Saturday 1 June 2013

SELAMAT HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA

Abdul Halim of Kedah.jpg
Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia (tulisan Jawiيڠ د-ڤرتوان اڬوڠ) ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri[1].
Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari negeri Kedah.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.
Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu,Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.
PEMILIHAN YDP AGONG
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Syarat yang akan diambil kira ialah:
  1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
  2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
  3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
  4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
  5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
  6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.
KEBAIKAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN
Hanya yang terpilih sahaja boleh dipilih iaitu menurut darah keturunan (monarki) tetapi di dalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden iaitu pemilihan secara moden.
Keunikan tradisi ini bermula sejak tahun 1957, kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.
Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, sistem perlantikan rajanya tidaklah seunik di Malaysia, ini kerana sistem beraja England datang dari satu keluarga sahaja. Uniknya di Malaysia, pemilihan ketua negara datang dari kalangan sembilan orang Sultan yang memerintah Negeri-negeri Melayu.
KUASA RAJA BERPERLEMBAGAAN
Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, MelakaPulau PinangSabahSarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.[2] Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara[3].
Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah[4]:
  1. Melantik seorang Perdana Menteri
  2. Menangguhkan pembubaran parlimen
  3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

Sumber dari Wikipedia

No comments:

Post a Comment