Hari Ketiga 30 Disember 2012 (Ahad)
Pengalaman menaiki keretapi di Indonesia memang menyeronokkan. Perjalanan keretapi dari Stesen Gambir, Jakarta ke Bandung mengambil masa selama 3 Jam. Kami menaiki keretapi jam 5.55 pagi dan tiba di Bandung jam 9.10 pagi. Di Malaysia belum berkesempatan naik keretapi KTM tapi di Indonesia berjaya naik Keretapi Argo Parahyangan dengan Kelas Eksekutif memang selesa dan nyaman. Harga tiket untuk seorang dalam RP90,000 (RM31.50), murah tak?Naik kelas eksekutif harga tu memang puashati ler. Mungkin di Malaysia murah lagi kot.
Bila dengar orang cakap shopping di Bandung murah, saje nak tengok betui ke tak? kalau barang-barang berjenama memang terkenal murah kat sana sebab ada factory outlet dia sendiri. Mari kita pergi tengok betui ke tak?
Suasana selesa dan nyaman dalam kelas eksekutif
Ada TV menayangkan tempat-tempat menarik di Indonesia
Kaunter pembelian tiket, nampak tak budak kecik tu (Aufa)
Dua-dua menghayati pemandangan indah dari dalam keretapi
Indahnya pemandangan
Rumah-rumah di tempat berbukit
Kenangan naik keretapi di negara orang
Tiket ke dari Stesen Gambir ke Bandung
No comments:
Post a Comment