Friday, 19 October 2012

Peranan Masjid ke atas pembentukan remaja masa kini

Masjid sebagaimana mana yang kita secara umumnya berpandangan bahawa masji merupakan tempat untuk menunaikan solat atau berzikir atau membaca Al-Qur'an beramai-ramai. Namun tak ramai yang tahu bahawa masjid merupakan sesuatu yang "bernyawa" dan peranan masjid terlingkup dalam peranan yang lebih luas lagi. Penulis ada menggariskan beberapa peranan masjid yang dahulunya menjadi satu sinar bagi sesebuah masyarkat yang di dalamnya mengakui dengan fasih bahawa mereka mengangkat Islam sebagai deen atau cara hidup mereka.


(1) masjid tempat mencari ilmu/ tempat pentarbiyahan
  • pengisian melalui pengajian kitab-kitab agama , forum ,usrah, kuliah selepas solat fardhu ,
  • bacaan hadith/perkongsian dan sebagainya.

(2) masjid tempat pengislahan diri
  • konsep berdiam di masjid
  • membaca al-quran dan kitab-kitab agama
  • solat sunat
  • menghisab diri/muhasabah diri
  • alunan Al-Qur'an mampu menggetarkan hati-hati yang keras
  • menghayati Qur'an beserta tafsir dan mengetahui sebab-sebab penurunan ayat-ayat tertentu

(3) masjid tempat perbincangan isu-isu semasa /pertukaran pendapat
     dan berdikusi
  • berkumpul dan bercakap tentang isu-isu semasa
  • hayati sirah nabi- masjid dijadikan tempat berpolitik , merancang ketenteraan , pengurusan zakat, pusat masyarakat, perjumpaan masyarakat, pengumuman, tempat pemimpin bertemu masyarakat.
  • kepentingan :
@bagi mendedahkan remaja dengan isu-isu semasa dan mengaitkannya dengan apa saja
yang ada dalam Al-Qur'an dan hadith.
@ diskusi lebih terarah dan pihak berdiskusi lebih bertanggungjawab terhadap perbincang
an/ menghormati masjid
@ diskusi tidak sia-sia dan tidak membangun minda.


(4) masjid tempat memupuk perpaduan
  • perjumpaan harian dan mingguan umat Islam
  • bertemu dengan orang-orang yang dikenali dan yang tidak dikenali.



No comments:

Post a Comment