Saturday 21 September 2013

AUFA SHAHIERA DI HARI RAYA

Raya tahun 2013 Aufa sudah berumur 1 tahun 8 bulan, memang raya sakan anak dara  saya nie. Baju raya Aufa sebanyak 10 pasang jadi Aufa beraya sampai 10 hari raya hehehe...Biar kita takde baju raya janji anak dapat baju raya banyak sikit dan merasa raya dengan sempurna. Keseronokan melihat anak beraya memberikan seribu kebahagiaan. Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan anak yang comel dan cerdik kepada saya dan isteri. Inilah anugerah yang tidak ternilai yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Saya kongsikan beberapa gambar untuk tatapan semua.






Friday 20 September 2013

MATI ITU PASTI

Dia lah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan. (Surah Yunus, 10:56)
Usia adalah nikmat yang akan ditanya oleh Allah SWT. Semakin bertambah usia kita, ertinya semakin banyak persoalan yang perlu dijawab di hadapan-Nya.
Setiap tahun, kita melihat kumpulan jemaah haji yang pergi dan pulang dari Tanah Suci. Kita berkata Alhamdulillah, sebaik jemaah haji yang berangkat meniggalkan tanah air itu selama pulang semula di kampung halaman. Namun, sedarkah kita bahawa akan tiba suatu saat nanti dimana kita pula dihantar pergi dan tidak akan kembali?
Bila sudah sampai masa kita, nyawa pasti tercabut. Kuburlah destinasi kita yang seterusnya, sementara menanti saat dipanggil ke Hari Akhirat. Semuanya akan kekal di sana tanpa dapat pulang semula. Oleh itu, beringat-ingatlah sebelum tiba masanya kita tidak akan dibenarkan pulang lagi.
Itulah saat kematian.
Ya, itulah kematian. Kita sering berhadapan dengan saat kematian ahli keluarga, kenalan atau sahabat handai. Sedarkah kita… hari ini kita solatkan jenazah orang, tapi suatu hari nanti, akan tiba masanya, orang lain pula yang akan solatkan jenazah kita.
Seringkali kita mendengar apabila berlaku kematian, ia disebut sebagai ‘tamatlah riwayat’. Sebenarnya riwayat si mati tidak tamat. Tapi baru sahaja bermula episod baru iaitu Alam Barzakh; yang akan menjadi tempat tinggal sementara kita yang seterusnya. Elok amalan kita, eloklah tempat tinggal kita. Begitu juga sebaliknya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).
Bila kita mati, tiada apa yang akan kita bawa selain tiga amalan ini. Ketika itu, tidak mampu lagi melakukan apa-apa kerana sudah terlambat untuk kita. Menangis, menangis, meraung, tertunduk menyesal pun tiada guna kerana kita sudah diberi masa yang cukup panjang.
Setiap saat, setiap nafas, semua akan disoal oleh Allah swt. Tapi masa itu lah yang selalu kita bazirkan.

Marilah berpegang pada tali Allah sedaya upaya kita.
Jika pergi ke tempat yang tidak pernah pergi, kita akan cuba usahakan untuk mengekori kereta yang dipandu oleh pemandu yang biasa ke tempat tersebut. Andai terpisah jauh sehingga bayangnya tidak kelihatan lagi, sudah tentu kita berasa runsing kerana bimbang tersesat jalan. Demikian juga dengan perjalanan kita ke akhirat. Hendaklah kita mengekori rapat panduan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW iaitu al-Qur’an. Jika kita jauh daripada al-Qur’an, sepatutnya kita berasa risau dan gundah gulana. Apakah akan sampai kita ke akhirat nanti dengan selamat?
Apabila tiba saat kematian dan kita pula dalam perjalanan menuju ke kampung akhirat, ketika itu sudah tiada guna sebarang milik kita ini. Usah ditanya lagi, apa milik kita? Semuanya tidak akan dapat membantu kecuali amalan. Tidak kira apa tafar kita; jawatan, pangkat dan kebesaran telah tiada gunanya. Justeru, kita perlu segera jadikan amalan kerja di dunia ini menjadi pahala di sisi Allah kelak.
Hargailah denyut nafas yang dipinjam-Nya. Sesungguhnya, nyawa yang dianugerahkan umpama bateri pada sebuah kereta. Tanpa bateri, kereta tidak akan dapat dihidupkan. Ada bateri yang menunjukkan tanda untuk rosak. Ada juga yang tiba-tiba sahaja rosak. Begitulah nyawa kita; adakala tanpa tanda, kita dipanggil Ilahi.
Hidup ini pasangannya adalah mati. Sepeti pagi pasangannya adalah petang. Dunia pasangannya akhirat. Pasangan Syurga adalah Neraka. Kesemua ciptaan Allah mempunyai pasangan. Yang tiada pasangan hanya Allah sahaja.
Sedarlah… kita semua adalah tetamu. Apabila disebut sebagai tetamu, ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan milik kita. Maka kita tidak boleh memandai-mandi melakukan apa yang kita mahu.
Jika kita bertamu ke rumah orang, kita seharusnya menjaga perilaku kita di tempat yang bukan milik kita.  Begitu juga kita sebagai tetamu Allah di muka bumi ini. Sampai masa kita akan kembali juga kepada-Nya, kepada Dia Maha Pencipta.
Bumi ini juga bukan hak kita dan bukan ciptaan kita. Kita keluar dari perut ibu, tengok-tengok bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita dan datuk nenek kita. Segala yang ada di bumi ini sudah ada saat mata kita tercelik kerana  hatta sebutir beras pun tidak dibuat oleh manusia. Semuanya adalah ciptaa Allah. Ertinya, kita hidup di bumi ini, makan tanaman yang dicipta-Nya, hirup udara-Nya, maka adakah munasabah kita mahu melawan-Nya?
Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk metaati-Nya.
Marilah kita menjadikan kehidupan yang dipinjam ini sebagai saksi bahawa kita telah melakukan amalan soleh selama hayat dikandung badan.
Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi.

Tuesday 17 September 2013

REDS SASAR AKSI EROPAH

Pemain Liverpool, Daniel Sturridge didakap Brendan Rodgers (kanan) selepas menjaringkan gol tunggal kemenangan Reds menentang Manchester United di Anfield, kelmarin. - AGENSI

LONDON - Brendan Rodgers yakin Liverpool kini bersedia memberikan cabaran serius memburu kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Malah, kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara, Manchester United kelmarin menyakinkan pengendali Reds itu bahawa pasukannya juga berada di landasan terbaik untuk kembali bersaing dalam kancah bola sepak elit Eropah, Liga Juara-Juara.

Jaringan tunggal Daniel Sturridge kelmarin membantu Liverpool mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, sekali gus mengutip sembilan mata maksimum dalam tiga perlawanan awal musim setakat ini.

Ia adalah permulaan terbaik buat Reds dalam tempoh hampir 20 tahun.
"Perlawanan ini (menentang United) antara perlawanan besar yang kami mahu menang kerana kami seri dengan mereka musim lalu.

"Tiada apa yang lebih menggembirakan saya daripada mengharungi tiga perlawanan pertama dengan kemenangan.

"Ia satu langkah ke hadapan buat kami. Mentaliti kemenangan kini semakin kuat, dan tahun ini adalah tahun yang sangat penting.

"Kami melangkah ke arah yang betul, tetapi kami tidak akan terbawa-bawa dengan kemenangan awal musim kerana kita semua tahu, perjalanan liga sangat panjang, jadi pemain harus memandang lebih jauh ke hadapan dengan sasaran utama adalah menempatkan diri dalam kalangan empat pasukan terbaik," ujar Rodgers.

Bagaimanapun, Rodgers mengakui, kemenangan ke atas musuh tradisi, United jelas menyuntik semangat buat anak-anak buahnya.

"Saya rasa ia keputusan yang bagus dan pertahanan kami menunjukkan prestasi yang cemerlang. Manchester United juga bermain baik, tetapi kami tidak hilang fokus sebelum mencatat kemenangan yang hebat," katanya.

Victor Moses, Mamadou Sakho serta Tiago Ilori semuanya menonton kemenangan Liverpool daripada tempat duduk lembaga pengarah di Anfield kerana mereka akan melengkapkan perpindahan ke Liverpool hari ini.

United, yang hanya memenangi satu daripada tiga perlawanan pembukaan mereka setakat ini, menunjukkan pertahanan yang rapuh di awal saingan, malah pengendali pasukan, David Moyes menyalahkan ketiadaan penyerang England, Wayne Rooney akibat kecederaan antara punca kegagalan pasukan pulang bersama mata di Anfield.

"Kalau ada Wayne, keadaan pasti berbeza. Kami seperti kekurangan sesuatu. Saya fikir kami bermain dengan sangat baik tetapi melepaskan gol pada awal saingan sesuatu yang teruk.

"Apa pun keseluruhannya, saya rasa kami bermain baik dan nampak mantap dalam semua tiga perlawanan setakat ini. Kami akan terus beraksi dengan pemain-pemain yang ada, malah saya sebenarnya kagum melihat cara mereka bermain. Sekarang saya faham, mengapa mereka ini menjadi juara musim lalu," kata Moyes.

Moyes, yang tidak pernah menang di Anfield dalam 12 perlawanan, termasuk 11 perlawanan bersama pasukan lamanya, Everton masih berharap untuk melengkapkan perpindahan dengan dua bekas pemainnya di Everton, Marouane Fellaini dan Leighton Baines hari ini. - AGENSI



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 16 September 2013

Sambutan Hari Raya di Parit Perak


Assalamualaikum semua, hampir dua bulan saya tidak kemaskini blog saya kerana kesibukan berkerja dan urusan keluarga. Tahun ini adalah giliran beraya di sebelah isteri di Parit, Perak. Kemeriahannya apabila pada malam raya adik beradik, biras2 dan anak2 saudara membuat persiapan untuk hari raya. Terpampang kegembiraan diwajah mak dan bapak mertua melihat anak2 dan menantu berkumpul pada hari raya. Itulah nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita apabila dianugerahkan anak2 yang bila apabila besar membalas kembali pengorbanan mereka membesarkan kita. 

"10 orang anak mampu dibesarkan dan dipelihara oleh orang tua tetapi belum tentu 10 orang mampu menjaga dan memelihara orang tua mereka". Itu adalah sekadar peringatan kepada kita sebagai seorang anak yang pada masa akan datang pun akan menjadi tua. Saya selalu mengingatkan diri saya bahawa sebagai anak lelaki tanggungjawab menjaga orang tua adalah sampai ke akhir hayat. Tiada pilih kasih antara mak dan bapa, kedua-duanya adalah penting dan yang lebih penting syurga itu adalah dibawah telapak kaki Ibu. 

Saya kongsikan gambar-gambar keluarga untuk tatapan semua.


Mak dan Abah Mertua


Yong, Yoep dan keluarga (Hafizah xde, bertugas di Brazil)


Nyah, Abg Nyah dan keluarga


 Yang, Abg Yang dan Keluarga


Abang, Kakak dan keluarga


Saya sekeluarga




*Adik beradik yang xde sebab beraya dgn mertua adalah Cho Hasnan dan Ucu Izwan.