Monday 7 January 2013

Ronda-Ronda di Jakarta, Indonesia Part 1

Hari Kedua 29 Disember 2012 (Sabtu)

Hari kedua kami dibawa berjalan-jalan oleh Kak Rozi (Isteri En. Sulaiman) ke City Centre Jakarta iaitu di Grand Indonesia Shopping Town, Plaza Indonesia dan Thamrin City. Ada ler terjumpa artis-artis Indonesia di area tersebut. En. Sulaiman bertugas Kedutaan Malaysia di Jakarta dan dahulunya satu apartment di Presint 14 Putrajaya. Perkhidmatan teksi di Jakarta memang takde masalah sebab mudah untuk didapati di jalan-jalan. 

Kos teksi pun takde ler mahal sangat tetapi berpatutan. Memang selesa menggunakan perkhidmatan teksi di Jakarta. Kosnya dalam RP10,000 hingga RP40,000 dalam Ringgit Malaysia adalah RM3.50 hingga RM14.00 dalam sekitar Bandaraya Jakarta. Dari Kedutaan Malaysia di Kuningan ke pusat bandar Jakarta dalam RP30,000 dalam masa 20 minit (jika tidak jam).

Plaza Indonesia bersambung dengan Hyatt Hotel menjadikan tempatnya eksklusif dan mewah. Harga barang-barang berjenama lebih kurang sama dengan Malaysia. Beberapa gambar untuk dikongsikan bersama.


Butik berjenama di Plaza Indonesia


Lobi Hyatt Hotel Jakarta, Indonesia


Meriah jugak sambutan Krismas di Indonesia


Seronok Aufa asyik bergambar jea...


Aufa dan Umi bergambar bersama Opah Rozi dan Kakak Tira


Sah memang dah samapai kat Plaza Indonesia...


Butik Bvlgari pun ada jugak...



No comments:

Post a Comment