Monday, 1 April 2013

Lawatan ke Taman Wasita Alam Kawah Gunung Tangkuban Perahu

31 Mac 2013 (Ahad) - Hari Kedua

Kesempatan melawat ke Taman Wasita Alam Kawah Gunung Tangkuban Parahu memberi pengalaman yang amat bermakna. Terletak di kedudukan Jawa Barat iaitu sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung. Gunung ini berketinggian 2,083 meter dan jenis gunung ini adalah Stratovulcano dengan jenis batuan yang keluar dari letusan kebanyakannya adalah lava dan sulfur. Suhu di kawasan Tangkuban Parahu adalah 17C  pada waktu siang dan 2C pada waktu malam. Kali terakhir gunung ini meletus adalah pada tahun 1983.

Terdapat empat kawah disini iaitu Kawah Ratu, Kawah Upas, Kawah Baru dan Kawah Domas. Kawah Ratu baru-baru ini yang mengalami gegaran dan Tangkuban Parahu ditutup selama sebulan pada bulan lepas. Kawah Domas pula adalah kawah yang popular dengan air panas dimana kita boleh merendam kaki menikmati kehangatan air kapur yang dipercayai boleh mengubat penyakit.

Perjalanan ke dari Bandung ke Tangkuban Parahu jika tidak sesak adalah 1 jam 15 minit tetapi jika terkena kesesakan jalan boleh sampai dalam 2 jam. Kami bergerak jam 9.00 pagi dan sampai dalam jam 10.15 pagi, perjalanan yang amat menarik menyusuri perkampungan, kawasan pertanian, dan tempat pelancongan. Ketenangan dan kedamaian dapat dirasai bila kita ke luar kota dengan udara yang sejuk dan nyaman. Sebelum terlupa, bayaran masuk ke Tangkuban Parahu adalah IDR50,000 seorang (RM17.00), murah dan amat berpatutan,kan. Jika pergi ke Bandung jadikan lawatan ke Tangkuban Parahu sebagai kemestian.

 Pintu masuk ke Taman Wasita Alam Kawah Gunung Tangkuban Parahu

Dibelakangnya kawah ratu, masih aktif lagi

Aufa siap dengan cermin matanya, handsome pulak mamat geng Roy (Gila-Gila Remaja) nie

 Papan tanda Tangkuban Parahu

 Tenang tapi aktif

 Bersama keluarga

 Bersama isteri tersayang

 Aufa didukung oleh Pak Sholeh, pemandu pelancong kami

Cuba teka siapa abang dan siapa adik

Boleh jadi model Tangkuban Parahu nih...

 Pak Usa menerangkan mengenai Gunung Kawah di Tangkuban Parahu

Apa pulak kes nie!!!

Papan tanda ada dimana-mana, pasti tidak sesat yea...


No comments:

Post a Comment