Thursday 4 October 2012

Roadshow MAHA 2012 @ UTC Kuala Lumpur

MAHA 2012 akan berlangsung dari 23 November 2012 hingga 2 Disember 2012 selama 10 hari di Tapak MAEPS, Serdang, Selangor. Publisiti telah bermula dengan mengadakan roadshow ke seluruh negara. Salah satu adalah ketika Perasmian UTC Kuala Lumpur di Pudu Sentral. Roadshow ini bertujuan untuk mewar-warkan bahawa MAHA 2012 kembali menemui peminat-peminat dan players-players dalam bidang pertanian dan industri asas tani.

Pelbagai program dan aktiviti menarik menunggu pengunjung disana terutamanya pameran ternakan yang menjadi tumpuan kanak-kanak. Bagi peminat orkid dan bunga-bungaan, jangan lepaskan peluang MAHA 2012 akan membawa pengusaha-pengusaha bunga dan orkid untuk mempamerkan spesis bunga dan orkid yang baru.

Kepada penggemar makanan, popular dish akan mensajikan makanan-makanan popular dari semua negeri yang hanya boleh didapati selama 10 hari di MAHA. Usahawan yang ingin mencari produk-produk asas tani yang terbaharu, Agro Bazaar menyediakan segalanya. Pelbagai lagi pameran yang ada di MAHA 2012, datanglah beramai-ramai menyaksikan pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara.


Bunting MAHA 2012


Bersama Ikmal (Marditech)


Cik Eparizan turut memberi komitmen


Melayan pengunjung di Booth Roadshow MAHA 


Pelancaran UTC Kuala Lumpur oleh YAB Perdana Menteri



No comments:

Post a Comment