Friday 10 August 2012

Aufa Begendang?Percaya tidak?



Pada Sambutan Hari Koperasi Malaysia baru-baru, saya menemani isteri saya bertugas di Perkarangan Stadium Bukit Jalil, KL. Saya dan baby aufa berjalan-jalan melihat gerai-gerai pameran dan berhenti di gerai pameran Gendang Melayu Sarawak. Gendang Melayu Sarawak merupakan aktiviti yang begitu popular di negeri Sarawak. Keunikan gendang melayu Sarawak adalah mempunyai pelbagai rentak, tandak dan pantun dalam aktiviti bergendang dan banyak mengandungi perlambangan aktiviti harian masyarakat orang Melayu Sarawak.

Saya berkesempatan bersama Aufa singgah dan menghayati budaya tradisional Melayu Sarawak. Saya mahu Aufa mengenali budaya masyarakat Sarawak iaitu asal usul tempat kelahiran abahnya. 


No comments:

Post a Comment