Wednesday 3 October 2012

Tugasku di MOA

Salah satu bidang tugas kerja aku di MOA adalah menjadi urusetia media dan publisiti bagi Program Mini MAHA yang dianjurkan oleh MOA. Hampir setiap penganjuran mini MAHA akan melibatkan Unit Komunikasi Korporat MOA (UKK) dalam   menyediakan hebahan di media elektronik dan media massa (mengikut keperluan). Hebahan di Radio dan TV menjadi satu kemestian dalam program mini MAHA. Mini MAHA selalunya dianjurkan pada hujung minggu bermula jumaat dan berakhir pada hari ahad dan kekadangkalanya hampir setiap hujung minggu ada program mini MAHA. Perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Noh bin Hj Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. 


Program Mini MAHA Parlimen Bentong, Pahang

Inilah salah satu tugas aku memastikan hebahan sampai kepada orang ramai dan kehadiran media (wartawan) ketika majlis tersebut serta seterusnya mengaturkan Sidang Media untuk YB Menteri. Kadang-kadang jika ketiadaan Setiausaha Akhbar YB Menteri, aku kena berperanan menasihati YB Menteri sebelum sidang media dijalankan dengan menyediakan info-info yang diperlukan oleh YB Menteri.

Nampak mudah tugas itu tapi jika tersalah info yang aku berikan alamatnya aku kena menanggung kesalahan tersebut huhuhu...Itulah cabaran dalam sebahagian dari tugas aku di UKK MOA.


Pelajar sekolah memperagakan kebudayaan orang asli


Orang ramai menyambut kehadiran YAB Menteri Besar Pahang dan YB Menteri Pertanian serta YAB Menteri Kesihatan


Para VIP menunjukkan isyarat 1Malaysia ketika lagu 1Malaysia dimainkan



Orang ramai juga menunjukkan respon isyarat 1Malaysia

No comments:

Post a Comment