Wednesday 1 August 2012

Pasar Talaat Thai Agro Pelancongan

Team Agro Challenge International 2012 seterusnya melawat ke Pasar Talaat Thai di Bangkok, Thailand yang merupakan pusat pemasaran terbesar di Bangkok dalam memasarkan hasil-hasil pertanian. Terletak di Rangsit, Thanya Buri, Pathum Thani, pasar ini dibahagikan kepada beberapa bahagian utama iaitu sayur-sayuran, bunga-bungaan, ikan dan produk laut, produk hasil ternakan, buah-buahan bermusim dan tidak bermusim, produk industri asas tani, peralatan pertanian dan alatan dapur. Keluasan lebih 100 hektar umpama satu bandar menyediakan pelbagai keperluan makanan kepada rakyat Thailand. 

Beroperasi 24 jam sehari dengan waktu puncak pada sebelah petang dan malam memberi ruang kepada pembekal-pembekal hasil pertanian memasarkan barangan mereka di sini. Pasar yang begitu lengkap membolehkan sesiapa saja yang datang akan mendapatkan bahan keperluan harian tanpa perlu pergi ke tempat lain. Jika dibandingkan dengan harga pasar Talaat Thai memang jauh lebih murah daripada Pasar Borong di Malaysia. Saya berkesempatan untuk melawat kawasan buah-buah bermusim dan tidak bermusim. Memang amat-amat murah sehinggakan mahu saja saya membeli buah-buahan seperti anggur, jambu air dan durian untuk dibawa balik ke Malaysia.

Perjalanan dari bandar Bangkok ke Pasar Talaat Thai hanya  mengambil masa lebih kurang 1 jam dan boleh dikunjungi jika berkelapangan ketika melancong di Bangkok, Thailand. Saya berkongsi beberapa gambar untuk tatapan semua.

Salah satu struktur bangunan di pasar Talaat Thai


Buah Anggur Thailand


Salah satu mekanisasi yang digunakan 


Pick up Buah-Buahan


Banyaknya durian


Besarnya durian Thailand


Salah satu mekanisasi yang digunakan 


Gigih membuat gred buah nanas


Membuat gred bagi anggur


Kawasan lapang buah-buahan bermusim 




No comments:

Post a Comment