Wednesday, 8 November 2017

KEHIDUPAN DUNIA INI UNTUK DIURUS, BUKAN UNTUK DIATUR

Saya dan anda...siapa lagi kalau bukan manusia, kadangkala tersalah kira  tentang ‘formula hidup’ walaupun dah guna kalkulator tercanggih sekali.   Dan kita berhak untuk mengaturnya seperti mana yang kita mahu...Baru ia membuahkan hasil.  Maka dengan itu, berangan panjanglah kita untuk memiliki itu dan ini dari bahagian dunia. Namun , bilamana dia tidak dapat apa yang dihajati, kita bersedih,murung, dan menyalahkan Tuhan kerana tidak memberi apa yang kita hajati.
Maka terkumpullah kesedihan dunia itu dalam jiwanya. Ingatlah, tidak akan pernah  terkumpul dua kesedihan dalam satu jiwa. Tatkala kesedihan dunia itu masuk kedalam jiwa, maka kesedihan Akhirat itu akan keluar daripadanya. Tetapi, jika kesedihan akhirat itu masuk keadalam jiwa, sudah tidak ada sesuatupun hal didunia yang dapat menyedihkannya. Haa! Pilih sendiri kesedihan mana yang anda mahu masuk ke dalam jiwa.
Allah menyebut didalam AlQuran
Siapa sahaja yg beriman kpd Allah dan hari Akhir serta beramal soleh mereka tidak pernah takut dan tidak pernah bersedih.” (Al-Maidah :69)

Sedarlah wahai insan..
Allah berikan kita kehidupan ini untuk kita uruskan bukan untuk kita aturkan seperti apa yang kita mahu. Bilamana manusia itu faham akan perkara ini, apa sahaja yang dia miliki, akan dia uruskan sebaik mungkin.Apa sahaja yang dia miliki, dia akan BERSYUKUR dan MENGHARGAINYA. Dengan cara bagaimana dia bersyukur dan mneghargainya?
Iaitu dengan menguruskan hidupnya dengan baik...
Jika dia seorang pelajar, dia akan uruskan hal pelajarannya sebaik mungkin .Jika dia seorang ayah, dia akan uruskan keluarganya sebaik mungkin.  Jika dia seorang yang berharta, dia akan menginfaqkan hartanya untuk habuan akhirat. Jika dia seorang penerima BIASISWA maka dia akan menguruskan duit itu untuk dijadikan habuan akhirat. Jika dia seorang MUSLIM, dia akan uruskan AGAMANYA sebaik mungkin agar dia menjadi hamba yang tunduk dan patuh kepada perintah Tuhannya.
Jangan kita aturkan dunia...
Jangan kita bercita-cita besar untuk dunia ini.
Eh! Habis tu macam mana?”
Jika kita ingin bercita-cita, pastikan cita itu membuahkan habuan kita untuk akhirat.Tidak salah bercita-cita menjadi kaya, JIKA ianya bertujuan untuk membantu keluarga dan saudara muslim kita serta untuk memastikan agar  perjuangan dakwah Islam ini berterusan.
Kerana itu, kadangkala kita melihat seseorang itu kurang ilmu agamanya. Kelihatan kurang solehnya. Namun Allah tetap memberi kekayaan kepadanya. Kerana, Allah tahu bahawa niatnya adalah untuk membantu keluarganya, masyarakatnya dan membantu saudara muslim yang lain. Islam tidak menghalang kita menjadi kaya, tetapi Islam ajar bagaimana kita menguruskan harta.
Kata Salman Al Farisi :”Hiduplah di didunia ini,dengan kadar SEORANG PENGEMBARA .
"Dunia untuk diurus, bukan untuk dirunsingkan.
Kita disuruh untuk runsingkan akhirat kita." 
- Ustaz Muhammad Bin Abdullah Al Amin

Petikan dari Artikel : https://quransunnah4.wordpress.com/2013/02/25/kehidupan-dunia-ini-untuk-diurus-bukan-untuk-diatur/comment-page-1/

No comments:

Post a Comment