Friday 3 August 2012

Andy Carroll & West Ham



LONDON - West Ham telah mengemukakan tawaran yang tidak pernah dibayangkan selama ini, iaitu 36 juta pound (RM175.3 juta) untuk membawa bintang penyerang England, Andy Carroll (gambar) dari Liverpool.
Kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikatakan sudah mencapai persetujuan, malah West Ham juga bersedia menawarkan gaji lumayan kepada Carroll, sekali gus menjadikan dia pemain termahal kelab musim depan.
Pengurus Hammers, Sam Allardyce mendedahkan, pemain berusia 23 tahun itu akan menerima gaji 90,000 pound (RM439,000) seminggu selama lapan tahun.
Biarpun Carroll sebelum ini menyuarakan keengganannya untuk beraksi buat kelab London itu, namun West Ham, yang baru kembali dalam kancah EPL tidak akan berputus harap dengan terus berusaha mendapatkan penyerang tersebut.
Seorang sumber rapat kelab yang enggan mendedahkan identitinya memberitahu media: "West Ham tidak akan berputus asa dalam hal ini.
"Pengurus benar-benar mahukan khidmatnya dan ahli lembaga kelab akan memberi sokongan penuh kepadanya."
Carroll bergelut untuk menyerlahkan potensi sebenarnya sejak menyertai Liverpool dari Newcastle United dengan bayaran 35 juta pound (RM170.5 juta), musim lalu.
Tidak lama selepas Reds mengesahkan mereka sedia mempertimbangkan masa depan pemain itu, Newcastle antara kelab terawal yang menyuarakan minat untuk membawa pulang Carroll menerusi pinjaman bernilai 2 juta pound (RM9.7 juta), namun permintaan mereka ditolak oleh Liverpool.
Reds juga sebelum itu telah menolak tawaran 17 juta pound (RM83 juta) yang dikemukakan oleh West Ham, namun RM175.3 juta untuk Carroll, pemain yang menjaringkan enam gol sejak 2011 adalah jumlah yang sukar ditolak Liverpool. - AGENSI


sumber dari utusanonline 

No comments:

Post a Comment