Thursday 9 August 2012

Istimewa untuk Aufa (Special for Aufa)

Penantian selama 6 tahun untuk mendapatkan baby berakhir pada 8 Disember 2011 jam 5.37 petang apabila lahirnya bayi perempuan yang comel diberi nama Aufa Shahiera binti Ahmad Shahranie. Cahayamata yang ditunggu-tunggu bertahun lamanya telah memberi sinar kegembiraan dalam keluarga kecil dan keluarga besarku. Perasaan ketika menemani isteri di bilik bersalin memang amat mendebarkan, perasaan bercampur baur menanti insan  yang bakal keluar sebentar lagi. 


Aufa berumur 1 hari

Apabila isteriku sudah merasa akan kesakitan hendak bersalin, jururawat-jururawat meminta aku untuk memberikan sokongan kepada isteriku agar tenang dan buat seperti apa yang diminta oleh mereka. Apabila aku tengok kepala dengan rambut yang lebat dan hitam keluar saja, secara spontan air mataku jatuh. Betapa aku menunggu saat-saat bahagia ini dengan pengalaman menemani isteriku di bilik bersalin menjadi satu lagi sejarah baru dalam hidup berumahtangga.

Alhamdulillah, hari ini Aufa genap 8 bulan, dari meniarap, merangkak sekejap dan terus nak berdiri. Telatah Aufa membuatkan rumah kami sentiasa ceria dan gembira, lebih-lebih lagi bila bab makan. Aufa menjadi kesayangan kepada semua orang disekelilingnya kerana sifat ramah dan sentiasa tersengih-sengih bila berjumpa dengan orang. Semoga Aufa Shahiera menjadi anak yang solehah dan sentiasa mentaati umi, abah dan orang tua,amin.



Aufa ketika berusia 7 - 8 bulan


Khas untuk Aufa

No comments:

Post a Comment