Tuesday 23 July 2013

Rodgers yakin Suarez kekal

Sekumpulan peminat cuba mendapatkan autograf Luis Suarez ketika pemain Liverpool itu meninggalkan hotel untuk menjalani latihan di Melbourne, semalam. - AFP

MELBOURNE - Brendan Rodgers menjangkakan Luis Suarez akan kekal di kelab itu selepas penyerang Uruguay itu menyertai rakan sepasukannya di sini dengan semangat yang hebat.
Suarez, 26, yang tidak beraksi dalam perlawanan pertama siri jelajah Asia di Jakarta Sabtu lalu, diberikan rehat setelah dia terlibat dalam Piala Konfederasi namun dia menaiki penerbangan ke Melbourne dari Montevideo, kelmarin.
Ketika didesak sama ada Rodgers menjangkakan Suarez akan kekal di Liverpool, bos Reds itu berkata, dia yakin Suarez akan kekal bersama Liverpool.
"Memang banyak spekulasi ketika penghujung musim namun realitinya Suarez pemain yang sangat bernilai di Liverpool, kecualilah ada tawaran yang menghampiri nilainya, selain daripada itu tiada apa yang akan dipertimbangkan," kata Rodgers.
Rodgers juga akan memanfaatkan tempoh 48 jam untuk cuba menyakinkan Suarez bahawa masa depan karier bola sepaknya adalah bersama kelab Merseyside itu.
Suarez enggan menjawab soalan tentang masa depannya ketika tiba di lapangan terbang Melbourne semalam, sebaliknya akan menunggu sehingga dia bersemuka dengan Rodgers dan Pengarah Urusan Kop, Ian Ayre.
Arsenal yakin mereka mampu memikat Suarez ke Emirates dengan tawaran beraksi dalam Liga Juara-Juara ketika Real Madrid juga bersedia untuk menyambar penyerang itu.
Bagaimanapun, Rodgers yakin sebaik sahaja dia berbincang dengan Suarez buat kali pertama sejak pemain itu mendedahkan tentang hasratnya untuk meninggalkan kelab, dia memiliki kuasa memujuk bintang penyerang tersebut supaya mengubah keputusannya.
Dengan Arsenal yang hampir pasti untuk mengemukakan bidaan terhadap pemain itu menerusi harga 40 juta pound (RM194 juta), tugas Liverpool pula memaklumkan kepada Suarez bahawa dia masih memiliki kontrak selama tiga tahun.
Malah, Rodgers menerima sokongan penuh daripada skuad utamanya, dengan pemain Brazil, Lucas Leiva yang merupakan salah seorang pemain yang rapat dengan Suarez di bilik persalinan, yakin temannya itu akan kekal bersama kelab.- Agensi


Sumber dari www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment