Wednesday 8 August 2012

Restoran Horizon Garden Seri Manjung, Perak

Saya bersama keluarga kakak ipar saya berbuka puasa di Restoran Horizon Garden Seri Manjung, Perak, sajian yang amat sedap dan menyelerakan. Dengan serendah RM57 untuk Set A (2-3 orang) dengan 4 menu sudah pasti menjadi tarikan kepada orang-orang yang gemar berbuka puasa di luar. Saya dan keluarga mengambil Set C (7-9 orang) dengan 6 menu RM157.00, harga yang murah dan berpatutan.

Dengan Menu Sizzling Chicken, Kangkung masak belacan, Tom Yam, Sotong masak tepung, Ikan masak sweet & sour sauce dan Udang masak kam heong. Pakej nya hanya RM157.00 sahaja, memang murah berbanding ditempat lain. Selain itu, pada hari yang sama adalah hari lahir kakak ipar saya (Zuraidah binti Razali) dan anak perempuannya (Nur Hafizah binti Abdul Mutalib), kesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari Lahir, Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dipeliharakan dalam kesihatan yang  baik berpanjangan,amin.

Jika sesiapa yang datang ke Lumut atau Seri Manjung boleh mencuba masakan di Restoran Horizon Garden yang beralamat di 7-9, Persiaran PM 3/2 Pusat Bandar Seksyen 3, 32040 Seri Manjung, Perak. Tel: 05-688 8799. Waktu Perniagaan 12.00 tghari -3.30 ptg dan 6.00 ptg - 11.00 malam.


Nampak wajah Aufa Shahiera 


Menu yang sedap dan menyelerakan


Pintu masuk ke restoran


Pandangan dari hadapan restoran


Pakej dan Menu yang disediakan





No comments:

Post a Comment