Saturday 28 December 2013

TARIK MINAT ANAK BELAJAR

belajar
Hari persekolahan akan bermula seminggu sahaja lagi. Anak-anak yang akan memulakan alam prasekolah tentu tidak sabar lagi. Namun biasanya ibu bapa bimbang anak usia prasekolah lebih asyik bermain berbanding belajar.

Kerisauan ibu bapa makin bertambah apabila mereka tidak boleh duduk diam tatkala kita mengajar di rumah. “Kalau begini, macam mana hendak dengar arahan cikgu di kelas nanti.” Mungkin itu yang bermain di fikiran ibu ayah.

Anak-anak usia prasekolah mudah faham apa yang diajar tetapi mudah juga hilang fokus dan lebih gemar bermain. Di usia berapakah mereka akan lebih bersedia dalam soal pelajaran?

Kanak-kanak yang aktif dan cergas mudah memahami atau mempelajari sesuatu perkara. Tetapi mereka masih tidak faham mengapa perlu belajar. Oleh sebab itu mereka mudah hilang fokus atau dengan kata lain mereka bosan.

Adalah lebih baik sekiranya proses pembelajaran itu dilakukan dalam bentuk permainan atau nyanyian. Dalam erti kata lain, pelbagaikan teknik pengajaran kepada yang lebih menyeronokkan agar mereka tidak hilang fokus.

Ini kerana, naluri kanak-kanak memang untuk bermain sahaja. Tambahan lagi, faktor lain termasuklah personaliti. Memang ada kanak-kanak yang boleh fokus kepada satu-satu perkara seperti orang dewasa. Ada yang lebih kepada visual atau alat pandang dengar berbanding hanya bacaan melalui buku sahaja.

Justeru, pelbagaikanlah teknik belajar agar ia lebih dekat dan menarik minat mereka. Apabila sudah masuk sekolah formal nanti (darjah satu), sekurang-kurangnya mereka sudah tahu asas nombor dan huruf (membaca dan mengira).

Friday 27 December 2013

FITRAH SEBUAH KEHIDUPAN

Perpisahan
Apa yang istimewanya perpisahan ini sampaikan terlalu banyak orang bercakap tentangnya? Di mana lebihnya perpisahan ini sehingga banyak airmata gugur kerananya?
Bukankah pertama kali kita dipertemukan oleh Allah swt, kita telah tahu kita akan berpisah? Bahkan sebelum bertemu lagi kita sudah tahu akan fitrah ini. Tapi mengapa?
Mari semua. Mari bayang wajah-wajah orang-orang yang paling kita sayang dan cinta. Senaikan nama-nama mereka si atas satu kertas, dan simpan dalam dompet supaya senang dibawa kemana-mana. Lihat. Nescaya sampai satu ketika, kertas itu akan dilupakan kewujudannya.
Bila diingati semula nanti, hati mungkin akan terusik dek kenangan. Kenangan tentang airmata yang pernah tumpah, tentang senyum yang pernah terukir, tentang cinta yang pernah ada.
Bila diingat semula nanti, kertas itu sudah menjadi rapuh, kekuningan, hampur koyak, dan hati kita tak akan lagi berfikir tentang isinya. Cuma yang harus kita fikirkan – apa kesannya untuk perjalanan hidup kita? Untuk Dunia dan Akhirat kita? Sedikit sekali. Atau mungkin memang tiada…
Resam air
Di dunia, air bersifat lembut dan menyenangkan. Bila ia mengena tubuh kita, saat kita bangun dari lena dan bersuci, ternyata ia melegakan. Tubuh jadi segar dan hati jadi bersemangat untuk memulakan hidup yang baru.
Di dunia juga, bila kita diuji dengan kesedihan, kita seperti seorang yang terjaga dari tidur. Tubuh yang tidak bermaya, semangat yang pudar, seakan dikejut oleh luahan airmata. Terasa lega bila dapat melepaskan sesuatu yang terpendam tanpa perlu berkata-kata.
Ada orang mengambil semangat dari airmata. Fitrah.
Tidakkan Rasulullah saw mengalirkan airmata di saat kematian kematian anak, isteri, dan bapa saudara Baginda? Fitrah.
Manusia diciptakan lemah dan pelupa, jadi kita selalu berdosa. Atas dasar ini, para ulama tidak malu untuk hidup dengan airmata. Airmata yang mengalir kena pada tempat, tepat pada ayat, lantas membuatkan mereka kuat.
Kita bukan Nabi untuk jadi manusia sempurna. Kita tidak terpelihara dari dosa. Kita tak kuat untuk mengaku begitu tabah dan ego untuk tidak menangis. Kita hanya pendatang biasa yang singgah sebentar di Dunia. Dalam perjalanan ini, kita mungkin bertem dengan pelbagai ragam. Akan ada rasa sayang di setiap tempat yang kita ukirkan. Pada beberapa benda yang berharga menurut pandangan kita, kita akan tumpahkan cinta padanya.antara benda berharga itu adalah manusia.
Klau dilihat dari sudut dunia, semakin kita beri semakin kita akan kekurangan. Seperti gelas yang diminum airnya, ruang-ruang kosong di dalam gelas itu juga akan kurang. Sebelum kita menumpahkan air mata, fikirkan apa urusan kita – Dunia dan Akhirat.
Adakah di Akhirat, ia akan kekal dengan sifat airnya yang tenang dan memadamkan? Mampukah air mata tadi memadamkan api-api neraka jika ia bukan tumpah untuknya? Air hanya berguna jika disimbah untuk memadamkan api.Bukan di semua tempat air memadam dan menenangkan. Ada ketika, air tidak boleh memadamkan bahkan api semakin lahap dan lahab (menjulang). Orang yang terluka dan cedera juga tak boleh terkena air.
Syariat memahami. Lalu memberi kelonggaran untuk menggunakan debu sebagai ganti. Dari sudut mana debu itu nampak bersih, apatahlagi membersihkan? Jauh lagi menghembuskan ketenangan. Lalu untuk apa?
Hikmah Yang Tersirat
Sepertimana kita tak tahu hakikat debu itu sehingga boleh menggantikan air, kita juga takkan tahu banyak benda. Kita bahkan tak ada kekuatan untuk memahami keperluan diri. Lalu bila Allah sempurnakan sesuatu untuk kita, tak perlu kita membantah.
Mungkin antara hikmahnya, Allah swt ingin kita jadi seorang hamba yang mengaku hamba. Bila disuruh buat, kita mesti taat! Ketahui, dan percaya bahawa kehidupan ini urusan Allah swt.
Perpisahan ini, walau menyedihkan, walau menumpahkan air mata, sama-sama kita berpesan. Jangan sampai kita jadi seperti si jahil yang cuba mempersoal;
“Untuk apa pertemuan, kalau kita ditakdirkan untuk berpisah”


Sumber dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/9103-fitrah-sebuah-kehidupan.html

Thursday 26 December 2013

BUKU BERTEMU RUAS

                                                          Luis Suarez

LONDON - Perlawanan tradisi sempena Boxing Day yang berlangsung hari ini bakal merombak kedudukan lima pasukan teratas dalam merebut takhta pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Buat pertama kali sejak tahun 1992 dalam era Liga Perdana, hanya mata kecil memisahkan lima kelab teratas sepanjang perayaan Hari Krismas.

Arsenal yang terikat 0-0 di laman sendiri ke atas Chelsea, Isnin lalu akhirnya terpaksa memberi laluan kepada Liverpool untuk merampas pendahulu liga.

Bagaimanapun, pasukan Reds akan menghadapi ujian getir dalam perlawanan esok apabila mereka berkunjung ke rumah Manchester City yang telah memenangi semua lapan perlawanan di laman sendiri musim ini dan menjaringkan 35 gol.

City yang menundukkan Fulham 4-2 pada aksi terakhir akan memintas Liverpool sekiranya mereka menang di Stadium Etihad sementara pengurus skuad pelawat, Brendan Rodgers menegaskan, Reds tidak akan terbawa-bawa rentak permainannya seperti awal musim lalu.

“Anda tidak akan mendapat ganjaran pada Krismas ini. Ia merupakan masa yang nostalgia dan orang sentiasa ingin tahu di mana kedudukan pasukan sekitar Hari Krismas itu nanti.

“Kita mahu bertandang ke sana, tapi kita juga berhasrat untuk pergi ke sana pada penghujung musim ini kerana, ia akan membuatkan kita lebih bekerja keras.

Pasukan Rodgers akan turun tanpa kelibat Steven Gerrard, Daniel Sturridge dan Jose Enrique ekoran kecederaan yang mereka alami, namun kehadiran penjaring terbanyak Luis Suarez dengan 19 gol yang boleh digelar sebagai pemain cemerlang setakat ini bakal menjadi ancaman kepada benteng pertahanan City.

Sementara itu, ketiadaan tonggak utama City, Sergio Aguero yang diketepikan akibat kecederaan betis ditambah pula pencapaian Liverpool selaku pasukan pelawat yang membelasah teruk Tottenham Hotspur 5-0 pada perlawanan baru-baru ini, pengurusnya, Manuel Pellegrini mengakui, perlawanan tersebut paling sukar diramal.
Pasukan Liverpool sangat bagus dan Suarez menyerlah pada masa yang baik.
"Tetapi saya rasa Liga Perdana ini, kita hanya menamatkan separuh pertama, dalam dua lagi perlawanan.

“Liga Perdana ini bukan hanya untuk Liverpool dan Manchester City semata-mata. Lima atau enam pasukan lain akan turut berjuang sehingga tamat liga musim ini," ujar pengurus warga Chile itu. - AFP



© Utusan Melayu (M) Bhd 

AMALAN-AMALAN ANAK YANG SOLEH KEPADA KEDUA IBU BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sebagai seorang anak yang kasih kepada kedua ibu bapa perlulah kita membalas jasa-jasa baik yang telah mereka berikan kepada kita. Terutama apabila mereka berdua atau salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia. Jika kita laksanakan amalan-amalan tersebut akan meringankan beban ibu bapa yang sedang bersemadi di alam barzakh. Mereka akan bergembira kerana memiliki anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa menyalurkan rezeki berupa pahala yang mengalir terus ke alam barzakh tanpa henti-henti. Balasan yang akan kita terima adalah keredhaan Allah SWT dan kebaikannya anak-anak kita pula akan melaksanakan amalan yang sama apabila giliran kita kembali dijemput pulang oleh Allah SWT.

Amalan-amalan anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia :

1. Mohon keampunan untuk mereka.

Doakan kepada mereka.supaya diampunkan dosa-dosa mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk  kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : "Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (Hadis Riwayat Muslim).

"Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang lelaki yang shalih di syurga,

lalu dia bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan ini?”

Dijawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu.”

(Hadis Sanad Hasan Riwayat Ahmad dalam Musnadnya – hadis no: 10610 (jld. 2, ms. 509) dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth.)

Doa keampunan kepada ibubapa yang boleh diamalkan adalah daripada al-Quran seperti mana yang dikemukakan sebelum ini:

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” (Surah Nuh (71) ayat 28)

Memandangkan hadis yang pertama menyebut doa seorang anak yang soleh secara umum, maka dianjurkan juga mendoakan rahmat kepada ibubapa sebagaimana berikut:

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’ (17) ayat 24)

Demikianlah dua doa yang diajarkan oleh al-Quran dan ia mencakupi dua perkara yang amat diperlukan oleh ibubapa setelah mereka meninggal dunia: keampunan dan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Doa-doa ini boleh kita baca di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ia tidak terhad kepada saat menziarahi kubur ibubapa.

2. Menunaskan hutang mereka.

Hutang seperti ini akan menawan ibubapa yang meninggal dunia sehinggalah ia dilunaskan.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada Sa‘ad ibn al-Atswal radhiallahu 'anh yang baru kematian saudaranya: "Saudara kamu tertahan disebabkan hutangnya, oleh itu pergilah engkau melunasinya." (Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 2433 .Kitab al-Ahkam, Bab membayar hutang orang yang meninggal dunia).

3.  Laksanakan wasiat ibadah yang mereka tinggalkan.

Jika ibubapa memiliki hajat untuk melaksanakan sesuatu ibadah lalu mereka tidak sempat kerana meninggal dunia, maka kita boleh melaksanakan ibadah tersebut. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menerangkan:

Bahawa seorang wanita daripada Juhainah datang menemui Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan berkata: “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk melaksanakan haji akan tetapi dia tidak sempat melaksanakan haji tersebut sehingga dia meninggal dunia. Apakah boleh aku melaksanakan haji tersebut untuknya?”

Rasulullah menjawab: “Ya, hajikanlah dia. Apa pandangan kamu jika ibu kamu memiliki hutang, adakah kamu juga akan melunasinya? Lunaskanlah untuk Allah kerana (hutang kepada) Allah adalah lebih berhak untuk dilunasi." (Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 1852 (Kitab al-Hajj, Bab menunaikan nazar haji untuk yang meninggal dunia).

4.  Melaksanakan Rancangan Atau Janji Ibubapa.

Jika ibubapa memiliki rancangan tertentu dan mereka tidak sempat melaksanakannya, kita sebagai anak boleh melaksanakannya dan ganjaran kebaikan akan mengalir kepada ibubapa dan juga kita. Jabir bin ‘Abd Allah radhiallahu 'anh menerangkan:

Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah berkata: “Apabila datang harta dari Bahrain nescaya aku akan memberi engkau sekian-sekian.”

Namun harta dari Bahrain tidak datang sehinggalah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat.

Ketika harta dari Bahrain sampai, Abu Bakar (radhiallahu 'anh) memerintahkan seseorang menyeru: “Sesiapa yang memiliki janji atau hutang dengan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam datanglah kepada kami.”

Maka aku datang dan berkata: “Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam berjanji kepada aku sekian-sekian.” Maka dia memberi aku satu genggaman dan aku menghitungnya, ternyata jumlahnya lima ratus (dirham). Dia berkata: “Ambillah lagi seumpamanya.”
(Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2296 (Kitab al-Kafalah, Bab orang yang bertanggungjawab untuk menunaikan hutang si-mati…).

Dalam hadis di atas, janji Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Jabir dilaksanakan oleh Abu Bakar radhiallahu 'anh sebagai pemerintah pada saat itu. Dalam kes ibubapa, janji atau rancangan mereka boleh dilaksanakan oleh anak-anaknya.

5. Meneruskan Apa Yang Baik dan Menghentikan Apa Yang Buruk.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun. (Hadis Sahih Riwayat Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1017 (Kitab al-Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar…)

6. Berhubung Dengan Orang Yang Dicintai Oleh Ibubapa.

Kebaikan yang terakhir adalah setinggi-tinggi kebaikan yang dapat dilakukan oleh seorang anak kepada ibubapanya yang telah meninggal.

Hadisnya adalah seperti berikut: Dalam satu perjalanan ke Mekah, ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma menemui seorang Arab Badui. Lantas Ibn ‘Umar mengucapkan salam kepada beliau, menaikkan beliau ke atas keldai yang tadi ditungganginya dan kemudian memberikan beliau serban yang sedang dipakainya. Ibn Dinar (yang menyaksikan perbuatan Ibn ‘Umar) berkata kepadanya:

“Semoga Allah memperelok keadaan kamu! Sesungguhnya mereka adalah orang Arab Badui dan sesungguhnya mereka sudah mencukupi dengan sesuatu yang sedikit.”

Maka Ibn ‘Umar menjawab: “Sesungguhnya ayah orang ini adalah sahabat yang amat dicintai oleh (ayahku) ‘Umar bin al-Khaththab. Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya bakti terbaik seorang anak ialah menghubung silaturahim dengan orang yang dicintai ayahnya.”
(Hadis Sahih Riwayat Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2552 (Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab keutamaan berbuat baik kepada rakan ayah dan ibu).

Berdasarkan hadis di atas, hendaklah kita berbuat baik kepada ibubapa yang sudah meninggal dunia dengan menjalinkan hubungan silaturahim dan berbuat baik kepada sesiapa sahaja yang dicintai atau menjadi sahabat karib ibubapa semasa mereka masih hidup.

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.. Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

4. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. 

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama berusaha memberi saham terbaik untuk kedua orang tua kita yang telah meninggal dunia. Amalkanlah beberapa amalan di atas yang pernah di laksanakan oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan ulama tabiin untuk meneruskan jasa bakti kepada insan tersayang yang telah meninggal dunia. Sebenarnya amal soleh dan kebaikan yang kita berikan kepada mereka kita juga akan mendapat pahala yang sama dan tidak dikurangkan walaupun sedikit oleh Allah SWT.


Tuesday 24 December 2013

TAK TINGGAL SOLAT WALAUPUN SIBUK DENGAN KERJA

Assalamualaikum semua, saya amat tertarik dengan artikel ini yang disiarkan dalam Sinar Harian. Saya kongsikan artikel ini untuk pengkongsian kita bersama.

Tak tinggal solat walaupun sibuk dengan kerja

MENJADI adat! Di Bollywood, apabila seseorang itu berjaya menempa nama di persada dunia sehingga menikmati hidup dalam kemewahan, mereka berpusu-pusu menukar nama Islam menjadi Hindu, sebaliknya saya selesa dengan nama Allah Rakha Rahman atau AR Rahman,” itulah kata-kata pemuzik terkenal India yang nama asalnya Dileep Kumar.

Pasti ramai di Malaysia kurang mengenali pemilik nama ini, tetapi bagi peminat filem Hindustan tegar yang pernah mendengar muzik ciptaannya dalam filem Dil Se, Taal, Swades, Chazyya Chaiyya, Rang de Basanti dan Slumdog Millionaire amat mengenalinya. Dia lebih dikenali melalui alunan muziknya.

Jiwa kosong, rasa gelisah

Pembabitan dalam dunia muzik bermula seawal usia 11 tahun, beliau menjadi matang dengan rencam dunia pemuzik. Terfikir dibenaknya perlukah seorang pemuzik menghisap rokok, mabuk dan mengambil dadah?

Pergaulannya dengan ramai pemuzik menemukan beliau dengan seorang pemuzik yang memberikannya pandangan berbeza.

Pemuzik tersebut tidak mempunyai tabiat buruk malah menghasilkan banyak karya hebat. Kerana itu AR Rahman terselamat daripada pengaruh tidak sihat.

Ada ketikanya jiwa AR Rahman berasa kosong, gelisah seakan tercari-cari sesuatu, apakah yang dicari? Adakah Tuhan?

Pada asalnya, AR Rahman langsung tidak mempercayai Tuhan, kemudiannya dia menyembah berhala, tetapi tidak mampu menenangkan hatinya yang gundah.

AR Rahman bermimpi didatangi lelaki berjubah putih mengajaknya memeluk Islam. Tapi dia tidak mengendahkan mimpi itu dan menganggap hanya mainan tidur dan mimpi itu berlarutan sekembalinya ke India. Segera dia menceritakan kepada ibunya yang kemudiannya menyarankan AR Rahman supaya memeluk Islam.

Keluarga AR Rahman ditimpa musibah apabila kakaknya sakit. Apa yang dideritai kakaknya sama seperti yang berlaku kepada bapanya menanggung sakit hingga ke akhirnya. Keluarga AR Rahman memanggil paderi dan sami Hindu untuk berdoa supaya kakaknya sembuh, tetapi langsung tiada hasilnya.

Akhirnya AR Rahman dipertemukan dengan seorang alim, Syeikh Abdul Qadir Jeelani atau Pir Qadri. Seingat AR Rahman, keluarganya pernah bertemu Pit Qadri semasa ayahnya terlantar sakit.

Dengan doa dan kaedah perubatan yang diamalkan Pit, kakak AR Rahman berjaya disembuhkan.

Kuasa besar mentadbir alam

Pengalaman perjalanan hidup banyak mengajarnya, sehingga dia dan seluruh keluarganya memilih Islam. Kehilangan ayahnya membuat AR Rahman berfikir hidup ini bukan ditentukan mengikut kehendak seseorang. Dia merasakan ada suatu kuasa besar mengatur semua itu, cuma dia tidak tahu apa, atau siapa.

Jawapannya hanya ditemui apabila dia memeluk Islam. Jiwanya merasai ketenangan yang tidak pernah ditemui sebelum ini. Bersama Islam juga dia berjaya menghilangkan perasaan rasa rendah dirinya.

AR Rahman merasakan dirinya bagai dilahirkan semula. Malah bukan itu saja, kerjayanya pun berubah mendadak, dan rezekinya melimpah-ruah.

Pada 1989, AR Rahman berjaya memiliki studio sendiri yang mempunyai kelengkapan paling canggih di Asia. Dia juga berjaya mencipta kekayaan dengan penjualan album daripada filem dan mencipta lagu.

Namun kekayaan yang melimpah-ruah tidak pernah menutup mata AR Rahman daripada melihat keindahan Islam, malah semakin mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Dia mengatakan apabila kita dikelilingi kemewahan, duit dan populariti, kemungkinan untuk menjadi lupa diri amat mudah. Hanya kepercayaan dan keimanan yang mampu menjaga kita.

Hari ini, setelah 20 tahun lebih memeluk Islam, AR Rahman mengecapi segala ketenangan di dalam hidup melalui jalan yang ditunjukkan Islam.

AR Rahman mengaku solat banyak membantunya menghilangkan tekanan dan memberi ketenangan, harapan dan keyakinan Tuhan sentiasa bersamanya.

Semua itu bukan saja mengingatkan AR Rahman mengenai dunia, tetapi juga hari akhirat. Justeru, dia tidak tinggal sembahyang walaupun terpaksa bergelut dengan kesibukan bekerja.

Kejayaan demi kejayaan dicapai dalam bidang muzik sehingga melayakkannya digelar Mozart Madras. Tetapi AR Rahman langsung tidak melupakan apa yang pernah dilaluinya sebagaimana dia mengingati saat manis hidupnya.



Sumber dari http://www.sinarharian.com.my/tak-tinggal-solat-walaupun-sibuk-dengan-kerja-1.232424

Monday 23 December 2013

LIVERPOOL RAMPAS TANGGA TERATAS LIGA

Luis Suarez meraikan jaringan gol menentang Cardiff City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield, semalam. Liverpool menang 3-1. - AGENSI
LONDON - Luis Suarez meraikan kontrak baharunya bersama Liverpool dengan menjaringkan dua gol ketika membantu pasukannya menang 3-1 ke atas Cardiff City dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.


Kemenangan tersebut membolehkan Liverpool berada di tangga teratas liga dengan 36 mata memintas kedudukan pendahulu sebelum ini, Arsenal.
Suarez telah menandatangani kontrak lanjutan bersama Liverpool, Jumaat lalu untuk tempoh yang lebih lama, malah pemain tersebut kini telah meledak 19 gol dalam liga.

Sementara itu, Cardiff berhadapan risiko berada di zon penyingkiran sekiranya gagal mendapatkan sebarang mata sebelum berakhir musim ini.

Kekalahan kelab milik ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan itu menyebabkan Cardiff kini berada di tangga ke-15 liga dengan 17 mata.

Pada perlawanan semalam, Suarez mula mempamerkan aksinya tersendiri dengan menjaringkan gol seawal minit ke-25 sebelum rakan sepasukannya Raheem Sterling menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-42.

Kelebihan beraksi di laman sendiri membuatkan pemain Liverpool lebih selesa hingga membolehkan Suarez menambah satu lagi jaringan pada penghujung separuh masa pertama.

Dalam pada itu, satu gol tunggal Cardiff hadir pada minit ke-58 hasil jaringan Jordon Mutch. - AFP



Sumber dari:-

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 22 December 2013

SUAREZ DITAWAR KONTRAK LUMAYAN


LIVERPOOL - Transformasi yang ditunjukkan Luis Suarez, daripada pemain yang sering diselubungi kontroversi kepada individu berimej bersih yang telah membawa pasukannya berada di kedudukan cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris, bakal membolehkan bintang penyerang itu ditawarkan kontrak baharu yang lumayan di Liverpool.

Pengarah Urusan Reds, Ian Ayre telah terbang ke Barcelona untuk berunding dengan ejen penyerang Uruguay itu, Pere Guardiola yang juga merupakan abang kepada pengurus Bayern Munich, Pep.

Langkah tersebut diambil selepas kemenangan 5-0 di Spurs sewaktu Suarez diberi tanggungjawab sebagai kapten ekoran ketiadaan Steven Gerrard yang mengalami kecederaan.

Suarez telah meledak dua gol pada perlawanan tersebut dan bintang Liverpool itu kini menjadi penjaring terbanyak liga dengan 17 gol.

Statusnya sebagai wira Liverpool yang gembira begitu jauh berbeza jika dibandingkan situasinya sewaktu musim panas lalu apabila dia mendesak untuk berpindah.

Suarez terlepas lima perlawanan pertama musim ini, setelah digantung kerana menggigit pemain Chelsea, Branislav Ivanovic.

Insiden itu berlaku selepas Suarez mencetuskan kontroversi dan didapati bersalah melemparkan kata-kata berbau perkauman terhadap bintang Manchester United, Patrice Evra, dua tahun lalu.

Suarez, 26, berkata, dia mahu berpindah ke kelab yang mampu memenangi trofi dan Arsenal telah mengemukakan bidaan mereka bagi mendapatkan pemain itu, dengan Barcelona dan Real Madrid turut menunjukkan minat mereka.

Namun, dengan kedudukan Liverpool yang kini di tangga kedua dan menjadi pencabar utama Liga Perdana Inggeris serta mengisi slot Liga Juara-Juara, Suarez kelihatan berpuas hati untuk kekal di Anfield.

Pemain itu dikatakan ditawarkan gaji yang lebih lumayan berbanding apa yang diterima sekarang, menerima gaji 120,000 pound (RM636,828) seminggu.

Akhbar Britain melaporkan, Liverpool bersedia menaikkan bintang penyerang mereka itu kepada 200,00 pound (RM1.06 juta) seminggu untuk meyakinkan Suarez agar kekal di Anfield. - AGENSI



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 21 December 2013

SUAREZ : REDS MAMPU JUARAI LIGA PERDANA

Luis Suarez meraikan jaringannya ketika membantu Liverpool membelasah Tottenham 5-0 di White Hart Lane, Ahad lalu. - REUTERS

LONDON - Penyerang Liverpool, Luis Suarez percaya pasukannya mampu menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris jika dapat mengharungi kempen pada perayaan Krismas dengan cemerlang.

Pada awal musim ini, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berkata, dia sudah cukup gembira jika Liverpool mampu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.

Namun, perkembangan positif yang ditunjukkan Reds akhir-akhir ini meyakinkan Suarez bahawa pasukannya mampu mencatat keputusan lebih baik daripada itu.

Liverpool kini menghuni tangga kedua liga dengan dipisahkan hanya dua mata daripada pendahulu, Arsenal.

Malah sejak Suarez, yang terlepas enam perlawanan pada awal musim akibat pengantungan kembali beraksi, dia telah banyak membantu Liverpool meraih kemenangan.

Kini Suarez telah menjaringkan 17 gol dalam saingan liga.

Suarez berkata, sekiranya pasukan dapat mengekalkan aksi konsisten pada dua atau tiga minggu lagi maka peluang Liverpool untuk memenangi saingan gelaran liga makin cerah.

"Apa yang penting sekarang, kami harus kekal fokus dalam setiap perlawanan.

"Selepas menentang Cardiff City (Sabtu), kami perlu bermain dalam dua perlawanan besar.

"Semua perlawanan itu amat penting dalam menentukan hala tuju kami sepanjang musim ini," kata Suarez.

Aksi cemerlang Liverpool bakal diuji oleh Manchester City apabila bertandang ke Stadium Etihad pada 26 Disember ini.

Anak-anak buah Rodgers kemudian berkunjung ke Stamford Bridge untuk bertemu Chelsea pada 29 Disember.

Suarez mengakui, dia amat terharu dengan sokongan yang diberikan penyokong Liverpool kepadanya terutama selepas digantung akibat insiden menggigit pemain Chelsea, Branislav Ivanovic pada April lalu.

"Perkara utama yang saya fikirkan ketika kembali beraksi di Anfield adalah untuk memenangi hati penyokong Liverpool dan saya amat terkejut apabila mereka tetap menerima saya sebaiknya.

"Mereka membantu memulihkan semangat saya dan itu amat penting buat saya, keyakinan saya serta keluarga saya.

"Semua orang tahu tentang masalah saya namun selepas saya melupakan kesukaran yang dihadapi akhirnya saya dapat kembali di atas padang dengan baik," kata bintang penyerang Uruguay itu lagi. - AFP



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday 20 December 2013

TAUHID WAHAI PARA DA`I !

Al-Ustadz Abdurrahman Abu Usamah bin Rawiyah an Nawawi
Dakwah merupakan ibadah yang agung. Sayangnya, dakwah telah banyak disalahgunakan untuk membungkus kempennye politik dalam rangka mencari pengikut, merekrut simpati dan kader parti atau sekadar mencari dunia. Di sisi lain, ada da’i yang mengkhususkan pada persoalan-persoalan politik hingga melupakan hal-hal mendasar dalam Islam. Lalu bagaimanakah sesungguhnya dakwah Rasulullah itu?
Terlalu banyak seruan atau ‘dakwah’ ilallah (menuju Allah) yang kita jumpai di sekeliling kita. Masyarakat pun dengan mudahnya mengatakan bahwa ‘dakwah itu semuanya sama’. Benarkah? Lalu manakah seruan yang benar yang akan mendekatkan kepada Allah?
Beragamnya seruan itu sendiri telah menjadi sunnatullah. Telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari shahabat Abdullah bin Mas’ud, bahwasanya Abdullah bin Mas’ud bercerita di mana Rasulullah membuat satu garis lurus dan mengatakan: “Ini adalah jalan Allah yang lurus.” Lalu baginda membuat garis-garis yang banyak dari arah kanan dan arah kiri dan baginda mengatakan: “Ini adalah jalan-jalan dan tidak ada satupun dari jalan tersebut melainkan syaitan menyeru di atasnya.” Kemudian baginda membacakan firman Allah: “Dan ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka tempuhlah ia dan jangan kalian menempuh jalan yang banyak tersebut yang pada akhirnya akan memecah diri-diri kalian dari jalan-Nya.”
As Sa’dy menjelaskan apa yang dimaksud dengan jalan yang lurus tersebut di dalam kitab tafsirnya: “Adalah jalan yang sangat jelas yang akan menyampaikan kita kepada Allah dan kepada jannahNya. Jalan yang lurus itu adalah mengenal yang hak dan mengamalkannya.” Rasulullah juga telah menjelaskan akan munculnya para da’i yang menyeru di atas jurang neraka.
Dalam hadits Hudzaifah bin Yaman yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Hudzaifah mengatakan: “Orang-orang bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikan dan aku bertanya kepada beliau tentang kejelekan yang khawatir akan menimpaku. Lalu aku berkata: “Ya Rasulullah, tatkala kami berada dalam kehidupan jahiliyah Allah mendatangkan kebaikan ini (Islam). Apakah setelah kebaikan ini ada kejelekan? Rasulullah menjawab: “Ya.” Aku berkata lagi: “Apakah setelah kejelekan ini ada kebaikan?” Rasulullah menjawab: “ Ya, akan tetapi ada asapnya.” Aku mengatakan: “Apakah asapnya wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Kaum yang mengambil petunjuk selain petunjukku kamu kenal dan kamu ingkari.” Aku berkata: “Apakah setelah kebaikan ini ada kejelekan?” Rasulullah menjawab: “Ya, yaitu para da’i yang berada di pintu neraka dan barangsiapa yang memenuhi seruannya, maka akan mencampakkannya ke jurang neraka tersebut.”
Kedua hadits di atas menjelaskan tentang adanya sunnatullah munculnya berbagai seruan yang semuanya mengangkat panji Islam dan mengatasnamakan Islam. Akan tetapi seruan yang benar adalah satu dan jalan yang benar adalah satu dan tidak berbilang. Allah berfirman: “Tidaklah setelah kebenaran itu melainkan kesesatan.” (Yunus: 32)
Hadits tadi juga menjelaskan bahwa jalan yang tidak benar itu lebih banyak daripada jalan yang benar. Demikian juga dengan da’i yang menyeru kepada kesesatan, lebih banyak dibanding dengan para penyeru kebenaran.
Kedudukan Tauhid tidak ada keraguan lagi bahwa tauhid memiliki kedudukan yang tinggi bahkan yang paling tinggi di dalam agama. Tauhid merupakan hak Allah yang paling besar atas hamba-hamba-Nya, sebagaimana dalam hadits Mu’adz bin Jabal . Rasulullah berkata kepadanya:
“Wahai Mu’adz, tahukah kamu hak Allah atas hamba-Nya dan hak hamba atas Allah? Ia menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”. Baginda mengatakan: “Hak Allah atas hamba-Nya adalah mereka menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.” ( HR. Bukhari dan Muslim)
1. Tauhid merupakan dasar dibangunnya segala amalan yang ada di dalam agama ini. Rasulullah bersabda:
“Islam dibangun di atas lima dasar, bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan puasa pada bulan Ramadhan.” (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim dari Abdullah Ibnu Umar)
2. Tauhid merupakan perintah pertama kali yang kita temukan di dalam Al Qur’an sebagaimana lawannya (iaitu syirik) yang merupakan larangan paling besar dan pertama kali kita temukan di dalam Al Qur’an, sebagaimana firman Allah:
“Wahai sekalian manusia, sembahlah Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dan orang-orang sebelum kalian agar kalian menjadi orang-orang yang bertakwa. Yang telah menjadikan bumi terhampar dan langit sebagai bangunan dan menurunkan air dari langit, lalu Allah mengeluarkan dengannya buah-buahan sebagai rizki bagi kalian. Maka janganlah kalian menjadikan tandingan-tandingan bagi Allah”. (Al-Baqarah: 21-22)
Dalil yang menunjukkan hal tadi dalam ayat ini adalah perintah Allah “sembahlah Rabb kalian” dan “janganlah kalian menjadikan tandingan bagi Allah”.
3. Tauhid merupakan poros dakwah seluruh para Rasul, sejak Rasul yang pertama hingga penutup para Rasul yaitu Muhammad . Allah berfirman:
“Dan sungguh Kami telah mengutus pada setiap umat seorang Rasul (yang menyeru) agar kalian menyembah Allah dan menjauhi thagut.” (An-Nahl: 36)
4. Tauhid merupakan perintah Allah yang paling besar dari semua perintah. Sementara lawannya, iaitu syirik, merupakan larangan paling besar dari semua larangan. Allah berfirman:
“Dan Rabbmu telah memerintahkan agar kalian jangan menyembah kecuali kepada-Nya dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua.” (Al-Isra: 23) “Dan sembahlah oleh kalian Allah dan janganlah kalian menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. ” (An-Nisa: 36)
5. Tauhid merupakan syarat masuknya seseorang ke dalam jannah dan terlindungi dari neraka Allah, sebagaimana syirik merupakan sebab utama yang akan menjerumuskan seseorang ke dalam neraka dan diharamkan dari surga Allah. Allah berfirman:
“Sesungguhnya barangsiapa yang menyekutukan Allah maka Allah akan mengharamkan baginya jannah dan tempat kembalinya adalah neraka dan tidak ada bagi orang-orang dzalim seorang penolongpun.” (Al-Maidah: 72)
Rasulullah bersabda:
“Barang siapa yang mati dan dia mengetahui bahwasanya tidak ada ilah yang benar kecuali Allah, dia akan masuk ke dalam jannah.” (Shahih, HR Muslim No.26 dari Utsman bin Affan)
Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang kamu jumpai di belakang tembok ini bersaksi terhadap Lailaha illallah dan dalam keadaan yakin hatinya, maka berilah dia khabar gembira dengan jannah.” (Shahih, HR Muslim No.31 dari Abu Hurairah)
6. Tauhid merupakan syarat diterimanya amal seseorang dan akan bernilai di hadapan Allah. Allah berfirman:
“Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan agar mereka menyembah Allah dan mengikhlaskan bagi-Nya agama. ” (Al-Bayinah: 5)
Tauhid Merupakan Dakwah Para Rasul
Menggali dakwah seluruh para rasul dan sepak terajang mereka dalam memikul amanat dakwah ini, nescaya akan kita temukan keanehan di atas keanehan yang seandainya kita yang memikulnya, sunggguh kita tidak akan sanggup.
Dakwah memerlukan keikhlasan agar akan bernilai di sisi Allah dan untuk mengikat diri kita dengan pemilik dakwah itu, iaitu Allah, serta mendapatkan segala apa yang dipersiapkan di negeri akhirat. Dakwah memerlukan keberanian untuk tidak gentar, takut, dan lari ketika menghadapi segala tentangan. Dakwah membutuhkan kesabaran terhadap segala ujian dan tantangan di atasnya. Dakwah memerluhkan istiqamah untuk selalu bersemangat di atas dakwah meskipun kebanyakan orang tidak menerimanya. Dakwah memerlukan iman yang kuat dan yakin terhadap pertolongan pemilik dakwah ini yaitu Allah. Dakwah memerlukan tawakal, kelembutan, dan segala bentuk akhlak yang mulia.
Allah telah menjelaskan di dalam Al Qur’an bahwa yang menjadi tujuan dakwah para rasul adalah seruan untuk mentauhidkan Allah sebagaimana firman Allah:
“Dan sungguh Kami telah mengutus pada setiap umat itu seorang rasul (yang menyeru) agar kalian menyembah Allah dan menjauhi thagut. ” (An-Nahl: 36)
Dari ayat ini Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab mengambil beberapa faidah di dalam kitabnya At Tauhid, di antaranya: Hikmah dari diutusnya seluruh para rasul, bahwa risalah itu mencakup seluruh umat, dan agama para nabi itu adalah satu.
Dari semua faidah ini, sangat jelas bahwa risalah para Rasul adalah satu iaitu risalah tauhid. Tugas dan tujuan mereka adalah satu iaitu mengembalikan hak-hak Allah agar umat ini menyembah hanya kepada-Nya. Atau dengan kata lain, memerdekakan manusia dari penyembahan kepada manusia menuju penyembahan kepada Rabbnya manusia.
Tauhid, Wahai Para Da’i!
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albany mengatakan dalam risalahnya Tauhid Awwalan Ya Du’atal Islam: “Melihat teruknya situasi yang menimpa saudara kita se-Islam, maka kita mengatakan situasi yang teruk ini tidak lebih teruk dibanding dengan kejahatan situasi jahiliah dulu ketika Allah mengutus Rasulullah…”
Berdasarkan hal itu, maka ubatnya adalah ubat yang disebarkan oleh Rasulullah di masa jahiliah. Maka dari itu, bagi setiap da’i agar tampil mengubati teruknya pemahaman umat terhadap kalimat La ilaha illallah dan mengobati keadaan itu dengan obat tersebut. Yang demikian itu sangat jelas jika kita mencuba untuk merenungi apa yang difirmankan oleh Allah:
“Sungguh telah nampak bagi kalian pada diri Rasulullah suri teladan yang baik bagi siapa yang mengharapkan Allah dan hari akhir, dan bagi orang yang mengingat Allah. ” (Al-Ahdzab: 21)
Kemudian beliau (Syaikh Albany) mengatakan: “Maka Rasul kita Muhammad adalah suri teladan yang baik dalam mengubati segala problem yang menimpa kaum muslimin di masa kita sekarang ini, bahkan dalam setiap waktu dan keadaan. Yang demikian itu menuntut kita agar seharusnya memulai sebagaimana Rasulullah memulai iaitu pertama kali memperbaiki akidah kaum muslimin yang sudah rosak, yang kedua ibadah mereka, dan yang ketiga akhlak. Saya bukan bererti ingin memisahkan antara yang pertama dari yang paling penting menuju yang penting kemudian yang di bawahnya lagi. Akan tetapi yang saya maksudkan adalah agar setiap orang Islam terlebih khusus da’inya untuk memberikan perhatian yang besar (terhadap akidah, red).”
Kenyataan yang menimpa umat secara menyeluruh dan kaum muslimin secara khusus adalah kerosakan hubungan mereka dengan Allah. Bahkan sampai kepada puncak menyekutukan Allah dalam peribadatan dan mengangkat tandingan-tandingan bagi Allah, baik itu dalam wujud manusia atau benda-benda yang tidak boleh bergerak dan berbuat apa-apa.
Penyakit ini telah mendarah daging seperti pohon yang telah menancap akarnya. Bahkan telah menjadi penyakit kanser yang setiap saat merenggut nyawa manusia. Oleh erana itu, sungguh sangat diperlukan ubat yang tepat dan doktor yang pakar untuk membasmi pertumbuhan akar-akar pohon tersebut dan mengubati penyakit-penyakit kanser tersebut. Ketahuilah, doktor umat ini adalah mereka-mereka yang mengikuti langkah Rasulullah dalam berdakwah yang memulai dari tauhid yang merupakan dasar bangunan Islam ini sebagaimana dalam hadits Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Dan memberikan ubat yang sesuai dengan kebutuhan mereka iaitu Tauhidullah.
Wahai para da’i, mulailah dari mana Allah dan Rasul-Nya memulai dan persiapkan dirimu untuk menghadapi segala kemungkinan gangguan dan cubaan yang dahsyat yang terkadang harus mengalami kegagalan di tengah jalan. Mulailah wahai para da’i dari tauhidullah!
Sumber Bacaan: 1. Al Qur’an
2. Kitab Tauhid-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab
3. Qaulul Mufid-Muhammad Al Wushabi
4. Tauhid Awwalan Ya Du’atal Islam Syaikh Al Albany

(http://www.asysyariah.com/print.php?id_online=71)

Thursday 19 December 2013

MENCONTENG RANGSANG KREATIVITI

conteng
Mesti anda biasa menjerit apabila si kecil sudah pandai menconteng. Siapa yang tak naik angin bila lihat dinding rumah yang cantik berseri penuh dengan hasil seni lukis anak tersayang.
Oh! Bersabarlah bila berhadapan dengan situasi ini kerana sebenarnya anak anda sedang  mengasah bakat dan kreativitinya. Kanak-kanak usia dua hingga tiga tahun memang gemar menconteng. Bila terjumpa pensil warna, dia akan terus menconteng tak kira di mana.
Jadi, untuk memastikan si manja dapat terus berkarya dan dalam masa yang sama, anda tidak naik angin melihat ‘kecantikan’ dinding rumah, berikan dia ruang untuk mengasah kreativitinya.
  1. Sediakan kertas lukisan besar
Kadang kala anak lebih suka melukis di dinding rumah yang luas. Jadi, apa kata anda lekatkan kertas lukisan bersaiz besar di dinding. Biarkan anak mengekspresi dirinya kerana aktiviti menulis dan melukis mampu merangsang kreativitinya.
  1. Kotak warna putih
Rasanya, anak-anak kecil berminat menconteng ruang berwarna putih bersih. Apa kata anda sediakan sebuah kotak putih yang boleh dihiasi mengikut kreativitinya.
  1. Pakaian lama
Kadang-kala anak gemar menconteng baju. Oleh itu sediakan baju lama yang sudah tidak digunakan sebagai tempat dia melukis dan menconteng. Sebaiknya baju yang tidak bercorak atau lebih baik berwarna putih.

Wednesday 18 December 2013

FAHAM TINGKAH LAKU ANAK


Dalam perkembangan mental kanak-kanak, selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkah laku emosi tidak kurang penting. Ia boleh diklasifikasikan dalam dua perkara iaitu:
Faktor luaran - kanak-kanak sering menunjukkan emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata-kata dan sebagainya.
Faktor dalaman - perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkah laku emosi yang berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan sebaya.
Emosi adalah penggerak pada tingkah laku kanak-kanak dan merupakan cara termudah untuk mereka melahirkan apa yang difikirkan dan dirasakan. Segala situasi yang berlaku di sekeliling dan perubahan yang dilalui akan mempengaruhi tingkah laku emosi seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan sebagainya.
Situasi yang melibatkan tingkah laku emosi kadang kala sukar dinilai terutama di kalangan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana perubahan yang berlaku dalam diri kanak-kanak tidak seimbang.
Setiap perubahan yang berlaku adalah disebabkan perubahan luaran dan dalaman yang berkait rapat dengan perubahan biologi yang kurang konsisten. Seorang kanak-kanak dalam masa yang sama harus mengimbangi perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya.
Ia mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak-kanak. Sekiranya ibu bapa kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak-kanak itu, kanak-kanak yang bijak akan mula memanipulasi ibu bapa untuk memenuhi kehendak mereka.

Monday 16 December 2013

ENAKNYA BUAH DABAI

Sibu mempunyai keunikan tersendiri yang mempunyai hasil tani, buahan serta sayuran tempatan yang mungkin tidak atau jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia antaranya ialah buah Dabai yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat MelayuMelanau dan Iban.

Baru-baru ini adik saya membawanya dari Sibu sebab musim buah dabai sudah tiba dengan harga purata dari RM15.00 hingga RM20.00 sekilo. Rasanya memang enak dan lemak dah sesuai dimakan dengan nasi panas. Walaupun jauh beribu batu, saya masih boleh menikmati makanan kegemaran saya yang musimnya hanya setahun sekali.


Buah dabai ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, SarikeiKapitSongBintangorMukahOyaIgan dan sebagainya.



Buah Dabai memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.