Wednesday, 11 January 2017

Sarawak Bersedih, Al Fatihah...

Image may contain: 1 person

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون 


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

- DIA TIADA LAGI -

Tiada lagi dia.
Tiada lagi kelibatnya 
membeli ikan di kpg Buntal
Tiada lagi susuknya
membeli buah di gerai
Tiada lagi wajahnya 
tenang menyuap laksa di cafe marhaen...
Tiada lagi kedengaran garau ketawanya
Mengusik rakyat di majlis majlis...

Kami akan rindukan kalimah guraumu
Yooouu youu...

Kami akan sentiasa rindukan ketegasan mu..

Hak sarawak tetap dibela..

Kami akan rindukan keakraban mu
Saat bertemu rakyat jelata...

- Berehatlah wahai ayahanda kami...
- Berehatlah dari segala rencah dunia..
- Berehatlah dengan tenang di sana...

-Terima kasih atas segala jasa dan bakti
dan bertabahlah buat Puan Sri yang setia disisi.

Bagi rakyat... Tok Nan sentiasa hidup dalam kenangan...

Dari-Nya kita datang dan...
Kepada-Nya lah juga kita akan kembali....


Ihsan dari Nukilan Anak Sarawak



Monday, 9 January 2017

FA CUP Match - Good Luck for Next Match



Menurunkan barisan muda bagi memberi pendedahan tidak salah tetapi perlu berhati-hati dalam segala percaturan. Apa-apa pun Jurgen Klopp mempunyai taktik dan perancangan sendiri bagi team Liverpool. YNWA...

Tuesday, 3 January 2017

Persiapan Dokumen Untuk Menunaikan Ibadah Umrah

Hasil carian imej untuk mekah



Assalamualaikum semua,

Ketika menghadiri kenduri walimatulurus anak saudara saya di Pekan Bangi pada bulan Disember tahun lepas, terdengar saudara mara akan menunaikan ibadah umrah dan ziarah pada penghujung bulan Januari 2017. Terdetik saya dan isteri ingin mengikut rombongan tersebut setelah sekian lama menyimpan impian dan hasrat untuk menziarah tanah suci Mekah dan menziarah Rasulullah SAW yang sentiasa kami rindui.

Apatah lagi nazar saya ketika selepas keputusan SPM 1997 jika lulus berniat nazar untuk menunaikan umrah jika berkemampuan. Maka semakin kuat hati ini untuk terbang ke bumi suci Mekah dan Madinah.

Saya dan isteri bersetuju untuk pergi menunaikan ibadah umrah dan ziarah membawa sekali puteri kami Aufa Shahiera mengikut rombongan keluarga dari Ipoh, Perak. Dalam tempoh 1 minggu uruskan beberapa dokumen untuk permohonan visa seperti berikut:

1. Salinan Sijil Nikah yang disahkan oleh Pendaftar Bahagian Nikah Cerai dan Wisma Putra
2. Sijil Lahir Anak yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dan Wisma Putra
3. Buku Suntikan Immunogenicity of Meningococcal ACW135 Polysaccharide
4. Passport Antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan
5. 4 keping gambar berwarna, berlatar belakangkan warna hitam

Deposit sebanyak RM600.00 untuk 3 orang perlu di bank in kepada pihak Andalusia Travel n Tour sebagai booking tempat.Pembayaran penuh seterus dibuat dalam minggu ini kepada pihak agen.

Alhamdulillah, urusan hampir selesai, doakan agar hajat kami dan panggilan dari Allah SWT akan menjadi kenyataan, amin.

Firman Allah SWT,



وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah.” (QS. Al Baqarah: 196)
Wallahualam...

Bersyukur Dengan Keputusan Ini...YNWA

YNWA...

Image may contain: 2 people, people playing sports

SELAMAT DATANG TAHUN 2017

Assalamualaikum, Selamat Datang Tahun 2017...

2 Tahun saya tidak kemaskini blog ini, Insha Allah untuk tahun 2017 akan aktif kembali. Sepintas lalu untuk aktiviti penting pada Disember 2016 adalah seperti berikut:-

1 hingga 11 Disember 2016 (MAHA 2016)

MAHA 2016 berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor. Saya kongsikan sedikit gambar aktiviti sepanjang MAHA 2016...
























8 Disember 2016 (Hari Lahir puteriku Aufa Shahiera ke 5 Tahun) 

Saya kongis beberapa gambar untuk kenangan sepanjang 2016...















9 Disember 2016 (Hari Lahir adindaku Ahmad Shafri)

24 Disember 2016 (Majlis Merisik Anak Saudara Nurhafizah binti Abul Mutalib)


Saya doakan pada tahun 2017 akan memberikan harapan baru dan berubah kepada yang lebih baik dan mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan sebanyaknya. Semoga Allah memberi kita semua kasih sayang dan rahmatnya untuk meneruskan kehidupan dalam alam yang penuh cabaran ini. 

Firman Allah yang bermaksud:-

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka ” QS 13:11

Wallahualam...


Wednesday, 28 January 2015

SELAMAT DATANG TAHUN 2015, SELAMAT TINGGAL TAHUN 2014

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua,

Pelbagai tragedi berlaku dalam tahun 2014 yang mengundang kesedihan kepada rakyat Malaysia. Tragedi yang melanda Malaysia seakan-akan satu peringatan kepada semua rakyat agar kita bersepadu hati melupakan fahaman politik untuk duduk bersama-sama aman dalam negara bernama Malaysia.

Muhasabah diri kita, pasti banyak kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedari. Apabila kita muhasabah diri, kita akan dapat mengenalpasti kesalahan dan kesilapan kita dan boleh diperbaiki untuk tahun 2015.

Dalam kehidupan kita seharian jangan sentiasa menuding kesalahan kepada orang lain. Belajar untuk meminta maaf dan mengaku kesalahan diri agar kita tahu bahawa kita bukannya insan yang sempurna. Belajar juga untuk memaafkan orang kerana setiap manusia itu melakukan kesilapan dan kesalahan, walaupun terpaksa melupakan prinsip hidup sendiri.

Kita kembali kepada musibah yang melanda negara kita, Allah SWT dalam Al-Quran ada menjelaskan mengenai musibah yang berlaku.

Firman Allah bermaksud;

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..?
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia. Semoga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga. Kerana Dia kasihkan kita, sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang dan menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu ‘menegur’ kita dengan cara tersebut.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.” – [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.
Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.
Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.
Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.

“Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.