Thursday, 16 August 2012

Aufa sudah bersedia

Aufa tau jea nak berjalan, semangat nak balik kampung. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...


Ragam Aufa di KLIA

Wednesday, 15 August 2012

Red buru pemain Barca


LIVERPOOL - Brendan Rodgers mahu menjadikan pemain sayap Barcelona, Cristian Tello sebagai pemain baru ketiga yang bakal tiba ke Anfield sejak dia menjadi peneraju Liverpool.

Bos Reds, Rodgers telah berbelanja 25 juta pound (RM122 juta) bagi membeli penyerang Fabio Borini dan pemain tengah Joe Allen ke Merseyside. Dia kini mensasarkan untuk melengkapkan hatrik dengan mendapatkan Tello pula. Pemain berusia 21 tahun itu gagal mendapatkan slot dalam skuad utama di Nou Camp.Dengan David Villa yang kembali cergas selepas pulih daripada kecederaan patah kaki, peluang Tello semakin terhad.

Pinjaman untuk jangka masa panjang dengan dijanjikan perpindahan pada hujung musim seperti termaktub dalam perundingan bagi membawa Tello ke Merseyside, berikutan kontraknya yang hanya berbaki 12 bulan.


Cristian Tello

Kelab lain seperti Arsenal, Malaga, Benfica dan Ajax yang turut berminat dengan pemain itu mungkin memaksa Rodgers untuk mendapatkan pemain tersebut secara tetap yang bakal melibatkan kos 5 juta pound (RM24.4 juta). Tello, yang hanya disenaraikan dalam pasukan utama sebagai pemain gantian musim lalu, memiliki reputasi bermain pantas.

Pemain tersebut juga mampu beraksi di bahagian sayap, juga sebagai penyerang. Memiliki gaya permainan menyerang yang mahu diterapkan Rodgers di Anfield, menjadikan Tello amat diminati pengurus itu.

Liverpool melakukan serampang dua mata apabila turut melakukan perundingan dengan Real Madrid bagi mendapatkan khidmat pemain serba boleh, Nuri Sahin. Reputasi yang dimiliki pemain tengah Turki itu masih gagal untuk meraih tempat dalam kesebelasan utama sejak dia berpindah ke Bernabeu dari Borussia Dortmund 12 bulan lalu.

Walaupun dia diturunkan dalam aksi persahabatan pra-musim Real di Amerika Syarikat, pengurus Jose Mounrinho bersedia untuk melepaskan pemain tersebut.

Arsenal dan Spurs turut menunjukkan minat tetapi hubungan baik Rodgers dan Mourinho yang pernah bersama di Chelsea, memberi kelebihan buat Liverpool mendapatkan pemain itu secara pinjaman jangka panjang. - Agensi

Sumber dari www.utusan.com.my


Lom terbang gik, sabar sayang

Baby Aufa pikirkan dah nak naik kapal terbang tapi abah hanya ajak gi iftar kat KFC KLIA. Lepas iftar, abah nak check in siap-siap nanti tak kelam kabut. Apa lagi, baby Aufa bab makan memang hebat, satu bekas besar kentang putar dia sorang habiskan. Lepas tu sambung pulak dengan kentang goreng, memang kekenyangan bila on the way balik ke rumah. Semalam kat KLIA pun dah sesak dengan orang untuk balik berhari raya baik jauh ataupun dekat. 



Nak tengok


Comel tak abah


Tak nak layan 

Tuesday, 14 August 2012

Kaki Jalan...

Kalau bab berjalan memang baby Aufa yang lebih dari orang. Aufa yang paling seronok sekali sebab dapat berjalan walaupun hakikatnya kekadang Aufa dah mengantuk sangat-sangat tapi bila bab nak berjalan jea Aufa segar balik isk...sik...sik!!! 


Aufa tersengeh jea




Monday, 13 August 2012

Aufa bertudung pulak

Lepas penat berkemas, dia berdandan pulak dengan tudung. Gayanya nak ngajak berjalan, tapi abah letih ler. Macam ustazah pilihan jea Aufa nih, tersengeh-sengeh jea tau dia. Comel tak?



Comel tak abah


Amik ler Aufa


Aufa dah siap

Sunday, 12 August 2012

Baby Aufa kemas rumah

Walaupun balik raya tahun nie kat Sarawak tapi kemas rumah kena buat jugak. Dengan lagu raya berkumandang di corong radio membangkitkan lagi aura syawal akan bakal menjelma. Apa yang seronok, baby Aufa membantu sekali membersihkan rumah. Seronok kerana ini tahun pertama baby Aufa menyambut Aidilfitri. Kalau budak lain takut dengan vakum sebaliknya Aufa lain pulak. 


Sibuk nak ambik vakum


Seronoknya dapat main vakum


Nak ambik jugak


Tak gerak pun abah



Tak sampai abah

Friday, 10 August 2012

Ragam Anak


Bila shopping jea dengan Naufal Haqimie, anak jantan aku nie memang malas nak berjalan, sanggup duduk dalam troli sambil buat memek muka suka. Itu ler badan nampak semangat, kalau dukung dia, boleh sakit pinggang.