Ketika perjalanan balik dari Tangkuban Parahu kami dibawa singgah ke Floating Market Lembang. Konsepnya peniaga makanan memasak didalam perahu dan pelanggan beratur ditebing tasik buatan. Unik jugak konsep nie yang sebenarnya terkenal di Thailand tetapi berjaya dijadikan produk pelancong di Indonesia.
Makanan yang dimasak juga amat sedap dan kena dengan selera kami. Penggunaan token syiling menggantikan duit juga amat sesuai kerana memudahkan urusan pembelian makanan dan minuman. Selain floating market ini ada jugak disediakan aktiviti rekreasi seperti kayak dan kayuhan bot.
Bayaran masuk ke Floating Market Lembang IDR55,000 (RM18.00) untuk 5 orang.
Masak dalam perahu
Konsep yang unik sebagai tarikan pelancong
Kenangan di Floating Market Lembang
Aufa sentiasa makan
Token untuk membeli makanan dan minuman
Sopan sungguh Aufa bersama Abang Yang Emi
Menunggu jagung bakar yang belum siap
Suasana di Floating Market Lembang
Sate Sapi memang enak
Tempat menjamu seleranya pun unik dan santai
Tempat basuh tangan dari buluh
Kemudahan rekreasi juga disediakan
No comments:
Post a Comment