Sunday, 2 December 2012

Booth National Blue Ocean Strategy (NBOS) MOA MAHA 2012

Ini adalah Booth National Blue Ocean Strategy (NBOS) dimana MOA berkerjasama dengan kementerian lain dalam penggunaan infrastruktur dan tanah-tanah milik kerajaan bagi kepentingan rakyat di sesuatu tempat. Antaranya program dibawah MOA adalah My Kampung My Future (MKMF), Penanaman Fertigasi Rock Melon di Sepang, Selangor, RTC Perak, RTC Kelantan dan ada beberapa lagi yang akan dibuka untuk kemudahan rakyat.


Bergambar di hadapan Booth My Kampung My Future



Maklumat mengenai projek  MKMF


Projek NBOS RTC Kelantan


Projek NBOS di Sepang


Pegawai MOA melayan tetamu yang bertanya


Projek NBOS MKMF


Projek NBOS MKMF

Booth MyAgrosis Dewan A MAHA 2012

Kelab MyAgrosis merupakan projek MOA yang melibatkan siswa siswa yang menuntut di Institut Pertanian dibawah MOA dan IPTA Awam. Projek ini bertujuan memberi peluang kepada siswa siswi mengenai perniagaan dalam pertanian. Bukan itu saja, dari segi pemprosesan makanan dan produk industri asas tani juga diberikan tumpuan agar siswa siswi mengetahui kelebihan jika terlibat secara langsung dalam pertanian dan industri asas tani. Beberapa gambar di booth MyAgrosis sebagai tatapan bersama.


Bergambar di hadapan Booth MyAgrosis


K-Shoppe MyAgrosis


Pelbagai produk dipasarkan


Produk Protani yang dikeluarkan oleh siswa siswi


Turut menjual produk-produk dari usahawan luar



Produk kosmetik dari luar juga dipasarkan

Lawatan KSU MOA di State Pavilion MAHA 2012

Beberapa gambar Dato' Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ketika lawatan di State Pavilion MAHA 2012.


YBhg. Dato' KSU melawat sekitar state pavilion


Melalui laman ternakan arnab


Isteri YBhg. KSU, Datin Balqis turut bersama-sama dalam lawatan

Friday, 30 November 2012

Pavilion Negeri Sembilan MAHA 2012

Mari kita ke Pavilion Negeri Sembilan, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang MAHA 2012  berlangsung. Sedikit gambar majlis perasmian Pavilion Negeri Sembilan untuk tatapan semua.


Pintu masuk Pavilion Negeri Sembilan


Cantik tak?


Kiri sekali, Exco Pertanian Negeri Sembilan dan KSU MOA (Kanan sekali)


KSU MOA (kanan) tertarik dengan landskap bunga-bungaan




KSU  MOA dengan para tetamu VIP naik ke menara tinjau Pavilion Negeri Sembilan


KSU MOA ketika majlis sidang media

Booth LPP @ Dewan A MAHA 2012

Nak jumpa Nangka Gergasi nie kena pergi kat Booth LPP di Dewan A. Pelbagai inovasi yang dipamerkan oleh LPP termasuk menanam Rock Melon secara tergantung dengan dibawahnya diletakkan pelbagai tanaman lain. Pastikan sahabat-sahabat melawat booth LPP di Dewan A.



Bergambar di Nangka Gergasi


Rock Melon ditanam secara tergantung

Thursday, 29 November 2012

Pavilion Sarawak MAHA 2012

Pavilion Sarawak MAHA 2012 terletak di kawasan pavilion negeri-negeri yang terletak di tepi tasik MAEPS. Kawasan yang strategik dan menghadap tasik telah menjadikan pavilion Sarawak amat cantik sekali. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan di pavilion Sarawak. Mari datang beramai-ramai dan merasai sendiri keseronokan melawat di sekitar kawasan pavilion negeri-negeri.

Di pavilion Sarawak juga ada menjual laksa sarawak, mee kolok dan masakan-masakan tempatan Sarawak. Siapa yang ingin mencuba mari datang ke pavilion Sarawak....


Ruang legar pavilion Sarawak


Peminat kek lapis jangan lepaskan peluang


Kek lapis dengan pembungkusan yang menarik


Sos Cili buatan Sarawak


Jualan beras tempatan Sarawak dan beras bario


Tebaloi makanan tradisional Sarawak


Sagu juga merupakan makanan tradisional Sarawak


Bergambar di hadapan Pavilion Sarawak


Masakan Sarawak juga dipromosikan kepada pengunjung



Wednesday, 28 November 2012

MAHA 2012 - Laman Ternakan

Laman Ternakan terletak di Laman Tiba Pintu 2 melalui lebuhraya dari Puchong dimana Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjadi jabatan mengetuai laman ini. Laman Ternakan adalah salah satu tarikan yang paling popular setiap kali MAHA. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan selama 10 hari bermula 23 November 2012 hingga 2 Disember 2012 di laman ternakan. Kepada sahabat-sahabat, mari datang beramai-ramai ke MAHA 2012 yang berbaki 4 hari lagi. Saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan semua,


Di pavilion Burung Walit


Konsep pekan koboi yang amat unik


Berhadapan dengan VIP Meeting Room Ala Koboi


Lawatan oleh DYMM Raja Perlis dan DYMM Raja Muda Perlis