Wednesday 8 August 2012

Apa itu Eczema?

Anak saya Aufa Shahiera (7 bulan), dalam bulan lepas terkena jangkitan kulit Eczema pada bahagian mukanya. Agak teruk juga sebab terlalu nampak kemerah-merahan. Ia telah menimbulkan rasa kurang selesa kepada Aufa kerana kegatalan. Apabila di bawah ke klinik Aufa telah disahkan oleh doktor terkena jangkitan kulit (Eczema). Alhamdulillah, apabila diberikan ubat sapu dalam masa seminggu Eczema itu telah hilang. Ubat sapu yang sesuai boleh cuba menggunakan Hydrocort Cream.

Hydrocort Cream 

Aufa Shahiera

Saya berkongsi sedikit mengenai penjelasan dan penerangan mengenai eczema:-


Alahan (ruam) eczema
Alahan merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit (ruam)/eczema, hidung (resdung)/allergic rhinitis, mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis. Tindakbalas ini boleh menjadi serius dalam tempoh yang tertentu sama ada dalam beberapa minit ke beberapa hari atau minggu. Ia boleh mengakibatkan kulit menjadi merah, kering dan merekah. secara saintifiknya penyakit alahan eczema di panggil Atopic Dematitis, lazimnya dihidapi oleh golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Alahan biasa
Terdapat beberapa faktor penyebab alahan antaranya ialah:
  • Faktor persekitaran seperti perubahan suhu, asap dan habuk.
  • Pemakanan - antaranya makanan laut, bahan pengawet dan pewarna.
  • Gigitan atau sengatan serangga.
  • Ubat-ubatan
Tanda-Tanda dan gejala alahan yang biasa di hadapi antaranya :
  • Terdapat bintik-bintik dan kegatalan pada kulit.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kerap mengalami sakit kepala.
  • Bibir membengkak.
Tahukah anda, bayi yang baru dilahir yang terdedah kepada kucing mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi menghidapi eczema. Pada kebiasaannya penyakit ini boleh menyerang di mana-mana bahagian badan, tetapi biasanya ia mudah menyerang bahagian muka, leher, siku dan belakang lutut. Sekiranya penyakit ini berada dalam kategori kritikal ia boleh mengakibatkan kulit menjadi gatal, kasar dan bersisik sekali gus menjadikan kulit basah dan bernanah.

No comments:

Post a Comment