Friday 11 January 2013

Kota Membeli Belah Bandung, Indonesia Part 1

Hari Ketiga 30 Disember 2012 (Ahad) 

Sampai di Bandung, Jakarta jam 9.10 pagi, cuacanya terasa dingin dan selesa sekali. Bila sampai jea,aku cuba cari map atau peta Bandung untuk memudahkan perjalanan di sekitar Bandung. Agak mengecewakan di sekitar stesen Bandung tidak disediakan map atau peta kota Bandung, puas aku bertanya jawapannya tiada disediakan. Apapun, dengan teknologi yang moden GPS telefon Samsung Galaxy Note mengambil tempat membantu perjalanan kami di Bandung. 


Best naik keretapi


Selamat Datang ke Bandung


Nampak signboard Bandung kat belakang


Jalan Riau, Jalan Dago, Cihampelas Walk, Jalan Setiabudi, Tangkubang Prahu dan lain-lain lagi adalah tempat-tempat yang popular di Bandung. Akhirnya aku memilih untuk berjalan-jalan di sekitar Jalan Riau dan Jalan Dago dahulu memandangkan hanya semalam di Bandung. Perjalanan dari Stesen Keretapi Bandung ke Jalan Riau mengambil masa 15 minit dengan tambang teksi RP25,000 (RM9.00).

Kami terus ke Factory Outlet di sekitar Jalan Riau, memang branded barang-barangnya dan yang penting amat murah dan mampu untuk dibeli. Hampir semua Factory Outlet kami singgah dan memang menawarkan harga yang berpatutan. Sehinggakan Baby Aufa beberapa kali tidur sepanjang kami singgah di gedung-gedung Factory Outlet.






Akhirnya kami menjamu selera di Heritage Food Market bersebelahan dengan Heritage Factory Outlet setelah hampir setengah hari meronda di Jalan Riau. 


Hadapan Heritage Food Market


Seronok Aufa bila nak makan



Memang popular Heritage neh

Thursday 10 January 2013

Trip ke Bandung, Indonesia Part 2

Hari Ketiga 30 Disember 2012 (Ahad) 

Dalam perjalanan menaiki keretapi ke Bandung, saya dapat melihat keindahan bumi Indonesia yang menggunakan sepenuh tanah untuk tujuan pertanian. Usaha dan penat lelah penduduk mengusahakan pertanian dapat menjamin bahan makanan mencukupi untuk rakyat Indonesia. Betapa besarnya pengorbanan petani-petani dalam memainkan peranan memastikan makanan cukup sepanjang masa.

Sebut jea pertanian memang sudah sinonim dan sebati dalam diri saya, walaupun bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya kena faham dan berilmu mengenai dasar-dasar yang telah dirancang agar boleh diterangkan dan disampaikan kepada golongan sasar.

Apabila melihat kegigihan petani-petani di Indonesia, di Malaysia juga petani-petani amat hebat, gigih dan bersemangat dalam menghasilkan bahan makanan untuk rakyat Malaysia. Sumbangan mereka amat besar kerana memastikan kita boleh menikmati makanan sehingga ke hari ini. Terima kasih kepada Petani, Penternak dan Nelayan diatas jasa dan sumbangan dalam memastikan bahan makanan mencukupi untuk rakyat Malaysia.



Penanaman padi secara tradisonal masih dipratikkan


Penanaman padi secara bertingkat-tingkat amat menarik


Cantik sekali....


Kawasan cerun yang dilalui oleh keretapi


Memang gayat bila melihat ke bawah



Aufa rilek jea dalam keretapi


Hebatnya struktur buatan manusia


Memang tinggi pandangan dari keretapi ke arah highway menghala ke Bandung

Wednesday 9 January 2013

Trip ke Bandung, Indonesia Part 1


Hari Ketiga 30 Disember 2012 (Ahad) 


Pengalaman menaiki keretapi di Indonesia memang menyeronokkan. Perjalanan keretapi dari Stesen Gambir, Jakarta ke Bandung mengambil masa selama 3 Jam. Kami menaiki keretapi jam 5.55 pagi dan tiba di Bandung jam  9.10 pagi. Di Malaysia belum berkesempatan naik keretapi KTM tapi di Indonesia berjaya naik Keretapi Argo Parahyangan dengan Kelas Eksekutif memang selesa dan nyaman. Harga tiket untuk seorang dalam RP90,000 (RM31.50), murah tak?Naik kelas eksekutif harga tu memang puashati ler. Mungkin di Malaysia murah lagi kot. 

Bila dengar orang cakap shopping di Bandung murah, saje nak tengok betui ke tak? kalau barang-barang berjenama memang terkenal murah kat sana sebab ada factory outlet dia sendiri. Mari kita pergi tengok betui ke tak?



Suasana selesa dan nyaman dalam kelas eksekutif


Ada TV menayangkan tempat-tempat menarik di Indonesia


Kaunter pembelian tiket, nampak tak budak kecik tu (Aufa)


Dua-dua menghayati pemandangan indah dari dalam keretapi


Indahnya pemandangan


Rumah-rumah di tempat berbukit


Kenangan naik keretapi di negara orang

Tiket ke dari Stesen Gambir ke Bandung


Tuesday 8 January 2013

Ronda-Ronda di Jakarta, Indonesia Part 2

Hari Kedua 29 Disember 2012 (Sabtu) 

Seterusnya kami ke Grand Indonesia Shopping Town bersebelahan saja dengan Plaza Indonesia. Shopping mall dia pun agak mewah dan berjenama, pelancong luar dan artis Indonesia juga boleh ditemui di sini. Saya kongsikan gambar untuk tatapan semua.


Aufa dan Umi bersama Opah Rozi dan Tira...


Butik Parang Kencana


Entah...apa ke replika neh!!


Sambutan Krismas di Jakarta amat meriah sekali


Aufa baru jea bangun tidur


Bersama keluarga tersayang...


Comelnya patung-patung neh....


Seronoknya Aufa....


Pokok nie buat apa yea....


SEIBU...lebih kurang mcm Parkson di Malaysia

Monday 7 January 2013

Mansfield 1-2 LFC: Photo Special


Get From Author: @JimmyRiceWriter
http://www.liverpoolfc.com/news/latest-news/mansfield-1-2-lfc-photo-special