Friday, 24 February 2017

TRIP ZIARAH UMRAH ISTANBUL PART 2A

29 Januari 2017 (Ahad)


Alhamdulillah, kami tiba di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul jam 6.20 pagi (waktu Turki). Melangkah keluar dari kapal terbang sudah terasa kesejukan cuaca di Istanbul. Negara yang popular dengan 2 benua akan dijelajahi selama 4 hari 3 malam.


Landing time...


Pemandangan Kota Istanbul dari udara...


Selamat Datang ke Istanbul, Turki...




 



 

Memek muka Aufa selepas puas tidur dalam penerbangan ke Istanbul


Menunggu masa untuk keluar dari kapal terbang


Akhirnya... Selamat Datang ke Istanbul, Turki...




Thursday, 23 February 2017

TRIP ZIARAH UMRAH ISTANBUL PART 1

Teruja Bila Berpeluang untuk Menunaikan Umrah


Kisah bermula pada 17 Disember 2016 (Sabtu) ketika menghadiri Majlis Persandingan anak saudara sebelah isteri di Taman Bangi Indah, Kajang. Anak Saudara Hisham menyatakan mereka sekeluarga dari Kg Sengat dan Kampar, Perak akan menunaikan Umrah beramai-ramai pada penghujung bulan Januari 2017.

Bermulalah travel trip yang tidak disangka2 kan...

28 Januari 2017 (Sabtu)



Taklimat dari wakil Andalusia Travel and Tour

Terima kasih sudi hantar kami ke KLIA


Bersama keluarga abang ipar, terima kasih yea..


Aufa dah mula mengantuk


Naik train ke Terminal Antarabangsa KLIA


Gate C15 


Selfie jap...

Kami akan menaiki pesawat Turkey Airlines TK0061, first time naik airlines nie...Flight kami pada jam 11.45 malam dan masa penerbangan lebih kurang 11 jam.



Saya perkenalkan Mutowwif kami Ustaz Zulkifli Ahmad


Masuk flight jea segar balik...



Friday, 27 January 2017

Liverpool, That Night in Istanbul...

25 Mei 2005 adalah tarikh keramat kepada Liverpool FC kepada bersaing dalam perlawanan akhir UEFA Final Liga Champions menentang AC Milan. Stadium Ataturk di Kota Istanbul, Turki menjadi saksi kebangkitan Liverpool ketika ketinggalan 3-0 kepada AC Milan. 

Separuh masa kedua menjadi milik Liverpool apabila berjaya menyamakan kedudukan 3-3 sama di mana gol-gol dijaringkan oleh Steven Gerrard (Kapten Pasukan), Smicer dan Xabi Alonso membawa pelawanan ke masa tambahan. Akhir perlawanan berakhir dengan sepakan penalti di mana Liverpool menewaskan AC Milan dengan 3-2.

Kesebelasan Utama Liverpool ketika Final Liga Champions di Istanbul, Turki.
Inshaa Allah, dalam masa 2 hari aku akan menjejak kaki ke bumi Istanbul di mana sejarah Liverpool tidak pernah dilupai oleh semua peminat Liverpool kenangan manis memenangi UEFA Champions League buat kali ke-5 dalam sejarah bolasepak UEFA. Stadium Ataturk akan aku jejaki bagi mengembalikan nostalgia pada tahun 2005.

Istanbul, Tunggu Aku Datang!!!





Thursday, 26 January 2017

Liverpool vs Southampton (2nd Leg Semi Final)

Image may contain: text


GOOD LUCK LIVERPOOL...YNWA...


Lambaian Kaabah dan Surat Jemputan dari Allah SWT

Hasil carian imej untuk labbaik allahumma labbaik


Ya Allah, hanya berbaki 1 hari lagi kami sekeluarga akan berangkat menunaikan Ziarah dan Umrah. Alhamdulillah Ya Allah kerana sudi menjadikan kami tetamuMu untuk beribadah dan beramal soleh kepadaMu di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Ya Allah, permudahkan segala urusan perjalanan kami ke sana Tanah Al Haram, berikan kesihatan yang baik, jauhkan dari segala musibah dan masalah dan permudahkan urusan ibadah kami di sana.

Sesungguhnya tidak sabar kami sekeluarga untuk melihat Kaabah yang selama ini menjadi Qiblat kami ketika solat. Ya Allah, indahnya dan tenangnya suasana di sana walaupun kami belum menjejak kaki di sana. Semoga kami diterima menjadi tetamuMu dan berpeluang untuk menunaikan umrah, tawaf, saie dan beribadah di Masjidil Haram, amin.

Thursday, 19 January 2017

Barisan Muda Liverpool Semakin Meningkat

Image may contain: 1 person


Tahniah barisan muda Liverpool, semakin menampakkan peningkatan dan perlu diberikan lebih pendedahan. YNWA...