LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers perlu memberi perhatian serius kepada taktik yang digunakan pasukannya ketika ini kerana benteng pertahanan mereka terlalu banyak melepaskan gol dan Reds tidak boleh bergantung kepada jentera serangan yang berkaliber semata-mata.
Beberapa perlawanan terakhir Liverpool menyerlahkan betapa rapuhnya benteng pasukan itu, terutama apabila lawan mengatur serangan balas.
Aksi menentang Stoke City pada 12 Januari lalu mendedahkan kelemahan ketara Reds, apabila melepaskan tiga gol biarpun pada akhirnya menang 5-3 di Stadium Britannia.
Pertemuan dengan Aston Villa, yang berkesudahan seri 2-2 di Anfield, Sabtu lalu juga memperlihatkan betapa Liverpool memerlukan pemain tengah yang mampu membantu bahagian pertahanan.
Ketika ini, Lucas adalah pemain tengah yang mampu membantu benteng pertahanan, malangnya tonggak Brazil itu mengalami kecederaan lutut dan terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya dua bulan.
Rodgers dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pemain tengah bertahan dari Belanda, Nigel de Jong bagi mengisi kekosongan Lucas.
De Jong, 29, kini beraksi bersama AC Milan, gergasi bola sepak Itali yang sedang bergelut dalam kancah Serie A. - AGENSI
Sumber dari :
ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140123/sl_04/Benteng-Reds-dirundung-masalah#ixzz2rHNPEyqj
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment