Friday 31 January 2014

HADIS 40 - HADIS 4

HADIS 4

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal
kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Kefahaman Hadis :

1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
    Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
    Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran         kepada manusia … untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah       melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.

2) Ditiup Ruh :
    Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari     disenyawakan.
    Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat     bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin :
    Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai     jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati       selepas itu.
    Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat.       Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah
    Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada         iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam         pengetahuannya.
    Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

Pengajaran hadis:
  • Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.
  • Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.
  • Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang.
  • Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.

Thursday 30 January 2014

LIVERPOOL CATAT KEMENANGAN BESAR


LIVERPOOL - Jurulatih Liverpool, Brendan Rodgers berharap kemenangan 4-0 pasukannya ke atas Everton semalam akan memberi mereka kelebihan psikologi dalam pemburuan slot ke Liga Juara-juara Eropah.

The Reds meraih kemenangan yang cukup bermakna ke atas Everton di Anfield semalam, yang terbesar sepanjang sejarah permusuhan mereka sejak November 1982, menerusi dua gol yang disumbangkan oleh Daniel Sturridge dan masing-masing satu gol dari Luis Suarez dan Steven Gerrard.

Kemenangan itu membantu Liverpool mengukuhkan kedudukan di tempat keempat dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL), empat mata meninggalkan musuh setempatnya itu dan Rodgers yakin mereka mampu menjadi antara empat kelab terbaik musim ini.

"Semua kemenangan sangat penting, terutama sekali menentang musuh setempat. Secara psikologi kemenangan besar akan menaikkan keyakinan dan kepercayaan terhadap pasukan.

"Saya rasa sepanjang musim ini kami telah menunjukkan bahawa kami pencabar yang serius. Kami juga telah menunjukkan semangat sepasukan yang tinggi, walaupun kami kehilangan pemain tetapi kami telah mengatur agar tidak bergantung kepada hanya seseorang pemain sahaja.

"Ini adalah kemenangan pertama saya dalam pertemuan dengan musuh setempat tetapi saya lebih gembira melihat pemain dan penyokong. Saya sangat gembira jika kami kekal di antara empat terbaik hingga Mei ini," kata Rodgers.

Rodgers juga memuji persembahan penyerang England, Sturridge selepas dia menjaringkan 16 gol dalam semua pertandingan musim ini.
Sturridge terlepas peluang untuk mencipta jaringan hatrik apabila sepakan penalti yang diambilnya tersasar dan dilihat marah selepas dikeluarkan tatkala perlawanan berbaki 18 minit.

Jurulatih Everton, Roberto Martinez pula menganggap prestasi pasukannya mengecewakan tetapi dia tidak bersetuju dengan Rodgers yang menganggap keputusan tersebut memberi gambaran terhadap pengakhiran musim ini.
"Memang mengecewakan tetapi saya tidak fikir keputusan itu akan menjadi ukuran tentang apa yang akan berlaku Mei ini.

"Saya rasa apa yang penting kami belajar tentang prestasi pada separuh masa pertama. Prestasi kami tidak mencapai standard kami. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kami menunjukkan prestasi seperti itu.

"Kami hilang konsentrasi dan terlalu fokus untuk mencari gol sehingga membiarkan ruang terlalu terbuka," kata Martinez. - AFP

Everton juga ditimpa malang apabila penyerang yang dipinjam dari Chelsea, Romelu Lukaku cedera dan terpaksa diusung keluar padang pada minit ke-25. - AFP



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday 24 January 2014

BENTENG REDS DIRUNDUNG MASALAH



LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers perlu memberi perhatian serius kepada taktik yang digunakan pasukannya ketika ini kerana benteng pertahanan mereka terlalu banyak melepaskan gol dan Reds tidak boleh bergantung kepada jentera serangan yang berkaliber semata-mata.

Beberapa perlawanan terakhir Liverpool menyerlahkan betapa rapuhnya benteng pasukan itu, terutama apabila lawan mengatur serangan balas.

Aksi menentang Stoke City pada 12 Januari lalu mendedahkan kelemahan ketara Reds, apabila melepaskan tiga gol biarpun pada akhirnya menang 5-3 di Stadium Britannia.

Pertemuan dengan Aston Villa, yang berkesudahan seri 2-2 di Anfield, Sabtu lalu juga memperlihatkan betapa Liverpool memerlukan pemain tengah yang mampu membantu bahagian pertahanan.

Ketika ini, Lucas adalah pemain tengah yang mampu membantu benteng pertahanan, malangnya tonggak Brazil itu mengalami kecederaan lutut dan terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya dua bulan.

Rodgers dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk pemain tengah bertahan dari Belanda, Nigel de Jong bagi mengisi kekosongan Lucas.
De Jong, 29, kini beraksi bersama AC Milan, gergasi bola sepak Itali yang sedang bergelut dalam kancah Serie A. - AGENSI



Sumber dari :
 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

HADIS 40 - HADIS 3

HADIS 3

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) bab
(باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيانأرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16).

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :

   Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah    kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.
   Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-            cabangnya.

2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :

    Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
    Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
    Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
    Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah)- fasiq
    Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq

3) Matlamat Ibadat :
    
  •     Syahadah - syarat diterima amalan lain.
  •     Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab 
  • .   Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
  •     Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu                     melewatkan pemergiannya - wajib segerakan.
  •     Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
  •     Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada               ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Thursday 23 January 2014

HADIS 40 - HADIS 2

HADIS 2

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم.

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan
meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:

Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah
Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:

Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Pokok Perbincangan Hadis :

  1. Kedudukan hadis ini - ibu kepada hadis-hadis lain mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya
  2. Islam - terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/       badani wa maali.
  3. Iman - asal iman/ iman dan islam/ qaul - amal juga sebahagian dari iman.hadis Imatotul atza - tolak pendapat Al Murji’ah.iman kepada qadho’ dan qadar………..
  4. Membezakan antara sifat Allah dengan sifat             makhluk…cth. Ilmu Allah…
  5. Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat..
  6. Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin) : rupa asal - 2 kali
  •     tahun ketiga dilantik menjadi rasul - di langit
  •    semasa isra’ dan mi’raj - mempunyai enam ratus    sayap.


Pengajaran hadis:

Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan.

Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.

Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.

Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.

llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya.

Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.

Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bosnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.

Wednesday 22 January 2014

HADIS 40 - HADIS 1

HADIS 1

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمالبالنية) 􀁌 باب قوله ) hadis nombor 1908).

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Pokok perbincangan hadis :

1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais

2) Kenapa niat penting :


  • untuk bezakan ibadat dengan adat.
  • untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.

3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah :


  • tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat.
  • haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).

4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :


  • dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
  • makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
  • jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:


  • Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki) 
  • Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.
  • Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/tidak melampau/ menepati syariat.
  • Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga       membinasakan diri - sprt - tak makan - berdosa.

Antara pengajaran hadis:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.



Tuesday 21 January 2014

ISLAM KEMBALI DAGANG

Petikan dari Hadith 40: Islam Kembali Dagang


Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

(H.R. Muslim)


Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Sumber dari http://40hadith.blogspot.com/2007/12/islam-kembali-dagang.html

Monday 20 January 2014

LIVERPOOL BANGKIT SELEPAS KETINGGALAN DUA GOL

PENYERANG Liverpool, Daniel Sturridge menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool semalam, yang berkesudahan seri 2-2. - REUTERS

LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berkata, kejayaan pasukannya memperoleh keputusan seri 2-2 dengan Aston Villa selepas ketinggalan dua gol harus dilihat sebagai tanda kemajuan prestasi yang telah mereka lakukan musim ini.

Villa mendahului 2-0 di Anfield menerusi jaringan Andreas Weiman dan Christian Benteke tetapi jaringan Daniel Strurridge sebelum tamat separuh masa pertama dan jaringan penalti Steven Gerrard memastikan satu mata menjadi milik mereka.

Rodgers menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang sangat berharga buat Liverpool yang kini menghuni anak tangga keempat liga untuk merebut slot ke Liga Juara-juara.

"Ini merupakan penanda aras kepada persembahan kami. Kami menentang Stoke dan Aston Villa pada waktu yang sama musim lalu tetapi gagal mendapatkan mata, kami tewas dalam kedua-dua perlawanan itu.

"Kali ini empat dari enam mata. Ini merupakan mata berharga untuk kami. Kami tidak beraksi dengan baik tetapi mentaliti pasukan membuktikan kami boleh melakukan sesuatu. Ini merupakan keputusan yang baik selepas kami ketinggalan 2-0," katanya. - AFP

"Kami tidak beraksi dengan bagus tetapi paling penting kami dapat sesuatu daripada perlawanan ini. Sekali lagi kami menunjukkan kebolehan untuk bangkit semula," katanya.

Rodgers turut mengulas keputusan kontroversi pengadil Jon Moss yang menghadiahkan sepakan penalti selepas Luis Suarez dijatuhkan penjaga gol Villa, Brad Guzan.

Ulang tayang televisyen bagaimanapun gagal membuktikan sama ada berlaku sentuhan di antara Guzan dan penyerang Uruguay itu.

"Sangat jelas penalti, apabila anda melihatnya secara dekat, lengan kiri penjaga gol terkena kaki Luis Suarez.

"Saya juga merasakan kami kurang bernasib baik apabila tidak diberikan satu lagi sepakan penalti apabila bola terkena tangan Leandro Bacuna," katanya. - AFP


Sumber dari:

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 18 January 2014

LIVERPOOL BERADA PADA TAHAP TERBAIK - SUAREZ

Luis Suarez mendahului senarai penjaring musim ini dengan 22 gol. - REUTERS

KUALA LUMPUR - Prestasi yang dipamerkan Liverpool sepanjang 21 perlawanan musim ini membuktikan mereka layak untuk beraksi dalam Liga Juara-juara, kata ayam tambatan The Reds, Luis Suarez yang kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris.

Dua gol yang diledakkan bintang Uruguay itu pada hujung minggu lalu membolehkan Liverpool membenam Stoke City 5-3 di Stadium Britannia. Dia telah menjaringkan 22 gol setakat ini walaupun hanya beraksi dalam 16 perlawanan Liga Perdana musim ini.

Pemain yang menyarung jersi No. 7 itu mempamerkan prestasi mengagumkan sejak musim 2013/14 bermula dan aksi cemerlang yang dipamerkan Suarez menjanjikan satu sisi baru penyerang tersebut dengan permainan yang cukup kreatif serta menarik.

Persembahan prolifik yang dipamerkan Suarez telah membantu skuad bimbingan Brendan Rodgers mengekalkan kedudukan empat teratas liga setakat ini dan turut menghidupkan peluang untuk memburu gelaran.

"Prestasi yang ditunjukkan sekarang amat penting kerana sejak dua tahun lalu kami gagal membuktikan Liverpool mampu beraksi dalam Liga Juara-juara. Sekarang kami bermain cemerlang, tahap yang melayakkan kami beraksi dalam Liga Juara-juara.

"Kami memiliki pemain yang bagus dan jika mengekalkan kecemerlangan ini, kami mampu berbuat begitu (layak ke Liga Juara-juara)," kata Suarez, dipetik dari laman web rasmi pasukan, Liverpoolfc.com.

Walaupun, Suarez tidak dicalonkan sebagai penerima anugerah FIFA Ballon d'Or semalam, pemerhati sukan mengesyorkan bahawa penyerang Liverpool itu berhak untuk berada dalam kelompok pemain terbaik dunia.

Berdasarkan kajian statistik, bintang Liverpool itu kini berada di depan dua pemain handalan, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dari Barcelona serta Real Madrid, dalam carta penjaring terbanyak bagi kempen kali ini.

Ketika ditanya kepada Suarez, anda akan menerima jawapan merendah diri daripada penyerang itu apabila dia hanya berminat untuk memberi tumpuan kepada sumbangannya terhadap pasukan dan bertindak selaku wakil penyokong kelab.

"Ketika kanak-kanak anda banyak berangan. Tidak ramai orang atau pemain bercakap mengenainya dan bagi saya memang sukar untuk dipercayai. Begitu juga dengan Liverpool, sejak dua atau tiga tahun lalu kami tidak bermain di tahap sebenar. Sekarang kami kembali mendapatkan sentuhan itu.

"Anda bekerja keras untuk penyokong. Ini amat penting kerana beberapa bulan lalu saya berada dalam situasi sukar. Sekarang saya telah berubah," tambah pemain berusia 26 tahun itu.

Suarez menjaringkan 23 gol dalam 33 perlawanan Liga Perdana musim lepas, satu rekod yang hampir pasti diatasi sendiri pemain itu musim ini.

sumber dari:-


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140115/sl_03/Liverpool-berada-pada-tahap-terbaik---Suarez#ixzz2qRqZFrqe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday 17 January 2014

MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Terdapat juga pelbagai nama disebut dalam bahasa lain bagi Maulidur Rasul.
Nama lain bagi Maulidur Rasul
NamaBahasaMaksud
Mawlid an-NabīArab"Kelahiran Nabi"
Milād an-NabīArab dan Urdu"Kelahiran Nabi"
Mevlid-i ŞerifTurki"Kelahiran yang dirahmati"
Mevlud/Mevlidbahasa Bosnia"Kelahiran"
Mawlūd-e SharīfUrdu dan Dari"Kelahiran yang dirahmati
Zadruz-e Payambar-e AkramParsi"Kelahiran yang agung/yang dirahmati"
Eid al-Mawlid an-NabawīArab"Pesta kelahiran Nabi"
Eid-e-Milād-un-NabīUrdu"Pesta kelahiran Nabi"
Mawlid en-Nabaoui EcharifArab Algeria"Kelahiran Nabi yang dirahmati"
el Mūled (en-Nabawi)/Mūled en-NabiArab Mesir"Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi"
Yawm an-NabīArab"Hari Nabi"
Maulidur-RasūlMelayu"Kelahiran pesuruh Allah"
MuludJawa"Kelahiran"
Maulid NabiIndonesia"Kelahiran Nabi"
Maulud NabiMalaysia"Kelahiran Nabi"
MaulidiSwahili-
Meeladu NabiSri LankaIndia Selatan dan Maldives"Kelahiran Nabi"
GamouWolof-
Nabi/Mahanabi JayantiSanskrit dan India"Kelahiran Nabi (yang agung)"