Wednesday 26 December 2012

Pengalaman Menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri

Pengalaman yang paling manis dalam karier kerjaya saya adalah menjadi Setiausaha Sulit kepada YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 2008 hingga 2010. Tidak pernah terlintas dalam diri ini menjadi orang kanan kepada orang politik. Pelbagai pengalaman yang manis ketika bertugas bersama YB Timbalan Menteri, YB yang dimaksudkan adalah Datuk Hajah Rohani binti Hj Abd Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar, Sarawak. Seorang YB yang amat baik dan cukup menjaga kebajikan pegawai dan staf di pejabat. Saya amat beruntung mendapat seorang majikan yang amat baik dan prihatin serta keluarga yang amat peramah sekali. Secara peribadi saya katakan YB adalah majikan yang terbaik setakat yang pernah saya berkhidmat dalam kerajaan. Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada YB kerana memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat selama 2 tahun bersama YB. Semoga saya berpeluang sekali lagi berkhidmat kepada YB untuk masa-masa yang mendatang, amin.

Saya kongsikan sedikit sebanyak gambar-gambar ketika berkhidmat sebagai setiausaha sulit mengikut  YB Timbalan Menteri melawat kawasan berjumpa rakyat, berkempen di pilihanaraya kecil, bertugas ke luar negara dan banyak lagi. 

Persidangan FAO dan Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri ke Rome, Italy


Berada di hadapan bangunan Kedutaan Malaysia di Rome


Ambasciata Della Malesia


Unik bangunan lama di Rome


Monumen Alexander VII Pont Max


Bergambar di kawasan lapang Vatican City


Suasana pagi di Vatican City


Apartment di Rome

No comments:

Post a Comment