Sunday 30 September 2012

Aufa dah mula berjalan

Aufa sudah memasuki fasa untuk stabil berdiri dan nak berjalan. Kadang-kadang tengok tv pun berdiri, tapi bila time malasnya memang nak merangkak jea keliling satu rumah. Dah boleh melangkah dalam 2 hingga 4 tapak, kira okey sebab Aufa rajin mencuba. Teruskan usaha anda Aufa....


Aufa dah berdiri...


Percubaan demi percubaan...


Video melangkah beberapa tapak

Friday 28 September 2012

Aku & Puduraya

Selepas 4 tahun, baru aku menjejakkan kaki ke puduraya yang sekarang ini dikenali Pudu Sentral. Terpegun aku melihat kemodenan dan keselesaan di puduraya. Jika diingat kembali 4 tahun lepas,aku adalah pengguna tegar bas berulang dari Ipoh-KL setiap hari bertugas di Putrajaya. Ketika itu, isteri masih bertugas di Ipoh , Perak dan aku tiada pilihan terpaksa berulang setiap hari dari Ipoh-KL. Bangkit pada jam 4.15 pagi, bersiap-siap untuk ke Stesen Bas Medan Gopeng dan kadangkala menunggu di bus stop berhadapan dengan taman perumahan aku di Simpang Pulai, bas bertolak setiap hari pada jam 5.00 pagi.

Singgah solat Subuh di R n R Ulu Bernam atau Tanjung Malim sudah menjadi kemestian sebelum tiba di KL. Jam 7.15 pagi sampai di Puduraya terus amik motor untuk bergerak ke Putrajaya mengambil masa dalam 35 minit. Sampai di MOA jam 7.50 pagi dan memulakan rutin kerja seperti biasa. Aku telah tetapkan sebelum jam 4.30 petang semua kerja-kerja opis perlu disiapkan sebelum aku punch out jam 5.00 petang.

Menaiki bas jam 6.30 petang, aku kena bergerak dari opis selewat-lewatnya jam 5.45 petang. Bas yang aku naik pada jam 6.30 petang akan singgah solat Maghrib di Hentian Ladang Bikam dan akan tiba di Ipoh jam 8.45 mlm. Itulah rutin kehidupan aku selama hampir 2 tahun berulang dari Ipoh-KL. Ramai pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai rutin sama seperti aku ketika itu, adanya pegawai kanan JKR, pegawai kanan KSWP, pegawai bank SME, pegawai kanan SSM dan ramai lagi.

Puduraya pada ketika itu memang dekat dihati kerana hampir separuh rutin hidup aku menjadikan puduraya persinggahan sebelum balik ke rumah. Percaya atau tidak, rakan-rakan boleh cuba menaiki bas Ipoh-KL jam 5.00 pagi dan akan berjumpa dengan kumpulan yang sentiasa berulang alik setiap hari. Hentian Puduraya menggamit seribu memori dan nostalgianya akan sentiasa dekat dihatiku.



Cantiknya Pudu Sentral


Mesin ATM yang teratur dan selesa


Plak berbentuk bas Hentian Puduraya


Kaunters pembelian tiket


Puduraya sekitar tahun 1970-an


Puduraya sekarang digelar Pudu Sentral


Padangan dari tingkat atas Pudu Sentral

Thursday 27 September 2012

Bijakkah Kita?

Adakah ini makanan tengahari kita apabila tiba pertengahan bulan dan dekat-dekat nak gaji? Selalunya situasi ini juga sering dikaitkan dengan menu maggi jika berada di pertengahan bulan. Lebih-lebih lagi selepas sambutan Hari Raya baru-baru ini, adakah kita tergolong dalam kumpulan ini? Pokok pangkalnya kita perlu bijak berbelanja dan pandai berjimat agar ekonomi kita kukuh sehingga bertemu pada pembayaran  gaji seterusnya. Sememangnya apabila menyambut perayaan yang besar kita mahu yang sempurna untuk diri dan keluarga kita tetapi kita kena bijak dalam pengurusan kewangan. Fikir-fikirkan bersama....


Gambar Hiasan



Wednesday 26 September 2012

First Time Tengok Pokok Asam Gelugor

First time aku tengok buah asam gelugor atau asam keping. Aku selalu tolong orang rumah masak dan dia selalu mintak asam keping untuk campuran dalam masakan. Baru nie aku tengok pokok dan buahnya hehehe....


Buah asam gelugor


Buah asam yang telah masak


First time tengok buahnya kat pokok


Pokok asam gelugor



Tuesday 25 September 2012

Gelagat Aufa @ Majlis Kenduri

Baby Aufa pergi kenduri pertunangan Along Muhairil di Fasa 2I Seri Manjung, Perak. Tengok ler gelagat Aufa nie yea.... 


Bergurau dengan Umi


Aufa dan Umi


Pandai dia buat memek muka

Monday 24 September 2012

Lawatan @ Kilang Labu Sayong Tanjong Bidara

Lawatan di Daerah Kg. Gajah diteruskan dengan melihat industri-industri yang diusahakan dan dijalankan oleh penduduk tempatan. Kilang perusahaan labu sayong sememangnya terkenal di negeri Perak. Jika rakan-rakan sampai ke Daerah Kg. Gajah boleh singgah ke kilang labu sayong En. Shamsudin di Kg. Tanjong Bidara betul-betul terletak di bahu jalan yang menuju ke Pekan Bota.


Boleh berkunjung hanya di bahu jalan jea


Pandangan dari depan kedai


Pandangan pusat pembuatan labu dan pasu


Hasil-hasil yang amat menarik dan cantik


Antara penduduk tempatan yang terlibat


Khusyuk adik ini menyiapkan pasu yang ditempah


Gambar kenangan di pusat pembuatan labu dan pasu


En. Shamsudin pemilik kilang


Bergambar dengan pasu yang telah siap

Sunday 23 September 2012

Lawatan ke Makam Sultan @ Daerah Kg. Gajah, Perak

Lawatan ke Kg. Gajah, Perak memberi seribu makna kepada saya kerana berkesempatan melawt tempat-tempat bersejarah. Daerah Kg. Gajah menyimpan seribu rahsia sejarah yang memang diketahui umum terutamanya rakyat Perak, Berdekatan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak yang terkenal dengan sejarah pembunuhan JWW Birch yang diketuai oleh Tok Sagor.

Teruja bila dapat menjejak beberapa tinggalan sejarah seperti makam Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansor Syah. 



Makan Sultan Muzafar Syah dan Sultan Mansor Syah





Saturday 22 September 2012

Kenduri Doa Selamat @ Seri Manjung Fasa 3A

Sempena Majlis Pertunangan Muhairil, pada hari 16 Septembar 2012 (ahad) diadakan majlis doa selamat dan arwah bagi memberkati majlis yang akan diadakan keesokan harinya. Menu utama adalah laksa, roti jala dan lontong. Gambar Aufa pun ada sekali, memang gedik anak aku kalau bab2 bergambar mesti dia ada sekali.


Pelbagai juadah disediakan


Jemaah surau menjamu selera selepas selesai doa selamat


Jemaah surau menjamu selera


Ahli keluarga tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah yang disediakan


Hai...baby Aufa pun ada bersama mak 


Aufa bersama Abg Yang Emi


Aufa bersama Along (Muhairil)


Aufa bersama Abg Kema


Aufa bersama baby Mia


Belia Fasa 3A


Betui ke Man kacau gulai lemak tu....

Friday 21 September 2012

Majlis Pertunangan Muhairil dan Ismaliana

Pada 17 September 2012 (Isnin) berlangsung majlis pertunangan antara Muhairil bin Abd. Mutalib dan Ismaliana binti Ismail di Perumahan Fasa 2I Seri Manjung, Lumut, Perak. Tahniah kepada kedua-duanya semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin,amin. Tahniah buat kedua-duanya, tak sabar nak makan nasik minyak neh!!!

Firman Allah bermaksud:

"Wahai manusia! Bertaqwalah kepada tuhan mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan Nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguh-nya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” [An-Nisaa' : 1]



Memang sepadan


Mak lelaki menyarung cincin pertunangan


Hantaran dari pihak lelaki


Hantaran dari kedua-dua belah pihak


Bergambar mak sebelah perempuan dan mak sebelah lelaki bersama Ismaliana


Ismaliana Ismail


Rombongan pihak lelaki menjamu selera


Rombongan pihak lelaki menjamu selera


Sahabat-sahabat Muhairil dari Fasa 3A




Thursday 20 September 2012

Aufa @ Restoran Satay Kajang Hj Samuri

Pertama kali bawak baby Aufa makan kat Restoran Satay Kajang Hj. Samuri di Bandar Baru Bangi Seksyen 1. Kepada sesiapa yang teringin makan satay tak payah jauh-jauh ke Kajang, dekat bandar baru bangi pun ada cawangannya. Selamat menjamu selera...


Mulut tutup Aufa...


Fuhhh...sedapnya satay


Cawangan Bandar Baru Bangi Seksyen 1