Sunday, 9 September 2012

Aufa @ Kenduri Naik Buai

Sabtu lepas 31 Ogos 2012 saya singgah ke kenduri sahabat saya di Seri Manjung, Perak. Kenduri naik buai anak keduanya. Saudara Fadli, semoga kebahagiaan dan kegembiraan melimpah ruah dalam keluarga anda,amin. 

Sebagai peringatan kita bersama;

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;


"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut memberi maksud seperti pepatah Melayu di atas iaitu ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Ini bermakna tugas kita sebagai ibu bapa bukan sahaja mendidik diri sendiri menjadi manusia yang baik, malah mendidik anak-anak kita sejak di dalam kandungan sehingga ia lahir ke dunia.



Wallahualam...



Nor Aishah Sofea


Aufa pun tumpang sekaki dalam buai

Saturday, 8 September 2012

Makan atau Malu

Nie makan ke atau malu siap tutup mulut kekeke...ragam baby Aufa nie. Terima kasih kepada kak Aqilah n kak nyah pijot masukkan dalam FB...



Ini makan ke atau malu?

Friday, 7 September 2012

Bapa Borek Anak Rintik

Bapa Borek Anak Rintik, mungkin sesuai untuk video ini. Melihat ragam anak yang mengikut segala gerak-geri bapanya ketika solat. Anak mengikut segala apa yang dilakukan oleh kita seharian bukan saja dari perbuatan malahan percakapan kita. Kita kena sentiasa menunjukkan perilaku yang baik agar dicontohi oleh anak-anak. Segala perbuatan yang menjelik mata haruslah dibuang jauh-jauh supaya anak-anak tidak terpengaruh dengan perbuatan tersebut.



Dalam Islam kita perlu berikhtiar dan berdoa bukan hanya untuk diri sendiri malah kepada keluarga, anak-anak, generasi berikutnya dan kaum muslimin seluruhnya seperti firman Allah SWT yang bermaksud:-

Dan orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadilah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa. (Al-Furqan:74)

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud:

Ya Tuhanku! Jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat; ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. (Ibrahim:40)


Wallahualam.






D




Thursday, 6 September 2012

Aufa vs Toys

Bila dah pandai bermain abis semua berterabur oleh baby Aufa. 


Saksikan ragam Aufa

Wednesday, 5 September 2012

Warung Kampung

Sesekali balik kampung dapat singgah ke warung kampung. Agak selesa minum petang di warung ini sebab ada roti canai banjir. Dapat roti canai banjir dan Teh O Ais memang menyelerakan. Suasana kampung memang nyaman dan menenangkan, best betui balik kampung dapat merasai nikmat ketenangan jauh dari kesibukan bandaraya metropolitan.

Suasana di warung kampung


Emmhhh...sedapnya

Tuesday, 4 September 2012

Keletihan Balik dari TASKA

Lepas raya baby Aufa masuk balik TASKA, bila time amik dari TASKA tak sampai lagi corner traffic light dah tertido, kesian dia....


Letihnya Aufa


Memang tak sedar langsung

Monday, 3 September 2012

Aufa Main Bunga Api

Assalamualaikum semua, maaf dah tiga hari tak updates blog. saya kena keracunan makanan, hari masih tak berapa okey tapi rindu nak updates blog neh. Saya nak kongsi first time baby Aufa main bunga api, rilex jea dia takde perasaan takut langsung.


Aufa main bunga api


Berani nie nya dia.....


Tengok jea yea, dah puas main tadi...