjaya Sektor Pertanian 2012 di Dewan 4, PWTC. Terujanya bila dapat bergambar dengan Mantan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato' Seri Prof Dr.Ibrahim Abu Shah, bestnya!!!









Bersama dengan YBhg. Tan Sri Dato' Seri  Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah

Saturday, 15 September 2012

Sepetang Dato' KSU MOA @ MIMOS

Lawatan YBhg. Dato' KSU MOA di MIMOS adalah untuk bekerjasama dalam bidang teknologi ICT bukan sahaja dalam bidang pertanian malahan dalam apa jua saja bentuk bagi memodenkan sektor pertanian negara. Saya berkesempatan dalam rombongan tersebut dan melihat betapa hebatnya MIMOS dalam memperkenalkan teknologi ICT terbaru yang diiktiraf seluruh dunia.


Taklimat sedang diberikan kepada rombongan dari MOA


YBhg. Dato' KSU khusyuk mendengar  taklimat dari pegawai MIMOS



Friday, 14 September 2012

Demam Time

Bila baby Aufa demam dia akan lebih manja dengan uminya. Kalau abah jaga mesti meragam dan menangis sekuat-kuatnya. Alahai...ada ilmu baru nak dapat neh.


Main still maintain


Mata berair jea, kesian dia...

Thursday, 13 September 2012

Minum Petang @ The Lake Garden Kafe Putrajaya

Sesekali bawak keluarga saya minum petang di Lake Garden Kafe Putrajaya. Makanannya memang sedap dan suasana agak eksklusif serta privacy. Menu Mee Goreng Mamak memang sedap menepati citarasa saya dan keluarga. Baby Aufa amat berselera dengan Lempeng Pisang yang disajikan, habis lempeng pisang Aufa makan huhuhu...tak sempat abah nak rasa. Kepada kawan-kawan  yang berkunjung ke Putrajaya boleh singgah ke The Lake Garden Kafe Putrajaya betul-betul ditepi tasik Putrajaya.


Mana makanan tak sampai lagi???


Mee Goreng Mamak memang sedap


Lempeng Pisang kegemaran Aufa



Wednesday, 12 September 2012

Aufa Vs Mangkuk Tingkat

Bila baby Aufa tak pernah tengok mangkuk tingkat. First time tengok mangkuk tingkat macam-macam jea cara dia mengodek supaya mangkuk tingkat itu dapat dibuka. Kalau kat Sarawak digelar "Kaleng", memang banyak kegunaan terutama ketika ada majlis kenduri.


Apa nie abah?


Nak bukak!!!


Ummhhh....susahnya nak bukak


Sikpa, cuba nak embak gik

Monday, 10 September 2012

Spesial for Naufal Kuasa 2

Saya juga ingin memperkenalkan watak yang penting dalam kehidupan saya dan isteri. Mereka telah banyak memberi kemeriahan dan kegembiraan dalam keluarga saya sebelum hadir baby Aufa. Saya dah anggap seperti anak sendiri Naufal Haqimie dan Naufal Haziqrie. Kedua-duanya adalah anak abang ipar saya, merekalah penyeri hidup kami sehingga ke hari ini. Setiap kali balik kampung Naufal Haqimie pasti akan ikut manakala Naufal Haziqrie masih belum bersedia kerana masih lagi belum boleh berjauhan dari ayah dan ibu. 

Watak mereka dalam kehidupan saya amat penting kerana kerenah dan ragam mereka banyak mengajar saya menjadi seorang abah yang berjiwa sabar dan kental. Terima kasih kepada kedua-dua anak abah kerana sudi memanggil saya abah kerana panggilan itu amat bermakna dalam diri saya.




Dari kiri Naufal Haqimie dan Naufal Haziqrie