Thursday 29 November 2012

Pavilion Sarawak MAHA 2012

Pavilion Sarawak MAHA 2012 terletak di kawasan pavilion negeri-negeri yang terletak di tepi tasik MAEPS. Kawasan yang strategik dan menghadap tasik telah menjadikan pavilion Sarawak amat cantik sekali. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan di pavilion Sarawak. Mari datang beramai-ramai dan merasai sendiri keseronokan melawat di sekitar kawasan pavilion negeri-negeri.

Di pavilion Sarawak juga ada menjual laksa sarawak, mee kolok dan masakan-masakan tempatan Sarawak. Siapa yang ingin mencuba mari datang ke pavilion Sarawak....


Ruang legar pavilion Sarawak


Peminat kek lapis jangan lepaskan peluang


Kek lapis dengan pembungkusan yang menarik


Sos Cili buatan Sarawak


Jualan beras tempatan Sarawak dan beras bario


Tebaloi makanan tradisional Sarawak


Sagu juga merupakan makanan tradisional Sarawak


Bergambar di hadapan Pavilion Sarawak


Masakan Sarawak juga dipromosikan kepada pengunjung



No comments:

Post a Comment