30 Mac 2013 - Hari Pertama
Kunjungan kali kedua ke Bandung, Indonesia telah dibuat begitu rapi dengan mempunyai agenda menjelajah keseluruh ibukota Bandung. Kali ini saya pergi bersama isteri, Aufa dan anak-anak saudara saya dari Manjung, Perak. Pengalaman mereka first time naik kapal terbang amat menyeronokkan walaupun nampak terpancar kepanikan ketika kapal terbang naik dan juga bila nak mendarat. Selain itu, pengalaman pertama mereka ke luar negara akan memberi pengalaman yang luas pada masa akan datang.
Kami berkenalan dengan Bapak Sholeh, orangnya baik dan bersedia membantu kami sepanjang bercuti di Bandung. Kos 1 hari menyewa kenderaan termasuk pemandu adalah IDR 450,000 (RM157.00), memang berbaloi sebab menggunakannya dari pagi hingga ke malam.
Hari pertama saya bawa mereka menjelajah ke Pasar Baru. Seperti biasa kawasan ini adalah syurga membeli belah bagi kaum hawa. Telekung, kain batik lepas, kain pasang dan tudung menjadi pilihan mereka. Siap nak berbisnes pulak bila balik Malaysia. Tidak menjadi janggal berjalan-jalan di sekitar pasar baru kerana sentiasa berjumpa dengan orang Malaysia, seperti berada di negara sendiri.
Aufa Shahiera bergaya dengan cermin mata hitamnya
Tawar menawar menjadi kemestian dengan kehandsomeman yang ada pada Emi mengayat cewek Bandung
Aufa sudah bosan menunggu dan diberikan upah makanan ringan Yum Yum
Aufa khusyuk dengan makanan ringan Yum Yum
ESKOL Collection memang menawar harga berpatutan