Saturday, 13 April 2013

PRU 13 : Harapan dan Impian

Kenyataan Khas Sempena PRU13

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan rakan taulan semua, kita sudah memasuki fasa PRU13 dimana semua parti-parti yang bertanding telah bersiap sedia untuk menempuhi tempoh berkempen yang mencabar. Semua mengaku yang mereka boleh memenangi PRU13 dengan manifesto dan janji-janji yang mantap dan menyakinkan. Sebagai rakyat sudah seharusnya manifesto dan janji-janji tersebut menjadi harapan dan tagihan selepas PRU13 nanti jika mana-mana parti politik memenangi pilihanraya.

JANJI??? Memang perkataan yang mudah untuk dilafazkan tetapi untuk menunaikan janji amat berat sekali. YB-YB dari mana-mana parti ketika inilah baru nampak batang hidung di kawasan jika sebelum ini hanya menghantar wakil-wakil sahaja untuk berjumpa rakyat (tidak semua YB). Adakah calon YB seperti ini yang kita nak bagi undi? Sudah banyak pengajaran yang kita lihat kesan daripada sikap sambil lewa YB-YB sebelum ini. Jadi pada PRU13 ini bijaklah dalam memilih YB agar pembangunan dan kebajikan rakyat akan dibela dengan sebaik mungkin.


Saya memilih keamanan dan kestabilan tidak kira mana-mana parti yang menang tapi perlu memelihara kedua-dua perkara ini. Jangan lepas menang berlaku pergolakan dan kekecohan seperti di negara-negara lain kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya. Contoh dah banyak di luar sana, jangan kita pulak mengikut rentak orang di luar sana. 


Kepada sahabat-sahabat semua, pilihlah yang terbaik untuk diri dan masa depan keluarga serta negara. Jangan sia-siakan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini yang mempertahankan tanahair yang tercinta bernama MALAYSIA, ayuh bangkit dan buktikan kesetiaan dengan memilih parti yang terbaik demi masa depan MALAYSIA.









No comments:

Post a Comment