Thursday 4 July 2013

Cicit Allahyarham Tuan Haji Chot @ Sa'arani dan Puan Hajah Lehot @ Zaleha

Kembali ke Sibu sebagai kenangan paling indah kerana Aufa Shahiera dapat berjumpa dengan sepupu sepapat dia. Mereka dibawah ini adalah cicit-cicit Allahyarham Tuan Haji Chot @ Sa'arani dan Puan Hajah Lehot @ Zaleha. Jumlah cicit mereka adalah 12  orang termasuk yang di Penang dan Kuching. Dalam gambar ini hanya ada 8 orang sahaja, Alhamdulillah nenda saya Hajah Lehot masih sihat dan berkesempatan bermain dengan cicit-cicit beliau.

Allahyarham Tuan Hj. Chot telah kembali ke rahmatullah pada 18 Mei 2009, tahun ini sudah 4 tahun beliau meninggalkan kami semua. Rindu teramat sangat dengan Allahyarham, semoga nenda bersemandi dengan aman disana bersama golongan orang beriman dan beramal soleh,amin.

Legasi keturunan beliau sekarang semakin berkembang dan akan memberi manfaat kepada masyarakat dimana sahaja mereka berada,amin. 

Cicit-cicit Allahyarham Tuan Haji Chot 










No comments:

Post a Comment