Sunday 9 September 2012

Aufa @ Kenduri Naik Buai

Sabtu lepas 31 Ogos 2012 saya singgah ke kenduri sahabat saya di Seri Manjung, Perak. Kenduri naik buai anak keduanya. Saudara Fadli, semoga kebahagiaan dan kegembiraan melimpah ruah dalam keluarga anda,amin. 

Sebagai peringatan kita bersama;

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;


"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut memberi maksud seperti pepatah Melayu di atas iaitu ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Ini bermakna tugas kita sebagai ibu bapa bukan sahaja mendidik diri sendiri menjadi manusia yang baik, malah mendidik anak-anak kita sejak di dalam kandungan sehingga ia lahir ke dunia.



Wallahualam...



Nor Aishah Sofea


Aufa pun tumpang sekaki dalam buai

No comments:

Post a Comment