Thursday, 10 January 2013

Trip ke Bandung, Indonesia Part 2

Hari Ketiga 30 Disember 2012 (Ahad) 

Dalam perjalanan menaiki keretapi ke Bandung, saya dapat melihat keindahan bumi Indonesia yang menggunakan sepenuh tanah untuk tujuan pertanian. Usaha dan penat lelah penduduk mengusahakan pertanian dapat menjamin bahan makanan mencukupi untuk rakyat Indonesia. Betapa besarnya pengorbanan petani-petani dalam memainkan peranan memastikan makanan cukup sepanjang masa.

Sebut jea pertanian memang sudah sinonim dan sebati dalam diri saya, walaupun bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya kena faham dan berilmu mengenai dasar-dasar yang telah dirancang agar boleh diterangkan dan disampaikan kepada golongan sasar.

Apabila melihat kegigihan petani-petani di Indonesia, di Malaysia juga petani-petani amat hebat, gigih dan bersemangat dalam menghasilkan bahan makanan untuk rakyat Malaysia. Sumbangan mereka amat besar kerana memastikan kita boleh menikmati makanan sehingga ke hari ini. Terima kasih kepada Petani, Penternak dan Nelayan diatas jasa dan sumbangan dalam memastikan bahan makanan mencukupi untuk rakyat Malaysia.



Penanaman padi secara tradisonal masih dipratikkan


Penanaman padi secara bertingkat-tingkat amat menarik


Cantik sekali....


Kawasan cerun yang dilalui oleh keretapi


Memang gayat bila melihat ke bawah



Aufa rilek jea dalam keretapi


Hebatnya struktur buatan manusia


Memang tinggi pandangan dari keretapi ke arah highway menghala ke Bandung

No comments:

Post a Comment