Friday 30 November 2012

Pavilion Negeri Sembilan MAHA 2012

Mari kita ke Pavilion Negeri Sembilan, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang MAHA 2012  berlangsung. Sedikit gambar majlis perasmian Pavilion Negeri Sembilan untuk tatapan semua.


Pintu masuk Pavilion Negeri Sembilan


Cantik tak?


Kiri sekali, Exco Pertanian Negeri Sembilan dan KSU MOA (Kanan sekali)


KSU MOA (kanan) tertarik dengan landskap bunga-bungaan




KSU  MOA dengan para tetamu VIP naik ke menara tinjau Pavilion Negeri Sembilan


KSU MOA ketika majlis sidang media

Booth LPP @ Dewan A MAHA 2012

Nak jumpa Nangka Gergasi nie kena pergi kat Booth LPP di Dewan A. Pelbagai inovasi yang dipamerkan oleh LPP termasuk menanam Rock Melon secara tergantung dengan dibawahnya diletakkan pelbagai tanaman lain. Pastikan sahabat-sahabat melawat booth LPP di Dewan A.



Bergambar di Nangka Gergasi


Rock Melon ditanam secara tergantung

Thursday 29 November 2012

Pavilion Sarawak MAHA 2012

Pavilion Sarawak MAHA 2012 terletak di kawasan pavilion negeri-negeri yang terletak di tepi tasik MAEPS. Kawasan yang strategik dan menghadap tasik telah menjadikan pavilion Sarawak amat cantik sekali. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan di pavilion Sarawak. Mari datang beramai-ramai dan merasai sendiri keseronokan melawat di sekitar kawasan pavilion negeri-negeri.

Di pavilion Sarawak juga ada menjual laksa sarawak, mee kolok dan masakan-masakan tempatan Sarawak. Siapa yang ingin mencuba mari datang ke pavilion Sarawak....


Ruang legar pavilion Sarawak


Peminat kek lapis jangan lepaskan peluang


Kek lapis dengan pembungkusan yang menarik


Sos Cili buatan Sarawak


Jualan beras tempatan Sarawak dan beras bario


Tebaloi makanan tradisional Sarawak


Sagu juga merupakan makanan tradisional Sarawak


Bergambar di hadapan Pavilion Sarawak


Masakan Sarawak juga dipromosikan kepada pengunjung



Wednesday 28 November 2012

MAHA 2012 - Laman Ternakan

Laman Ternakan terletak di Laman Tiba Pintu 2 melalui lebuhraya dari Puchong dimana Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjadi jabatan mengetuai laman ini. Laman Ternakan adalah salah satu tarikan yang paling popular setiap kali MAHA. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan selama 10 hari bermula 23 November 2012 hingga 2 Disember 2012 di laman ternakan. Kepada sahabat-sahabat, mari datang beramai-ramai ke MAHA 2012 yang berbaki 4 hari lagi. Saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan semua,


Di pavilion Burung Walit


Konsep pekan koboi yang amat unik


Berhadapan dengan VIP Meeting Room Ala Koboi


Lawatan oleh DYMM Raja Perlis dan DYMM Raja Muda Perlis

Monday 26 November 2012

MAHA/HPPNK 2012

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua, MAHA 2012 telah kembali lagi. Apa tunggu lagi, mai ler ke MAEPS, Serdang, Selangor. Pelbagai acara menarik disana, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan transformasi pertanian yang moden. Insyaallah, saya akan sertakan gambar-gambar tempat yang menarik mulai esok.


Friday 16 November 2012

Aufa de Open House Raya

Ragam Aufa di Rumah Terbuka Hari Raya Majlis Perbandaran Manjung, Perak.



Aufa bersama kak wawa


Apa pandang-pandang!!!


Aufa bersama Kak Long


Sedapnya makan....

Thursday 15 November 2012

Naufal Kuasa2


Naufal Kuasa 2 bersantai di Kolam Air Pancut di KLCC. Nampak keletihan selepasa seharian berjalan di kota metropolitan Kuala lumpur.


Apa saje yang dimenungkan oleh Naufal Haqimie


Naufal Haziqrie pun menung jugak


Apa nye abah?

Friday 9 November 2012

Aufa di Laman Arnab

Aufa suka sangat kat laman Arnab, saksikan ragam Aufa...



Apakah nama haiwan nie? comelnya...



Ohh...ada rumput ler dalam nie, boleh masuk?


Aufa dah tauk apa haiwan tok? Arnab yang comel.



Bestnya kalau dapat masuk dalam kan...



Apa?nak beli arnab ke?

Thursday 8 November 2012

Aufa dan Manok Serama

Salam semua, mesti keluarga dan sahabat-sahabat setia menanti perkembangan terbaru Aufa. Ini adalah gambar Aufa ketika lawatan ke Hari Terbuka FAMA di Selayang, Selangor. Aufa ikut abah keja pada hujung minggu, seronok dia bukan kepalang sebab dapat jalan-jalan.


Mula-mula takut dia...


Aufa dah seronok....



Ini Aufa punya tau...


"Kesian yang dalam sangkar tuu", Aufa mengeluh.

Thursday 1 November 2012

Kesah Baby Aufa Sakit

Assalamualaikum semua,hampir seminggu tak updates my blog. Cuti Raya Haji dan travelling atas urusan kerja membataskan saya untuk updates blog. Saya kongsikan sedikit mengenai baby Aufa dua minggu lepas sebelum Raya Haji. Aufa terkena cirit birit dan muntah-muntah, kesian tengok dia takda selera makan langsung. 2 hari berturut-turut bawak Aufa gi Emergency kat Putrajaya, akhirnya kena ambik darah jugak untuk tengok tahap keseriusannya. Yang lucunya, doktor cakap macam mana nak admit Aufa kat ward, sedangkan Aufa aktif berjalan ulang alik kt ruang menunggu emergency dan bilik doktor. Alhamdulillah, keputusan darah okey, baby Aufa xde apa-apa hanya perlu hadkan minuman dan makanan untuk sementara sebab perutnya masih belum okey untuk terima byk minuman dan makanan.



Nampak tak bersemangat



Kesiannya dia....


Makan pun xde selera...