Anak-anak dan televisyen memang sukar dipisahkan. Tetapi jangan sampai mereka menjadikan televisyen sebagai tempat bergantung sehingga semua perilaku dipengaruhi oleh televisyen.
Penting bagi ibu bapa untuk mendidik anak agar tidak meniru perilaku dalam rancangan televisyen yang ditonton.
Kebanyakan rancangan yang tersiar dalam televisyen mengandungi banyak keganasan yang langsung tidak sesuai untuk peringkat usia kanak-kanak. American Academy of Pediatrics menyarankan ibu bapa menyediakan jadual atau menapis terlebih dahulu rancangan mana yang sesuai ditonton oleh anak-anak.
Apa Ditonton Anak!
- Buat jadual menonton televisyen yang dipersetujui bersama. Misalnya dilarang membuka televisyen semasa waktu makan malam keluarga.
- Hadkan waktu menonton televisyen, iaitu satu jam pada hari biasa dan dua hingga tiga jam di hujung minggu.
- Jangan gunakan menonton televisyen sebagai ganjaran atau hukuman kerana ia dapat membuatkan televisyen semakin tinggi nilainya di mata anak.
- Seboleh mungkin temankan anak ketika mereka menonton kerana anda dapat menerangkan kekeliruan yang dilihat daripada rancangan televisyen.
Rancangan Yang Sesuai Dipilih
- Mengandung nilai-nilai positif, misalnya berkongsi, rajin, berakhlak dan kasih sayang dalam keluarga dan kawan-kawan.
- Sesuai dengan minat anak.
- Merangsang rasa ingin tahu anak.
- Membantu anak belajar bahasa dan tatabahasa baru.
- Membuatkan anak gembira.
- Mengembangkan minat anak pada aktiviti lain seperti membaca, dan melakukan kegiatan luar rumah.
Bagaimana Jika Si Kecil “TV Mania”
- Alihkan perhatian dengan memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan interaksi antara anda dan anak seperti membacakan buku cerita. Apabila kanak-kanak terlalu kerap menonton televisyen, mereka kurang tertarik pada buku.
- Mengurangkan masa menonton secara perlahan namun konsisten.
- Galak anak melakukan aktiviti yang aktif seperti menunggang basikal, bermain bola yang banyak mengeluarkan peluh berbanding aktiviti pasif seperti menonton televisyen.
- Disiplin menonton televisyen tidak akan berhasil jika ibu bapa sendiri tidak mengamalkan disiplin menonton televisyen di hadapan anak-anak.
Sumber dari:-
No comments:
Post a Comment