Thursday, 25 July 2013

Kisah Hidup Rabiah Al-Adawiyah (Rabiatul Adawiyah)

Kisah ini aku abadikan kepada anak saudaraku Adawiyah yang berada di Ipoh, Perak. Baca dan kenali insan bersama Rabiah Al Adwiyah sebab namamu ada pada insan mulia ini. Jadilah anak yang soleh dan berbakti kepada orang tua.
RABIAH BASRI atau lebih dikenali sebagai Rabiah al-Adwiyah adalah salah seorang wanita yang awal memeluk agama Islam. Dia telah meninggalkan segala-galanya yang bersifat duniawi dan mengabadikan sepenuhnya dirinya kepada ALLAH SWT.
Dia telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Mempunyai empat orang adik beradik. Kelahirannya telah diliputi bermacam-macam cerita yang aneh-aneh. Pada malam dia dilahirkan, di rumahnya tidak mempunyai apa-apa bahkan minyak untuk menyalakan lampu pun tiada. Malahan secebis kain untuk membalut dirinya apabila dilahirkan kelak juga tidak ada. Ibunya meminta ayah Rabiah supaya meminjam pelita minyak daripada jiran mereka. Ini merupakan cubaan bagi si ayah yang malang itu.
Sebelum itu ayahnya telah berjanji kepada ALLAH untuk tidak meminta pertolongan dari sesiapa. Oleh kerana keadaan terdesak maka dia pun pergi juga ke rumah jirannya. Sebaik saja tiba di rumah jirannya, dia terus mengetuk pintu rumah jirannya itu. Malangnya tiada jawapan pun dari dalam rumah itu. Dia berasa lega dan mengucap syukur kepada ALLAH kerana tidak ingkar pada janjinya.
Setelah itu dia pun pulang ke rumahnya dan terus tidur. Pada malam itu dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW. Dalam mimpinya itu Nabi Muhammad SAW telah memberikan tanda kepadanya dengan menyatakan bahawa anaknya yang bakal dilahirkan itu telah ditakdirkan akan menduduki tempat paling tinggi di sisi ALLAH.
Tidak berapa lama setelah Rabiah dilahirkan kedua –dua ibu bapanya telah meninggal dunia, manakala ketiga-tiga orang kakaknya turut meninggal dunia akibat kelaparan yang ketika itu melanda Basra. Rabiatul kemudiannya dipelihara oleh seorang lelaki yang kejam. Dia telah dijual sebagai hamba dengan harga yang rendah. Majikannya juga bengis orangnya.
Dalam usia yang masih muda dia telah menghabiskan waktunya dengan melaksanakan segala perintah tuannya. Manakala sebelah malamnya dia sentiasa berdoa ke hadrat IIiahi.
Pada suatu malam, majikannya telah melihat tanda kebesaran rohani Rabiah iaitu ketika Rabiah berdoa kepada ALLAH katanya: “Ya Rabbi ! Engkau telah menjadikan aku budak belian seorang manusia sehingga aku terpaksa mengabadikan diriku kepadanya. Seandainya aku bebas, pasti aku akan persembahkan seluruh waktu dalam hidupku ini untuk berdoa kepada-Mu”.
Tiba-tiba sebaik saja dia selesai berdoa, ternampak satu cahaya mendekati kepalanya. Melihat kejadian itu majikannya menjadi terlalu takut. Keesokan harinya Rabiah telah dimerdekakan.
Memperhambakan Diri
Setelah dibebaskan, Rabiah pergi ke tempat-tempat sunyi untuk menjalani hidup dengan bertawaduk kepada Tuhan. Akhirnya dia sampai ke sebuah pondok dekat dengan Basra. Di situ dia hidup seperti bertapa. Segulung tikar, sebuah kendi diperbuat daripada tanah, seketul batu bata. Semuanya itu merupakan harta yang dimilikinya.

Di pondok itu keseluruhan waktunya digunakan untuk mengabdikan diri berdoa. Pada suatu hari dia telah didatangi oleh sekumpulan orang bertujuan untuk meminangnya. Orang ramai itu adalah wakil kepada Gabenor Basra. Oleh kerana dia terlalu sibuk mengabadikan dirinya kepada ALLAH maka diapun menolak pinangan itu.
Pada ketika yang lain Sufian Suri seorang soleh dan dihormati datang menemui Rabiah. Sebaik saja dia sampai dia terus berdoa: “Ya ALLAH Tuhan Yang Maha Kuasa, aku mohon harta duniawi dariMu”. Mendengar isi doa itu, Rabiah pun menangis. Lantas Sufian Suri pun bertanya kenapa dia menangis, maka Rabiah pun berkata : “ Harta itu sesungguhnya didapati setelah meninggalkan segala yang bersifat duniawi ini, dan aku melihat anda hanya mencarinya di dunia ini saja”.
Menurut satu riwayat, ada seorang insan telah mengirim wang sebanyak empat puluh dinar kepada Rabiah, lantas dia pun menangis seraya mengangkat tangannya : “Engkau tahu Ya ALLAH ! Aku tidak pernah meminta harta dunia dari Mu, meskipun Engkau pencipta dunia ini. Lantas bagaimana aku dapat menerima wang dari seseorang, sedangkan wang itu sesungguhnya bukan kepunyaannya”.
Setiap kali dia mengajar muridnya dia sentiasa menasihati mereka agar jangan menunjukkan perbuatan baik itu kepada sesiapa pun, malahan mereka diharuskan menutupi perbuatan baik itu sebagaimana mereka menutupi perbuatan jahat mereka.
Segala penyakit datangnya adalah atas kehendak ALLAH kerana itu Rabiah selalu menghadapinya dengan hati yang tabah dan berani. Rasa sakit yang bagaimana pun tidak pernah mengganggunya. Dia seringkali tidak menyedari ada bahagian tubuhnya yang terluka sampai dia diberitahu oleh orang lain.
Suatu hari dia telah terlanggar pokok yang menyebabkan kepalanya berdarah, kemudian seseorang telah bertanya : “Apakah anda tidak berasa sakit?”. Jawab Rabiah “Aku dengan seluruh jiwa ragaku mengabdikan diri kepada ALLAH SWT. Aku berhubung erat dengan-Nya, aku disibukkan-Nya dengan hal-hal lain daripada apa yang kamu rasakan”, jawabnya lembut.
Semasa hayatnya, banyak keajaiban telah dikaitkan dengan Rabiah. Antaranya, Rabiah mendapat makanan daripada tetamunya melalui jalan yang aneh-aneh. Diriwayatkan bahawa, ketika Rabiah sedang menghadapi sakaratul maut, dia meminta teman-temannya meninggalkan dia seorang diri. Kemudian dia mempersilakan para utusan ALLAH datang kepadanya.
Sewaktu teman-temannya berjalan keluar mereka terdengar Rabiah mengucapkan syahadah, dan ada pula suara yang menjawab: “Jiwa, tenanglah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah hatimu pada-Nya, ini akan memberikan kepuasan kepadanya”.
Di antara doa-doa yang tercatat berasal dari Rabiah ialah doa yang dipanjatkannya pada waktu malam di atas atap rumahnya, katanya: “ Oh…Tuhanku, bintang-bintang bersinar bergemerlapan, manusia sudah tidur nyenyak dan raja-raja telah menutup pintunya, tiap orang bercinta sedang asyik dengan kesayangannya dan di sinilah aku bersendirian bersamaMu”.
Manakala doa lainnya :”Ya Rabbi, bila aku menyembahMu kerana takutkan neraka, bakarlah diriku di dalamnya. Bila aku menyembah Mu,kerana mengharapkan syurga jauhkan aku dari sana. Namun jika aku menyembah Mu hanya kerana Engkau, maka janganlah Engkau tutup keindahan abadiMu”.
Rabiah telah meninggal dunia di Basra pada tahun 801 Masihi. Dia telah dimakamkan di rumah tempat dia tinggal. Ketika jenazahnya diusung ke perkuburan, orang-orang soleh, para sufi dan orang-orang Islam turut mengiringinya dalam jumlah yang luar biasa ramainya.
Cintailah ALLAH kerana Dia mencintai kita, tunaikanlah perintah ALLAH kerana Dia akan mengadili kita, buatlah sesuatu yang dituntut semata-mata kerana ALLAH sebab yang akan menilai setiap amal adalah ALLAH.
Apabila kita rapat dengan ALLAH maka sudah semestinya kita akan menjadi orang kesayangan ALLAH dan semua makhluknya, dan pada hari pengadilan nanti sudah tentu ALLAH tidak akan memberatkan pertanyaan ke atas hamba-Nya yang sangat takut kepada-Nya.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada fahaman-fahaman Yahudi, Nasrani dan fahaman-fahaman karut yang dapat menyesatkan kami, dan selamatkanlah kamu semua di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya akhirat itulaah tempat kami dann tujuan hidup kami”. Amin

Sumber: Kisah-Kisah Benar 7. NurulHas

Wednesday, 24 July 2013

Imam Al-Ghazali – 10 Punca Sikap Marah


Sifat marah mampu dihalang melalui sikap bersabar. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan. Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah سبحانه وتعالى yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.
Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah. Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Rasulullah ﷺ.
Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah, ada rumah tangga yang porak-peranda dan runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.
10 Punca Sikap Marah
.
Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sikap marah adalah:

1. Rasa bangga diri (sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
4 Suka bercakap perkara sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Berlaku khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati.
Kesan Marah
Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.
Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.
Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, ulama, marah dan melenting. Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup dan malu melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya.
Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, melawan dalam senyap dan kadang kala dengan kata-kata atau kekuatan.
Marah Terpuji
Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat.
Rasulullah ﷺ mengajar dalam sabdanya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.”

Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah. Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya.
Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com/

Tuesday, 23 July 2013

Rodgers yakin Suarez kekal

Sekumpulan peminat cuba mendapatkan autograf Luis Suarez ketika pemain Liverpool itu meninggalkan hotel untuk menjalani latihan di Melbourne, semalam. - AFP

MELBOURNE - Brendan Rodgers menjangkakan Luis Suarez akan kekal di kelab itu selepas penyerang Uruguay itu menyertai rakan sepasukannya di sini dengan semangat yang hebat.
Suarez, 26, yang tidak beraksi dalam perlawanan pertama siri jelajah Asia di Jakarta Sabtu lalu, diberikan rehat setelah dia terlibat dalam Piala Konfederasi namun dia menaiki penerbangan ke Melbourne dari Montevideo, kelmarin.
Ketika didesak sama ada Rodgers menjangkakan Suarez akan kekal di Liverpool, bos Reds itu berkata, dia yakin Suarez akan kekal bersama Liverpool.
"Memang banyak spekulasi ketika penghujung musim namun realitinya Suarez pemain yang sangat bernilai di Liverpool, kecualilah ada tawaran yang menghampiri nilainya, selain daripada itu tiada apa yang akan dipertimbangkan," kata Rodgers.
Rodgers juga akan memanfaatkan tempoh 48 jam untuk cuba menyakinkan Suarez bahawa masa depan karier bola sepaknya adalah bersama kelab Merseyside itu.
Suarez enggan menjawab soalan tentang masa depannya ketika tiba di lapangan terbang Melbourne semalam, sebaliknya akan menunggu sehingga dia bersemuka dengan Rodgers dan Pengarah Urusan Kop, Ian Ayre.
Arsenal yakin mereka mampu memikat Suarez ke Emirates dengan tawaran beraksi dalam Liga Juara-Juara ketika Real Madrid juga bersedia untuk menyambar penyerang itu.
Bagaimanapun, Rodgers yakin sebaik sahaja dia berbincang dengan Suarez buat kali pertama sejak pemain itu mendedahkan tentang hasratnya untuk meninggalkan kelab, dia memiliki kuasa memujuk bintang penyerang tersebut supaya mengubah keputusannya.
Dengan Arsenal yang hampir pasti untuk mengemukakan bidaan terhadap pemain itu menerusi harga 40 juta pound (RM194 juta), tugas Liverpool pula memaklumkan kepada Suarez bahawa dia masih memiliki kontrak selama tiga tahun.
Malah, Rodgers menerima sokongan penuh daripada skuad utamanya, dengan pemain Brazil, Lucas Leiva yang merupakan salah seorang pemain yang rapat dengan Suarez di bilik persalinan, yakin temannya itu akan kekal bersama kelab.- Agensi


Sumber dari www.utusan.com.my

Monday, 22 July 2013

Fadhilat Membaca Al-Quran Walaupun Tidak Memahami Maksudnya

sobia2

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Banyak fadhilat jika antum dapat mengamalkan dan mengekalkan untuk selalu membaca Al-Quran walaupun tidak memahami maksudnya.

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ

اقْرَ‌أْ بِاسْمِ رَ‌بِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ اقْرَ‌أْ وَرَ‌بُّكَ الْأَكْرَ‌مُ ﴿٣﴾ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah Al-Alaq, Ayat 1-5)
Berikut adalah kisah yang sungguh menarik yang banyak mengandungi pengajaran, hikmah dan manfaat jika antum menelaahnya dengan lebih mendalam.

Suatu ketika dahulu tinggal seorang muslim tua Amerika di sebuah ladang di sebelah timur Pegunungan Kentucky bersama cucu lelakinya yang masih muda. Setiap pagi orang tua itu bangun pagi dan duduk berhampiran pendiangan sambil membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti datuknya dan cuba menirunya sebagaimana yang dilihatnya setiap hari.

Suatu hari dia bertanya pada datuknya: “Datuk, saya cuba membaca Al-Quran sepertimana atuk tapi saya tidak dapat memahaminya, walaupun ada sedikit yang saya fahami tapi cepat pula terlupa sebaik saya selesai membaca dan menutupnya. Jadi apa baiknya membaca Al-Quran jika tak memahami maksudnya?”

Orang tua itu dengan tenang sambil meletakkan arang batu di tempat pendiangan, menjawab pertanyaan cucunya: “Cubalah ambil sebuah raga arang batu ini dan bawa ke sungai dan bawakan datuk dengan seraga air.”

Cucunya itu melakukan seperti yang diperintahkan datuknya, tetapi semua air yang dibawa habis sebelum dia sampai di rumah. Datuknya tertawa dan berkata, “Kamu harus berusaha lebih cepat lagi.”
Orang tua itu meminta cucunya untuk kembali semula ke sungai bersama raganya untuk mencuba lagi. Kali ini anak kecil itu berlari lebih cepat, tapi sekali lagi raganya kosong sebelum sampai ke rumah.

Dalam kepenatan dan termengah-mengah, dia memberitahu datuknya bahawa mustahil untuk membawa seraga air menggunakan raga arang batu itu, lalu dia pun pergi mencari sebuah baldi sebagai ganti raganya.

Orang tua itu berkata: “Atok tidak mahu sebaldi air, atok ingin seraga air. Kamu harus cuba dengan lebih kuat lagi.” Dan dia turut pergi ke luar untuk menyaksikan cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itulah, anak kecil tersebut menyedari bahawa perkara ini tidak mungkin berjaya, tapi dia ingin menunjukkan kepada datuknya bahawa meskipun dia berlari secepat mungkin, air tetap akan habis keluar sebelum sampai di rumah.

Anak kecil tersebut kembali semula mengambil dan mencelupkan raganya ke dalam sungai dan kemudian berusaha berlari sekuat hati, tetapi apabila dia sampai di depan datuknya, raga itu tetap kosong. Dengan termengah-mengah, dia berkata: “Datuk, perlakuan ini tidak ada gunanya, mustahil dilaksanakan. Sia-sia saja!”

Datuknya menjawab: “Cu, mengapa kamu berfikiran perkara ini tak ada gunanya? Cuba lihat dan perhatikan baik-baik raga itu.”

Cucunya memperhatikan raganya dan baru dia menyedari bahawa raganya nampak sangat berbeza. Raga itu telah berubah dari sebuah raga batu yang kotor, dan sekarang telah menjadi sebuah raga yang bersih, luar dan dalam.

“Cucuku, inilah yang berlaku bila kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak mengerti dan tak memahami atau ingat segalanya tetapi apabila kamu membacanya, tanpa kamu sedar kamu akan berubah, luar dan dalam. Itu adalah kerja Allah dalam kehidupan kita.”

Subhanallah Allah Akbar. Lahauwla wala kuwwata Illah Billahil ‘Aliyul adzim. Berpegang teguhlah dengan kitab-Nya. Percayalah pada mukjizat dari Maha Esa. Semoga Allah SWT merahmati dan melapangkan antum agar sentiasa dapat membaca Al-Quran.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌۭ وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًۭا

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”
(Surah Al-Isra’ 17: Ayat 82)
Dari Ibnu Mas’ud r.a. berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

عَن ابنِ مَسعُودٍ رَضيَ اللٌهُ عَنهُ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللٌهِ صَلَى اللٌهُ عَلَي وَسَلَمَ مَن قَرَأ حَرفًا مٍن كَتَابِ اللٌه فَلَه بِه حَسَنَةُ وَالحَسَنَةُ عَشُرُ اَمُثَالِهَا لآ اَقُولُ الم حَرفُ وَلكِنُ اَلِفُ وَلآمُ حَرفُ وَميمُ حــَرُفُ. (رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح غريب اسنادا والدارمى

“Sesiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu hasanah (kebaikan) dan satu hasanah itu sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com/

Saturday, 20 July 2013

Amalan Mulia di Bulan Ramadhan

Dalam sebuah riwayat, Allah Ta’ala menciptakan waktu-waktu istimewa dalam skala waktu yang tertentu. Dalam satu hari, ada waktu yang diistimewakan oleh Allah iaitu sepertiga malam yang terakhir.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:-
“Rabb kita tabaroka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: ‘Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Ku ampuni’.” 
(Riwayat Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758)
Dalam satu minggu ada waktu yang diistimewakan Allah Ta’ala, iaitu hari Jumaat. Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabada:-
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” 
(Riwayat Muslim, no. 854)
Dalam satu bulan pun ada beberapa hari yang diistimewakan Allah Ta’ala, iaitu tiga hari (15, 16, 17) setiap bulannya. Didalamnya kita disunnahkan untuk berpuasa. Dari Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya sepuluh kali lipat, seolah ia seperti berpuasa sepanjang masa.” 
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan an Nasai)
Terakhir adalah kelipatan setiap tahun. Dalam satu tahun ada satu bulan yang dimuliakan Allah Ta’ala. Didalamnya diturunkan Al-Quran untuk pertama kalinya. Di dalamnya pintu Syurga dibuka dan pintu Neraka ditutup. Didalamnya segala amal ibadah akan dilipatgandakan. Di dalamya jika kita panjatkan, maka akan diijabah. Tiada lain bulan tersebut adalah bulan Ramadan. Ya bulan yang kini kita sedang rasakan.
Sungguh beruntung bagi kita yang diberikan kesempatan untuk beribadah di dalam bulan Ramadan. Dalam sebuah riwayat, bahwa salah satu pintu surga ada yang bernama Ar-Rayan. Dalam hadist lain Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala Allah maka diampuni dosanya yang terdahulu.”
(Riwayat Bukhari)
Dan pintu tersebut dikhususkan untuk orang- orang yang berpuasa. Selain itu, sesuai dengan akhir firman Allahla’allakum tattaquun. Sehingga hasil akhir dari puasa adalah meraih gelar taqwa. Semoga.
Ramadan seakan menjadi sarana yang paling isitmewa untuk menjadikan diri kita termasuk dari orang-orang yang bertaqwa. Bagaimana tidak? Hari demi harinya, jam demi jamnya, minit demi minitnya, detik demi detiknya menjadi waktu yang sangat istimewa dan sangat merugi kija kita lewatkan. Begitupun dengan Nabi dan para sahabatnya. Mereka tidak pernah melakukan di bulan Ramadan, kecuali amalan ibadah kepada Allah Ta’ala.
Kecintaan mereka terbukti dari kesedihan mereka ketika akan berpisah dengan bulan Ramadan. Seakan mereka ingin setiap bulan itu adalah bulan Ramadan. Selain itu terbukti dari do’a yang mereka amalkan ‘Allahumma baarik lanaa Rajaaba wa Sya’baana wa ballighnaa Ramadhan.’ Makna dari doa tersebut tiada lain adalah rasa harap akan jumpa dengan bulan Ramadan.
Di antara amalan Rasulullah pada bulan Ramadan sebagai berikut:-

1. Solat Tarawih

Tidak jauh berbeda dengan solat malam yang kita laksanakan di luar bulan Ramadhan. Perbezaannya mungkin hanya dalam pengamalannya, iaitu berjama’ah. Rasulullah SAW bersabda:-
“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan (shalat tarawih) atas dasar iman dan kesucian, diampuni segala dosanya yang terdahulu” 
(Riwayat Bukhari)
Selain solat sunat tarawih berjama’ah, juga biasanya dilasanakan setelah shalat Isya berjama’ah.
iluvislam, tarawih

2. Membaca Al-Quran dan terjemahannya

Allah berfirman yang bermaksud:-
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).” 
(Surah Al-Baqarah ayat 185)
Maka sayugianya kita memanfaatkan waktu kita di bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadist bahawa pahala setiap huruf Al-Quran yang kita baca adalah sepuluh.
Apalagi di bulan Ramadan yang penuh berkah, tentunya akan dilipat gandakan beberapa lipat. Selain itu jiwa dan hati mereka yang mengamalkan akan selalu dalam keadaan tenang. Rasulullah SAW bersabda:-
“Orang-orang yang berkumpul dalam masjid dan mereka membaca Al-Quran dan mempelajarinya bersama-sama, maka kepada mereka aan diturukan ketenengan jiwa, dilimpahkan rahmat, dikelilingi malaikat dab nereja disebut-sebut Allah di antara orang sekitarnya..” 
(Riwayat Bukhari)

3. I’tikaf di Masjid

Sebuah kegiatan yang dilaksanakan di dalam masjid. Kegiatan ini diisi dengan beberapa amalan ibadah lainnya, seperti tilawah Al-Quran, dzikir, mendirikan shalat sunnah dan lain sebagainya. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW selalu melaksanakan I’tikaf. Apalagi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.
Hal tersebut terlihat dari sebuah hadist yang diriwayatkan dari ‘Aisyah ra. bahwa Rasulullah SAW ketika menyisir, beliau hanya mengeluarkan kepalanya saja agar bisa disisirkan oleh isterinya. Sedangkan badannya masih ada di dalam masjid agar tetap dalam keadaan I’tikaf.

4. Shadaqah

Shadaqah juga merupakan salah satu amalan mulia yang sangat-sangat digalakkan oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Shadaqah yang paling utama (afdhal)adalah shadaqah di bulan Ramadan.” 
(HR Tirmizi)
Dalam hadist tersebut sudah jelas makna dan apa yang harus kita lakukan. Jika seperti itu, pasti di balik amalan ibadah tersebut ada pahala yang berlipat-lipat. Jadi tidak aneh lagi jika di bulan Ramadan ini, dengan mudah kita dapati orang-orang baik yang mengeluarkan hartanya untuk sedekah.
sadakah, iluvislam, sedekah, infaq
Mungkin tak usah jauh kita ke Indonesia. Di sekitar kita, khususnya di masjid-masjid, baik besar atau pun kecil akan menyediakan ma’idatu Rohman (Hidangan kasih sayang). Di jalan-jalan pun demikian. Tidak sedikit orang-orang Mesir, ketika mendekati waktu maghrib mereka bersiap di sisi jalan untuk memberikan makanan atau minuman kepada mereka yang berada dalam perjalanan (kenderaan). Serta tidak jarang, di antara kita (masisir) ada yang mendapatkan daging firah setiap hari untuk buka puasa.
Hal tersebut tiada lain, sebuah rasa sadar terhadap keberkahan Ramadan. Mereka benar-benar tak ingin tertinggalkan keberkahan bulan tersebut. Kerana mereka tahu, tidak ada jaminan untuk tahun depan kembali lagi bertemu dengan bulan suci Ramadan.
Semoga dengan mengamalkan amalan-amalan ibadah di atas dan amalan yang lainnya, kita termasuk orang-orang yang mendapatkan tujuan puasa tersebut. La’allakum tattaquun, iaitu predikat bertaqwa. Allah berfirman yang maksudnya:
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu” 
(Surah Al-Hujurat ayat 13)
Ketika kita bertaqwa, kita pun akan menjadi orang yang paling mulia di hadapan Allah Ta’ala. Kita lihat seseorang yang dimuliakan oleh orang tuanya. Mereka diberi sebelum meminta, kebutuhannya selalu terpenuhi, hari-harinya tak lepas dari kasih sayang, selalu dilindungi. Itu mulia di hadapan manusia, apalagi di hadapan Allah Ta’ala?

Friday, 19 July 2013

10 Malam Pertama Ramadhan telah berlalu

10 Malam Pertama Ramadhan Telah Berlalu
Rasulullah SAW ada menjelaskan bahawa Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhirnya adalah pelepasan dari seksa neraka. Betapa besar rahmat Allah SWT diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Meskipun umat Rasulullah SAW berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Alhamdulillah 10 malam pertama Ramadhan telah berlalu dengan pantas yang digelar sebagai malam rahmat. Kita memasuki fasa pertengahan Ramadhan dimana malam pengampunan, peluang masih ada kepada kita yang terlepas 10 malam pertama ramadhan. Sama-sama kita gunakan kesempatan ini untuk mempertingkatkan amalan kita agar mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT dan berikan keampunan oleh Allah SWT.

Kita tidak mengetahui samada kita akan berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang, mungkin inilah Ramadhan terakhir bagi kita. Kita tidak boleh menjamin bahawa kita akan hidup untuk hari esok, lusa atau seterusnya. Bukan mudah untuk berubah menjadi Muslim Sejati, bila kita berubah menjadi lebih baik maka makin banyak dugaan dan cabaran yang kita akan lalui. Kekadangkala, rakan-rakan sepejabat juga tidak boleh menerima perubahan  kita kearah kebaikan kerana kelakuan dan perangai kita sebelum itu sudah sebati dengan suasana dan rutin kita seharian.

Adakah ini kekangan dalam merubah diri kita? Sebenarnya itulah cabaran dan dugaan yang perlu dilalui sebagai seorang hamba Allah SWT yang inginkan perubahan perlu melalui fasa-fasa ini.Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, sama-sama kita muhasabah diri kita agar boleh membuat perubahan pada diri kita, solat kita, amalan kita dan ibadah kita. Semoga amalan yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak  akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT,amin.



Sekadar Renungan Bersama


Bermaaf-maafaan Amalan Mulia dalam bulan Ramadhan

Thursday, 18 July 2013

Jadilah Insan Pemaaf

SATU hari raut wajah Rasulullah s.a.w tampak berseri-seri dengan menampakkan senyumannya sehingga kelihatan kilauan gigi putihnya. Maka Umar bertanya ada apa gerangan. Sabda Rasulullah s.a.w: “Aku lihat ada dua orang daripada umatku yang mendatangi Allah. Yang satu berkata,
‘Ya Rabbi, hukumlah orang ini yang mengambil hak dan menganiayaku di dunia.” Lalu Allah memerintahkan kepada si zalim itu supaya mengembalikan haknya.‘Ya Rabbi’, kata si zalim, “Aku tidak lagi memiliki simpanan perbuatan baik yang bisa menggantikan haknya.” Dia sudah tidak memiliki sisa-sisa perbuatan baik untuk menggantimu, lalu apa yang kau harapkan darinya?” kata Allah kepada satunya.
‘Ya Rabbi’, pindahkan kepadanya dosa-dosaku. Biar dia yang memikulnya,” katanya. “Tiba-tiba air mata Rasulullah mengalir membasahi pipinya kerana mengenang hari-hari yang maha dahsyat itu.
Baginda berkata, “Hari itu adalah hari-hari yang maha dahsyat, hari di mana setiap orang berusaha untuk melepaskan setiap beban dosa yang dipikulnya.”
Kemudian, Allah berkata kepada si teraniaya, “Wahai Fulan, angkat pandanganmu dan lihatlah syurga-syurga yang tersedia.’ ‘Ya Rabbi, saya lihat negeri yang terbuat dari perak dan istana dari emas yang terhias indah dengan mutiara yang berkilauan.
Apakah semua itu Engkau persiapkan untuk Nabi dan Rasul-Mu, para siddiqin dan orang-orang yang syahid? Tidak, kata Allah. Semua itu Aku siapkan bagi siapa saja yang sanggup membelinya.
Siapakah mereka Ya Rabbi? ‘Engkau juga mampu memilikinya.’ Bagaimana caranya? “Dengan memaafkan saudaramu itu.” Kalau begitu, aku maafkan dia ya Rabbi.’’ Ambillah tangan saudaramu itu dan masuklah kalian ke dalam syurga yang Aku janjikan.’”
Kemudian Nabi mengakhiri kisah itu dengan sabdanya, “Bertakwalah kamu kepada Allah dan berbuat baiklah dalam hubungan antara sesama. Sungguh Allah akan mendamaikan antara orang-orang yang beriman kelak pada hari kiamat.”
Apa yang kita fikirkan selepas membaca kisah yang dibawakan Rasulullah di atas? Adakah kita langsung teringat kepada orang-orang yang pernah berbuat salah kepada kita?
Adakah keinginan kita untuk segera memaafkannya? Jika begitu, berbahagialah, kerana sesungguhnya tulisan ini dimaksudkan supaya kita menjadi orang yang sentiasa berlapang dada, mudah meminta maaf dan memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.
Jangan anggap meminta maaf itu perkara yang mudah dilakukan. Beratnya meminta maaf itu sama dengan susahnya memberi maaf. Seseorang yang diliputi perasaan sombong, baik kerana pangkat dan kekuasaannya, atau kerana status sosialnya, tidak mudah meminta maaf jika melakukan kesalahan.
Pemimpin yang nyata melakukan kesalahan kepada rakyatnya tidak serta-merta meminta maaf. Mereka meminta maaf selepas mendapat protes keras termasuk tekanan daripada golongan atasannya.
Sesungguhnya meminta maaf itu bukan pekerjaan ringan. Orang-orang yang hatinya masih diliputi perasaan-perasaan sombong, merasa lebih baik, kadang-kadang akan berasa bersalah jika meminta maaf.
Apalagi meminta maaf kepada orang yang selama ini dianggap lebih rendah darinya. Jika meminta maaf, terutama kepada orang yang lebih rendah darjat sosialnya itu bukan perbuatan mudah, apalagi memberi maaf kepada orang yang melukai hatinya.
Pekerjaan itu jauh lebih berat lagi, apalagi untuk sebuah kesalahan yang menggores hati. Kadang-kadang dendam itu dibawa hingga ke mati. Hanya orang-orang tertentu saja yang sanggup melakukannya.
Rasulullah adalah orang yang paling lapang dadanya. Baginda memaafkan tidak saja orang yang pernah melukai hatinya tetapi juga orang yang hampir-hampir menghilangkan nyawanya.
Jabir ra berkata, “Kami bersama Rasulullah dalam perang Ghazwadz-Dzatirriqaa’ dan ketika istirahat kami masing-masing mencari tempat perlindungan.
Jika ada pohon yang besar maka kami berikan kepada Nabi untuk berteduh di bawahnya. Ketika Rasulullah sedang terlelap tidur, datanglah seorang musyrik mengambil pedang Rasulullah yang tergantung di pohon.
Lalu dihunusnya dan dia bertanya kepada Nabi, “Apakah anda takut kepadaku? Jawab Nabi, “Tidak.” Lalu dia bertanya, “Siapakah yang dapat mempertahankan engkau dari seranganku? jawab nabi, “Allah.’”
Dalam riwayat Abu Bakar al-Isma’ily, ketika jatuhlah pedang itu, dan Nabi bertanya, “Siapakah yang dapat mempertahankanmu dari padaku?” Jawab orang musyrik itu, “Jadilah yang sebaik-baik menuntut balas.”
Maka, Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya, “Mahukah engkau mengucap syahadah?” jawab orang itu, “Tidak, tetapi saya berjanji kepadamu tidak akan memerangi engkau, dan tidak akan membantu orang yang memerangi kamu.”
Maka, dilepaskan si musyrik itu dan sekembalinya kepada kaumnya dia berkata, “Aku datang daripada orang yang sebaik-baik manusia.” Dalam Islam, ketika seseorang dizalimi, ada dua hak baginya.
Pertama, membalas dengan setimpal perbuatannya. Manakala yang kedua memaafkannya. Jika dipilih alternatif pertama, maka balasan itu tidak boleh lebih berat, walaupun kepada musuh Islam.
Umat Islam dilarang membalas secara melampaui batas. Jika pilihan kedua dipilih, maka orang itu sudah membeli syurga. Harga maaf itu mahal, setimpal dengan harga syurga.
Manusia tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa. Orang baik menurut ajaran Islam bukanlah mereka yang tidak pernah bersalah, melainkan orang yang apabila berbuat kesalahan dia segera menyedari kesalahannya itu kemudian meminta ampun kepada Allah.
Allah Yang Maha Bijaksana membuka pintu maaf selebar-lebarnya. Kesalahan, tidak saja dilakukan kepada Allah tetapi lebih banyak lagi kepada sesama manusia.
Pergaulan dalam masyarakat perlu berjalan secara sihat, harmonis dan penuh kasih sayang. Jadilah orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain.

Sumber dari famili.unic