Rasulullah SAW ada menjelaskan bahawa Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhirnya adalah pelepasan dari seksa neraka. Betapa besar rahmat Allah SWT diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Meskipun umat Rasulullah SAW berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.
Alhamdulillah 10 malam pertama Ramadhan telah berlalu dengan pantas yang digelar sebagai malam rahmat. Kita memasuki fasa pertengahan Ramadhan dimana malam pengampunan, peluang masih ada kepada kita yang terlepas 10 malam pertama ramadhan. Sama-sama kita gunakan kesempatan ini untuk mempertingkatkan amalan kita agar mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT dan berikan keampunan oleh Allah SWT.
Kita tidak mengetahui samada kita akan berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang, mungkin inilah Ramadhan terakhir bagi kita. Kita tidak boleh menjamin bahawa kita akan hidup untuk hari esok, lusa atau seterusnya. Bukan mudah untuk berubah menjadi Muslim Sejati, bila kita berubah menjadi lebih baik maka makin banyak dugaan dan cabaran yang kita akan lalui. Kekadangkala, rakan-rakan sepejabat juga tidak boleh menerima perubahan kita kearah kebaikan kerana kelakuan dan perangai kita sebelum itu sudah sebati dengan suasana dan rutin kita seharian.
Adakah ini kekangan dalam merubah diri kita? Sebenarnya itulah cabaran dan dugaan yang perlu dilalui sebagai seorang hamba Allah SWT yang inginkan perubahan perlu melalui fasa-fasa ini.Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, sama-sama kita muhasabah diri kita agar boleh membuat perubahan pada diri kita, solat kita, amalan kita dan ibadah kita. Semoga amalan yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT,amin.
Sekadar Renungan Bersama
Bermaaf-maafaan Amalan Mulia dalam bulan Ramadhan
No comments:
Post a Comment