Friday, 10 November 2017

DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT

Ada orang bekerja keras untuk menjadi kaya dan mencari harta yang banyak. Islam tidak melarang kita mencari kesenangan di dunia, walaupun dalam masa sama diperingatkan bahasa setiap kita pasti akan menemui mati.

Sebab itulah dikatakan bahawa dunia adalah ladang akhirat. Maksudnya, sepanjang berada di dunia, bekerja dan berbuat baiklah menyediakan bekalan yang bakal dibawa ke akhirat. Ini kerana apabila tiba di akhirat nanti, setiap Muslim itu dipertanggungjawabkan atas apa yang telah dilakukannya semasa berada di dunia.

Kerap diperingatkan bahawa dunia ibarat air laut. Semakin diminum airnya yang masin, terasa hausnya. Samalah keadaannya dengan kesenangan dunia yang jika semakin dikejar, tidak akan pernah merasa puas, apatah lagi jika pendidikan agama yang dimiliki seseorang itu terlalu dangkal (sedikit) menjadikan orang yang sedemikian ini tergolong sebagai orang yang rugi.

Kehidupan Sebagai Ujian

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).(Surah ali-Imran 3:14)

6 perkara yang menjadi ujian keimanan :
  1. Wanita
  2. Anak-anak
  3. Harta benda
  4. Kenderaan yang baik dan hebat
  5. Binatang ternakan
  6. Tanah dan ladang
Oleh itu berpada-padalah dan sentiasa ingat bahawa kedatangan kita di muka bumi bukanlah untuk tujuan yang sia-sia. Jadi, hargailah kesempatan yang sekejap ini untuk mencari kebaikan yang menyumbang semula pada kesejahteraan hidup di akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud,

 "Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan-Nya. Dan hanya kepada Allah jualah kamu (tempat kembali setelah) dibangkitkan (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).รข€ (Surah al-Mulk 67:15)

Wallahu a’lam bish-shawabi.

Artikel di petik dari http://ustaznaim.blogspot.my/2011/01/dunia-ladang-akhirat.html

No comments:

Post a Comment