Saturday 13 April 2013

PRU 13 : Harapan dan Impian

Kenyataan Khas Sempena PRU13

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan rakan taulan semua, kita sudah memasuki fasa PRU13 dimana semua parti-parti yang bertanding telah bersiap sedia untuk menempuhi tempoh berkempen yang mencabar. Semua mengaku yang mereka boleh memenangi PRU13 dengan manifesto dan janji-janji yang mantap dan menyakinkan. Sebagai rakyat sudah seharusnya manifesto dan janji-janji tersebut menjadi harapan dan tagihan selepas PRU13 nanti jika mana-mana parti politik memenangi pilihanraya.

JANJI??? Memang perkataan yang mudah untuk dilafazkan tetapi untuk menunaikan janji amat berat sekali. YB-YB dari mana-mana parti ketika inilah baru nampak batang hidung di kawasan jika sebelum ini hanya menghantar wakil-wakil sahaja untuk berjumpa rakyat (tidak semua YB). Adakah calon YB seperti ini yang kita nak bagi undi? Sudah banyak pengajaran yang kita lihat kesan daripada sikap sambil lewa YB-YB sebelum ini. Jadi pada PRU13 ini bijaklah dalam memilih YB agar pembangunan dan kebajikan rakyat akan dibela dengan sebaik mungkin.


Saya memilih keamanan dan kestabilan tidak kira mana-mana parti yang menang tapi perlu memelihara kedua-dua perkara ini. Jangan lepas menang berlaku pergolakan dan kekecohan seperti di negara-negara lain kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya. Contoh dah banyak di luar sana, jangan kita pulak mengikut rentak orang di luar sana. 


Kepada sahabat-sahabat semua, pilihlah yang terbaik untuk diri dan masa depan keluarga serta negara. Jangan sia-siakan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini yang mempertahankan tanahair yang tercinta bernama MALAYSIA, ayuh bangkit dan buktikan kesetiaan dengan memilih parti yang terbaik demi masa depan MALAYSIA.









Friday 12 April 2013

Bersiar-siar di Jalan Riau, Bandung

1 April 2013 (Isnin) - Hari Ketiga

Penjelajahan diteruskan di Jalan Riau, Bandung salah satu tempat yang mempunyai banyak Factory Outlet di kiri kanan jalan. Kaki shopping pasti akan teruja untuk singgah ke semua Factory Outlet yang ada di sepanjang jalan riau ini.

Kami singgah di Toko Mr. Bean Jalan Riau tapi tiada pilihan untuk membeli belah kerana size bajunya sama seperti di Cihampelas size kecil jea banyak. Kami juga singgah di Toko Terminal Tas dimana terdapat banyak beg-beg tangan wanita dijual disini termasuk kasut-kasut wanita dan budak-budak. Kami singgah untuk membeli kasut Aufa kerana kasut yang sedia ada sudah tidak muat.

Hadapan Toko Mr. Bean

Sepanjang Jalan Riau

Antara Factory Outlet yang ada di Jalan Riau

Aufa dan Umi membuat pilihan kasut

Antara Factory Outlet yang dikunjungi

Sapa mamat neh?

Thursday 11 April 2013

Bersiar-siar di Cihampelas Bandung

1 April 2013 (Isnin) - Hari Ketiga

Kami meneruskan penjelajahan di Cihampelas Bandung tempat yang begitu banyak ikon-ikon hollywood movies. Kawasan nie banyak menjual baju-baju dengan harga yang berpatutan tapi problemnya size baju tak banyak yang big size.

Apa-apa pun, amik gambar jea banyak kat kawasan nie sebab kiri kanan ada replika ikon-ikon hollywood.

Aufa macam takut jea dengan patung Mr Bean neh

Nampak kaki jea mana tak Aufa takut

Ramai-ramai bergambar kat depan kedai Avengers

Banyak Kak Long shopping....

Aufa bergaya yea...

Spinderman punya...

John Rambo pun ade kat sini

Thursday 4 April 2013

Membeli Belah di Cibaduyut Leather Centre Bandung

31 Mac 2013 (Ahad) - Hari Kedua

Kami dibawa ke Cibaduyut Leather Centre di Bandung, teruja nak beli beg sandang kulit dan jaket kulit. Apa lagi, memang memilih sakan dan rambang mata melihat barang-barang kulit yang murah harganya. Kami masuk ke Grutty Shoes Bag  and Fashion. Memang murah 2 kali ganda dari harga di Malaysia. Selain itu, isteri saya banyak membeli pakaian budak-budak yang amat murah harganya khas untuk Aufa, Amanda dan Syafiqa. 

Kepada rakan-rakan yang ingin ke Cibaduyut, ini adalah pusat barang-barang kulit yang original. Pasti puashati dengan barangan yang dijual. Harus diingatkan juga ada barang-barang kulit tiruan, perlu berhati-hati.

Amat murah di Toko Grutty

Mari shopping di sini

Aufa pun dah dapat baru kat sini

Tuesday 2 April 2013

Kampung Daun, Bandung

31 Mac 2013 (Ahad) - Hari Kedua

Kami meneruskan perjalanan ke Kampung Daun, salah satu tempat makanan yang popular di Bandung. Perkampungannya khas untuk menjamu selera dan menu terkenal di Bandung. Perjalanan dari Floating Market Lembang ke Kampung Daun dalam 1/2 jam. Suasana yang amat nyaman dan sejuk kerana berada di bawah pohon-pohon pokok yang besar dan rendang. Beberapa gambar untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian.

Pintu masuk ke Kampung Daun

Beca Indonesia

Kesempatan yang ada

Sabar menunggu giliran

Gado-Gado

Nasi Goreng Seafood

Nasi Goreng Ayam Bakar Kicap

Nasi Goreng Kampung Daun

Hadapan pondok menjamu selera

Pelbagai air minuman di tempah

Kaunter pembayaran

Aufa sempat menari bersama penari kanak-kanak Kampung Daun

Buat kenangan di Kampung Daun

Hati senang bila perut kenyang kekeke...

Aufa pun tidak mahu melepaskan peluang

Kampung Daun tervaek

Makanan yang sedap dan layanan yang mesra memberi kepuasan kepada kami bertandang ke Kampung Daun. Harga makanan pun berpatutan dan tidak terlalu mahal. Jika sahabat-sahabat ke Bandung jangan lupa singgah ke Kampung Daun menikmati makanan yang enak dan suasana yang amat menyenangkan.

Monday 1 April 2013

Floating Market Lembang, Bandung

31 Mac 2013 (Ahad) - Hari Kedua

Ketika perjalanan balik dari Tangkuban Parahu kami dibawa singgah ke Floating Market Lembang. Konsepnya peniaga makanan memasak didalam perahu dan pelanggan beratur ditebing tasik buatan. Unik jugak konsep nie yang sebenarnya terkenal di Thailand tetapi berjaya dijadikan produk pelancong di Indonesia.

Makanan yang dimasak juga amat sedap dan kena dengan selera kami. Penggunaan token syiling menggantikan duit juga amat sesuai kerana memudahkan urusan pembelian makanan dan minuman. Selain floating market ini ada jugak disediakan aktiviti rekreasi seperti kayak dan kayuhan bot.

Bayaran masuk ke Floating Market Lembang IDR55,000 (RM18.00) untuk 5 orang. 

Masak dalam perahu

Konsep yang unik sebagai tarikan pelancong


Kenangan di Floating Market Lembang

Aufa sentiasa makan 

 Token untuk membeli makanan dan minuman

 Sopan sungguh Aufa bersama Abang Yang Emi

Menunggu jagung bakar yang belum siap

Suasana di Floating Market Lembang

Sate Sapi memang enak

Tempat menjamu seleranya pun unik dan santai

Tempat basuh tangan dari buluh

Kemudahan rekreasi juga disediakan



Lawatan ke Taman Wasita Alam Kawah Gunung Tangkuban Perahu

31 Mac 2013 (Ahad) - Hari Kedua

Kesempatan melawat ke Taman Wasita Alam Kawah Gunung Tangkuban Parahu memberi pengalaman yang amat bermakna. Terletak di kedudukan Jawa Barat iaitu sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung. Gunung ini berketinggian 2,083 meter dan jenis gunung ini adalah Stratovulcano dengan jenis batuan yang keluar dari letusan kebanyakannya adalah lava dan sulfur. Suhu di kawasan Tangkuban Parahu adalah 17C  pada waktu siang dan 2C pada waktu malam. Kali terakhir gunung ini meletus adalah pada tahun 1983.

Terdapat empat kawah disini iaitu Kawah Ratu, Kawah Upas, Kawah Baru dan Kawah Domas. Kawah Ratu baru-baru ini yang mengalami gegaran dan Tangkuban Parahu ditutup selama sebulan pada bulan lepas. Kawah Domas pula adalah kawah yang popular dengan air panas dimana kita boleh merendam kaki menikmati kehangatan air kapur yang dipercayai boleh mengubat penyakit.

Perjalanan ke dari Bandung ke Tangkuban Parahu jika tidak sesak adalah 1 jam 15 minit tetapi jika terkena kesesakan jalan boleh sampai dalam 2 jam. Kami bergerak jam 9.00 pagi dan sampai dalam jam 10.15 pagi, perjalanan yang amat menarik menyusuri perkampungan, kawasan pertanian, dan tempat pelancongan. Ketenangan dan kedamaian dapat dirasai bila kita ke luar kota dengan udara yang sejuk dan nyaman. Sebelum terlupa, bayaran masuk ke Tangkuban Parahu adalah IDR50,000 seorang (RM17.00), murah dan amat berpatutan,kan. Jika pergi ke Bandung jadikan lawatan ke Tangkuban Parahu sebagai kemestian.

 Pintu masuk ke Taman Wasita Alam Kawah Gunung Tangkuban Parahu

Dibelakangnya kawah ratu, masih aktif lagi

Aufa siap dengan cermin matanya, handsome pulak mamat geng Roy (Gila-Gila Remaja) nie

 Papan tanda Tangkuban Parahu

 Tenang tapi aktif

 Bersama keluarga

 Bersama isteri tersayang

 Aufa didukung oleh Pak Sholeh, pemandu pelancong kami

Cuba teka siapa abang dan siapa adik

Boleh jadi model Tangkuban Parahu nih...

 Pak Usa menerangkan mengenai Gunung Kawah di Tangkuban Parahu

Apa pulak kes nie!!!

Papan tanda ada dimana-mana, pasti tidak sesat yea...