Saturday, 7 December 2013

REDS YAKIN SUAREZ KEKAL DI ANFIELD

Luis Suarez meraikan jaringannya ketika menentang Norwich City, kelmarin.

LIVERPOOL - Liverpool dijangka menawarkan kontrak baharu kepada bintang penyerang sensasinya, Luis Suarez.

Gergasi Liga Perdana Inggeris itu mahu memastikan Suarez, yang meledak empat gol ketika menentang Norwich kelmarin kekal di Anfield dan bersedia menawarkan kontrak baharu yang lumayan.

"Kami mahu dia kekal dan kontraknya ketika ini masih ada dua setengah tahun. Saya pasti, apa yang berlaku dari sekarang hingga kontraknya berakhir mampu meyakinkannya untuk kekal bersama pasukan ini.

"Apa yang penting, pemain gembira," kata pengendali pasukan, Brendan Rodgers.

Rodgers percaya, pasukannya mampu menamatkan cabaran dalam kelompok empat teratas, sekali gus menjamin slot ke Liga Juara-Juara musim depan dan mengekalkan bintang Uruguay itu di Anfield.

Prestasi baik yang ditunjukkan Suarez serta pasukan ketika membenam Norwich 5-1 memberi keyakinan tambahan buat Reds untuk melakar satu lagi kemenangan apabila menentang West Ham, hari ini.

Bintang Uruguay sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Liverpool, namun dua tawaran yang dikemukakan oleh Arsenal dalam tempoh pra-musim lalu ditolak oleh Reds.

Begitu pun Rodgers menegaskan, apa yang pernah berlaku sebelum ini tidak perlu diungkit kerana Suarez nyata gembira dengan prestasi semasanya apabila meledak 13 gol dalam saingan liga setakat ini, biarpun terlepas lima perlawanan pertama akibat penggantungan.

"Luis sangat gembira di sini. Kami tidak mahu mengimbas kembali perkara-perkara lepas. Itu adalah musim panas yang sukar diharungi semua pihak.
"Kami berdiri teguh sebagai sebuah kelab. Dia memahami di mana kita berada. Fikiran kami adalah untuk mengekalkan pemain terbaik kami," katanya lagi.

Reds kini menghuni tangga keempat liga dengan 27 mata, tujuh mata di belakang pendahulu, Arsenal. - AGENSI

Sumber dari;

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment