Wednesday, 5 June 2013

Papan Tanda di Kota Bandung

Lawatan bulan April ke Bandung, saya berkesempatan mengambil beberapa gambar iklan dan papan tanda di Kota Bandung.











Sunday, 2 June 2013

AUFA SHAHIERA DAN AMANDA

Ragam Aufa Shahiera dan Amanda di Kuching, Sarawak pada 21 April 2013.

 Ini betul ke tidak?

Sedapnya Amanda tidur

Kucing jugak jadi pilihan...

Amanda dah bangun tidur...

Kakak Aufa sakit mata, confirm adik Amanda akan jangkit

Budak IPAD

Apa dia Amanda...

Amanda....


Saturday, 1 June 2013

SELAMAT HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA

Abdul Halim of Kedah.jpg
Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia (tulisan Jawiيڠ د-ڤرتوان اڬوڠ) ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri[1].
Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari negeri Kedah.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.
Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu,Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.
PEMILIHAN YDP AGONG
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Syarat yang akan diambil kira ialah:
  1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
  2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
  3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
  4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
  5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
  6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.
KEBAIKAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN
Hanya yang terpilih sahaja boleh dipilih iaitu menurut darah keturunan (monarki) tetapi di dalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden iaitu pemilihan secara moden.
Keunikan tradisi ini bermula sejak tahun 1957, kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.
Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, sistem perlantikan rajanya tidaklah seunik di Malaysia, ini kerana sistem beraja England datang dari satu keluarga sahaja. Uniknya di Malaysia, pemilihan ketua negara datang dari kalangan sembilan orang Sultan yang memerintah Negeri-negeri Melayu.
KUASA RAJA BERPERLEMBAGAAN
Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, MelakaPulau PinangSabahSarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.[2] Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara[3].
Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah[4]:
  1. Melantik seorang Perdana Menteri
  2. Menangguhkan pembubaran parlimen
  3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

Sumber dari Wikipedia

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK, GAYU GURU GERAI NYAMAI

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak, terutamanya Iban dan Bidayuh dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.
Tarian Ngajat...
Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.
Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.
Pakaian tradisional masyarakat Iban

Pada umumnya Gawai dalam budaya Dayak terdiri dari beberapa jenis Gawai. Gawai tersebut terdiri dari gawai untuk orang meninggal atau gawai kubur, gawai untuk pantang kampung, gawai untuk mengucap syukur atas panen padi dan sebagainya. Jadi gawai sendiri terdiri dari beberapa jenis salah satu yang populer adalah Gawai Padi atau Harvesting Gawai. Gawai sendiri dilakukan oleh kaum bangsa Dayak pada umumnya. Dayak dari berbagai sub sukunya memiliki gawai serupa yang bertujuan mengucap syukur kepada Tuhan atas berkat panen padi dan berbagai sayur mayur di ladang. Jadi gawai sendiri memiliki nama beragam sesuai sebutan masing-masing sukunya. Gawai padi adalah gawai yang sangat umum dalam kehidupan masyarakat Dayak. Dayak Iban menyebutnya Gawai Padi, Dayak Bidoih/Bidayuh menyebutnya Gawa Semangat Padi atau nosuminu. Dayak Sarawak dan Dayak Kalimantan Barat memiliki ciri yang sama dalam hal budaya Gawai tersebut sebab keduanya memang satu yang dibagi dalam dua negara. Budaya Gawainya sama persis dan dari namanya juga sama yakni gawai. Gawai sendiri merupakan ritual khusus kepada Jubata/Petara/Penompa/Sang Hyang/yang berisikan sesajen dan peralatan berladang yang disamaikan kepada Tuhan melalui doa doa khusus dalam bahasa Dayak itu sendiri dengan maksud dan tujuan agar kehidupan masyarakat Dayak di kampung tersebut atau di wilayah tersebut diberkati dalam kehidupannya termasuk apa yang telah Tuhan berikan sangat patut sebagai manusia mengucapkan terima kasih kepada Nya dalam wujud pesta padi atau Gawai padi.


Sumber dari Wikipedia

Friday, 31 May 2013

BERITA BERGAMBAR PROJEK MY KAMPUNG MY FUTURE

Projek My Kampung My Future di Kg. Gedong, Simunjan

 Projek Pertanian secara Fertigasi

 YBhg. Dato' Mohd Hashim, KSU MOA memetik cili fertigasi

YBhg. Dato' KSU bergambar bersama peserta fertigasi


Kawasan fertigasi

YBhg. Dato' KSU bersalaman dengan penduduk kampung

Kehadiran penduduk kampung mendengar taklimat


YB Hjh Nancy Shukri (ahli parlimen) dan YB Datuk Hj Naroden (ADUN) turut hadir

Bergambar beramai-ramai dengan penduduk Kg. Gedong


HIDUPKAN KEMBALI PERANAN MASJID

Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab membawa maksud 'tempat sujud'. Mengapa disebut tempat sujud? Sedangkan masjid merupakan tempat sembahyang dan ibadah. Kalimah ini merupakan majazi (metafora) dari sudut ilmu Balaghah di mana ia hanya menyebut satu bahagian tertentu daripada suatu perkara namun maksud sebenar adalah perkara tersebut. Seperti sujud yang merupakan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang digunakan di sini namun ia membawa maksud sembahyang. Ertinya masjid adalah tempat sembahyang.


Saya tidak bermaksud memanjangkan perbahasan mengenai definisi masjid dari sudut bahasa Arab dan Balaghah, namun daripada definisi yang telah saya utarakan ia mempunyai kaitan dengan isu yang ingin saya nyatakan di sini.

Peranan masjid tika ini dilihat masih hambar. Walaupun ada usaha untuk memakmurkan masjid yang timbul daripada kesedaran yang tinggi, namun usaha ini masih perlu digiatkan lagi. Kesedaran perlu ditingkatkan bahawa masjid bukan sekadar tempat untuk beribadah semata-mata, bahkan masjid merupakan pusat kegiatan pelbagai aktiviti umat Islam sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Apa yang nyata, persepsi umat Islam terhadap masjid masih samar-samar kerana minda mereka telah digasak sekian lama bahawa masjid hanya tempat untuk beribadah sahaja. Sebarang aktiviti yang bukan berbentuk keagamaan tidak boleh dilakukan di masjid kerana ia dilihat boleh mencemarkan martabat masjid! Ini adalah persepsi yang salah. Ianya timbul daripada kekeliruan hasil daripada gerakan sekularisme yang ingin memisahkan agama daripada urusan hidup duniawi dalam diri umat Islam. Umat Islam hanya sesuai untuk beribadah sahaja, manakala aktiviti keduniaan tidak perlu diserahkan pada umat Islam. Atau dengan maksud yang lain, masjid hanya untuk kegiatan agama sahaja, manakala aktiviti lain perlu dilakukan di luar masjid. Hadith palsu yang berbunyi: Barangsiapa yang berkata-kata di dalam masjid dengan perkataan duniawi, maka amalannya terbatal selama 40 tahun!dilaungkan bahkan ditampal di dalam masjid! Ini adalah hadith yang palsu, mungkar lagi batil. Dicipta oleh golongan zindiq sekularis yang ingin memisahkan agama daripada urusan hidup berbentuk keduniaan. Kesannya umat Islam mundur, jumud, pasif dan hanya tahu tentang agama. Itu pun dengan pemahaman yang jumud juga!! Maka umat Islam menjadi seperti penganut agama lain yang berpandangan bahawa 'Tuhan' hanya ada di masjid, kuil, tokong, gereja dan saumaah. Bila keluar masjid, maka wataknya berubah. Bebas kerana tiada 'tuhan'. Yang ada hanya diri sendiri. Lalu dia pun berbuat sewenang-wenangnya sehingga melanggar batas agama!


Peranan masjid perlu dihidupkan semula. Sirah telah membuktikan bahawa masjid merupakan jentera penggerak kepada perkembangan Islam ke seantero dunia. Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallam mentadbir negara bermula dari masjid. Baginda mengajar, berpidato, bersidang, menerima kunjung hormat para tetamu, merangka strategi peperangan dan lain-lain lagi urusan keduniaan di masjid. Masjid ketika itu bukan sekadar tempat ibadah, bahkan ia adalah sebuah universiti yang telah melahirkan para graduan yang hebat iaitu para sahabat r.ahm. Masjid adalah parlimen, dewan sambutan, dewan acara dan apa saja yang ingin kita namakan. Bukan bentuk masjid yang menjadi keutamaan kerana Masjid Nabawi pada zaman itu hanya sebuah masjid yang cukup sederhana. Tidak seperti masjid-masjid zaman ini. 

Namun yang penting adalah pengisiannya. Bagaimana masjid perlu digerakkan agar menjadi sebuah pusat janakuasa kekuatan umat Islam kini. Apa guna masjid yang tersergam indah, tetapi kosong seperti jasad yang tidak bernyawa ditambah pula dengan jumlah jemaah yang tidak sampai pun satu saf! Justeru, kita perlu bermuhasabah semula. Kita perlu fikirkan bersama cara untuk mem'popular'kan masjid sebagai sebuah pusat kegiatan segala aktiviti. Sebagaimana masjid merupakan tempat sembahyang yang merupakan asas pembangunan umat Islam, maka sembahyang itu juga mendidik kita bahawa masjid adalah tempat yang sangat sesuai untuk menjana pembangunan tersebut dalam pelbagai sudut lebih-lebih dengan laungan pembangunan modal insan yang diwar-warkan sekarang ini. Oleh itu, mari kita fikirkan bersama mengenai perkara ini. Berhati-hati dengan tindakan halus golongan sekularis. Adakah Tuhan hanya berada di masjid sahaja?! Setelah keluar masjid, tiada Tuhan lagi?! Sedangkan Allah Ta'ala sering memerhatikan kita di mana sahaja kita berada. Masjid perlu dihidupkan semula peranannya. Dihidupkan seperti zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan masjid perlu dihidupkan di dalam hati kita semua. Wallahu 'alam.


Petikan Artikel dari blog:-