Wednesday 15 August 2012

Red buru pemain Barca


LIVERPOOL - Brendan Rodgers mahu menjadikan pemain sayap Barcelona, Cristian Tello sebagai pemain baru ketiga yang bakal tiba ke Anfield sejak dia menjadi peneraju Liverpool.

Bos Reds, Rodgers telah berbelanja 25 juta pound (RM122 juta) bagi membeli penyerang Fabio Borini dan pemain tengah Joe Allen ke Merseyside. Dia kini mensasarkan untuk melengkapkan hatrik dengan mendapatkan Tello pula. Pemain berusia 21 tahun itu gagal mendapatkan slot dalam skuad utama di Nou Camp.Dengan David Villa yang kembali cergas selepas pulih daripada kecederaan patah kaki, peluang Tello semakin terhad.

Pinjaman untuk jangka masa panjang dengan dijanjikan perpindahan pada hujung musim seperti termaktub dalam perundingan bagi membawa Tello ke Merseyside, berikutan kontraknya yang hanya berbaki 12 bulan.


Cristian Tello

Kelab lain seperti Arsenal, Malaga, Benfica dan Ajax yang turut berminat dengan pemain itu mungkin memaksa Rodgers untuk mendapatkan pemain tersebut secara tetap yang bakal melibatkan kos 5 juta pound (RM24.4 juta). Tello, yang hanya disenaraikan dalam pasukan utama sebagai pemain gantian musim lalu, memiliki reputasi bermain pantas.

Pemain tersebut juga mampu beraksi di bahagian sayap, juga sebagai penyerang. Memiliki gaya permainan menyerang yang mahu diterapkan Rodgers di Anfield, menjadikan Tello amat diminati pengurus itu.

Liverpool melakukan serampang dua mata apabila turut melakukan perundingan dengan Real Madrid bagi mendapatkan khidmat pemain serba boleh, Nuri Sahin. Reputasi yang dimiliki pemain tengah Turki itu masih gagal untuk meraih tempat dalam kesebelasan utama sejak dia berpindah ke Bernabeu dari Borussia Dortmund 12 bulan lalu.

Walaupun dia diturunkan dalam aksi persahabatan pra-musim Real di Amerika Syarikat, pengurus Jose Mounrinho bersedia untuk melepaskan pemain tersebut.

Arsenal dan Spurs turut menunjukkan minat tetapi hubungan baik Rodgers dan Mourinho yang pernah bersama di Chelsea, memberi kelebihan buat Liverpool mendapatkan pemain itu secara pinjaman jangka panjang. - Agensi

Sumber dari www.utusan.com.my


No comments:

Post a Comment