Seribu satu rahmat kepada
penduduk di sekitar Ipoh, Jelapang, Meru dan yang berdekatan kerana
Pasaraya Besar Mydin telah beroperasi di
Taman Meru. Saya berkesempatan membeli belah di pasaraya tersebut ketika balik
kampung di Parit, Perak, sememangnya harganya murah dan berpatutan seperti di
Mydin Subang Jaya. Tahniah kepada Mydin kerana Berjaya melebarkan jaringan
perniagaannya sampai ke Perak.
Kita bersyukur kerana pasaraya
tempatan milik orang kita telah berjaya dan setanding dengan TESCO, GIANT dan Carrefour.
Mydin terbaik. Moh ke Ipoh!!!!!
No comments:
Post a Comment